SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, April 2, 2017

Salam kepada semua rakan2 Bloggest yang saya hargai lagi hormati.Lama sudah saya tidak ke halaman ini.Bukan melupakan tapi krn dgn adanya Facebook ,Wassap, Telegram dan lain media sosial maka sya hanya membaca tapi tidak membuat penambahan pengisian dilaman ini.Apa yg sya link melalui Fb dgn akaun Abdullah Mohd itulah juga pengisian dari saya untuk dikongsi bersama kita di laman Blogger ini.Mohon rakan2 tidak melupakan sya.InSyaAllah sya akan sentiasa menghargai pengunjung Blog sya dan didoakan kalian berbahagia disamping keluuaarga dan sahabat handai dlm menjalani tugas rutin harian.
Terima kasih kpd semua yang menyokong sya selama ini.

Dunia ku Dunia mu.
Selagi ada pergunungan selagi itulah ada pendakian.
Begitu juga selagi ada satelite selagi itulah saya akan sentiasa bersama rakan2 di media sosial cuma mungkin bezanya cara dan ketika mengikut arus semasa.

Wednesday, January 1, 2014

Nasir Catering Group @ NC Group Jelebu Negeri Sembilan

STAFF NASIR CATERING (Gambar atas-Aku berdiri lima dari kanan)



                                                           SEJARAH RINGKAS AKU
Aku telah melibatkan diri dalam dunia penyediaan makanan atau katering sejak tahun 2007 bersama NC Group (Nasir Catering).Penglibatan aku mulanya sekadar suka-suka untuk mengelakan bosan dgn ketiadaan aktiviti dirumah semasa hari cuti.Sesudah hampir setahun maka minat aku untuk menambah pendapatan makin bersemangat.Maka itu aku secara seriusnya dan sepenuh masa (Hari tidak bekerja) aku ditugaskan membantu pelbagai tugasan di dewan memasak,di stor dan tugas-tugas layanan tetamu VIP mahupun awam.

Tugas-tugas memasak dikendalikan sepenuhnya oleh Big Boss kami (Tok Nasir) bersama pembantu khas memasak dan tugas aku hanyalah kerja-kerja akhir sebelum makanan ini dibawa ke lokasi Majlis.

Aku bersyukur dgn Izin Nya aku diberi tenaga,kesihatan dan semangat untuk terus bekerja disamping menambah pendapatan bagi menyara keluarga.Dalam masa yang sama juga aku membekalkan terus Nasi Lemak untuk kantin Sekolah berdekatan.Mungkin juga semangat aku bersama dunia peenyediaan makanan ini telah disemai sejak aku bersekolah lagi krn suatu masa dulu aku pernah membantu keluarga berniaga makanan di Jelebu Estate (1988~1994) dan berniaga Satay di Petaling,Ladang Jelebu dan Titi (1998~2004)

                                                  
NASIR CATERING @ NC Group
Sekitar Daerah Jelebu nama Nasir Catering tidak asing lagi dan amat dikenali penduduk setempat.Tempahan juga boleh dipertimbangkan sekiranya lokasi berada diluar Daerah Jelebu seperti persempadanan daerah dan Negeri.Antara lokasi yang pernah mendapat khidmat tempahan makanan dari Nasir Catering ialah Putrajaya,Semenyeh,Sendayan,Seremban,Lui,Jempol,Bahau,Pasoh dan beberapa lagi tempat yang sekitarnya berdekatan.Tempahan biasanya boleh dibuat seawal mungkin untuk menetapkan tarikh dan berkaitan menu dan harga boleh dibincangkan terus dengan Big Boss kami.
   Antara menu menarik ialah-Masakan Tradisional N9,Masakan 1 Malaysia,Masakan halal Esotik,Ulam-Ulaman  dan pelbagai hidangan dengan harga pakej menarik yang tentunya tidak membebankan.
   NC Group juga sedia menerima sebarang tempahan untuk sebarang majlis-Jamuan VIP,Politik,Perkahwinan,Doa kesyukuran,Berkhatan,Cukur jambul dan apa jua keramaian.
   Pakej yang disediakan juga terdapat pelbagai pilihan.Antaranya-Hidangan pengantin,Hidangan meja VVIP,Santapan beradat dan juga menerima tempahan masakan lauk pilihan.

 Sebarang tempahan dan rundingan boleh dibuat terus kepada Big Boss (Tok Nasir) atau Penyelia (Pn. Maa Mah).Boleh juga terus ke Dewan masak tertletak di Jln Teriang Kg.Baru Petaling atau ke Pejabat Am di Tmn Irama Jalan Titi.

Sejenak ketika bertugas di Majlis Perkahwinan dan Jamuan guru.

Susunan kemas dan tersusun untuk keselesaan tetamu

Antara menu pilihan-Kerabu,Sambal tempoyak,Ayam goreng,Kari kambing & Pucuk masak lemak
Susunan kemas untuk Majlis VIP dalam Dewan dan Luar Dewan
Menu masak tradisi Negeri Sembilan
Kepelbagaian menu 1 Malaysia


Terbaik dari NC Group

Thursday, October 3, 2013

Tok Botok Peneroka penempatan di Labu N9

Tentunya pengguna Jalan Labu-Seremban selalu terpandang papan tanda "Makam Tok Botok" dan ada yang tertanya-tanya (termasuklah aku yang ingin tahu) makam siapakah itu.Maka pada hari ini berkesempatanlah aku untuk singgah dan mengambil tahu "Siapakah Tok Botok".
     Tok Botok atau nama sebenarnya Tok Sheikh Mohamad adalah berketurunan Jawa dan Arab.Beliau juga adalah merupakan ayah kepada Dato'Bandar Tunggal yang berperang dengan Dato'Kelana kerana berebutkankawasan bijih timah.Dato'Kelana mendapat sokongan daripada British telah menyebabkan Dato'Bandar Tunggal dibuang daerah ke Singapore dengan pampasan  $7.00 nilai matawang ketika itu.
     Tok Botok juga ialah orang pertama yang meneroka Labu.Beliau sendiri turut mengajar mengaji Al-Quran dan mengislamkan beberapa orang penduduk setempat.Antara yang belajar agama daripada beliau ialah Tok Mengkan,Tok Bongsai dan Tok Md.Said.
       Kawasan persekitaran makam ini pada asalnya adalah kawasan bijih timah yang pertama di Negeri Sembilan.Buktinya masih lagi terdapat sungai yang sekarang telah menjadi sempit dan kecil di belakang kawasan yang menempatkan makam beliau.Dahulu juga terdapat sebuah surau dan ditemui sebuah sampan dikawasan ini. 
        Kepada generasi baharu dan anak tempatan seharusnya tahu dan menghargai sejarah yang terpinggir dan ditengelamkan oleh arus kemodenan.Mana tahu suatu hari nanti sejarah ini akan terpadam dengan sendirinya tanpa disedari....
 Kawasan sekitar makam ini pernah didirikan surau 
untuk Tok Botok mengajar murid-muridnya mengaji Al-Quran


Dahulunya sungai ini besar dan boleh dimudiki sampan.   Tebing sungai ini juga dikatakan pernah menjadi rebutan pedagang untuk melombong bijih timah.


                                                   Sejarah adalah Tamadun Bangsa

Monday, September 2, 2013

Ceritaku : Sampah yang bernilai....

Hari ini memulakan hari pertama bekerja dalam bulan September 2013 ...hari Isnin.Macam biasa aku akan membersihkan kawasan bertugas dibawah pokok bertemankan tong sampah yang diletakan diatas troli.Aku mengangkat tong  dibawa ke bawah pokok untuk diisi dgn dedaun yang telah disapu.
     Aku tengok didalam tong sampah ada satu beg tangan wanita berwarna hitam berantai warna kekuningan.Macam biasa aku tidak mengendahkan krn selalu tong sampah aku adalah tempat bahan yang tidak digunakan lagi.Memang untuk dibuang.Aku menolak troli sekeliling kawasan kerja sambil memungut sampah yang dibuang oleh manusia kurang kesedaran sivik.Apa bila tong sampah aku mula penuh maka aku menolak troli yang membawa tong sampah aku ke tong  SWM untuk dikosongkan.

     Macam biasa aku akan menyelongkar apa yg aku telah sapu untuk dibuang.Mana tau ada tin,besi,tembaga,kertas yang boleh dijual sebagai barangan kitar semula.Aku membuka beg tangan hitam dan terdapat didalamnya Songkok,Sikat,Gam kertas,Pen,Serantai pelbagai anak kunci,Bil Maxis statement,Buku Bank dan Ear fon Hp.Apa yang menarik perhatian aku ialah kunci...pelbagai bentuk anak  kunci ada maka tentunya berat dan boleh dijual sebagai besi buruk.Tetapi fikiran aku tertanya-tanya kenapa Buku bank yang yang tercatat RM5+++ baru dikemas kini (Ogos 2013) dibuang begitu sahaja.Aku membuka pula sampul Bil statement Maxis bertarikh 27.8.2013 dan terdapat no Hp dibahagian atas bil.
     Aku pun menghantar SMS kpd no yang tertera.Perkataan  SMS aku sebegini bunyinya ; "A'skum,saya cuma ingin kepastian adakah 'Puan' ada membuang Buku bank yang masih baharu dan Bil statement terkini Maxis?".Tidak lama selepas itu SMS aku dibalas dan 'Puan' yang dimaksudkan menyatakan bahawa beg tanganya hilang semasa dimalam Kemerdekaan 31 Ogos 2013 di dataran Kuala Klawang.Beliau amat berharap agar begnya dikembalikan krn terdapat Buku bank dan pelbagai anak kunci penting merangkumi kunci rumah dan pejabat.Maka aku meminta agar 'Puan' tersebut datang ke dewan tempat aku bekerja bersama suami beliau.
     Setengah jam kemudian 'Puan' bersama suami beliau menghubungi aku dan berjumpa aku di dewan kawasan aku bekerja.Mereka amat berterima kasih dan menghargai keprihatinan aku untuk menghubungi beliau memaklumkan terjumpanya beg yang hilang.Walaupun Ic dan RM tidak ditemui ,setidak-tidaknya Buku bank dan kunci telah ditemui semula.
     Walaupun kecil jasa aku ini tetapi setidaknya aku sudah membantu insan lain yang tentunya risau dengan kehilangan dokumen dan barang.Bukan minta dihargai atau dibalas ganjaran tetapi memadailah Kerja aku sebagai pengutip sampah dan penyapu sampah tidaklah sehina namanya.sampah itu tidaklah sehina sangat dan bukanlah kotor pun kerana sampah adalah bahan buangan dan tidak diperlukan lagi....tetapi aku beranggapan manusia yang tidak tahu mengguna tong sampah atau buat-buat tidak kenal tong sampah adalah lebih rendah kesedaran siviknya tentang kebersihan.Apa tidaknya...tong sampah ada disebelah tapi masih juga sampah dibuang merata dan lebih teruk lagi perkataan "JANGAN BUANG SAMPAH' ada segelintir tidak tahu membacanya.
     Walauapapun aku tetap bersyukur krn rezeki yg diperolehi  dgn cara baik bukan dengan cara mencuri.

 Akhir kalam Selamat Hari Raya Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia

Thursday, August 29, 2013

MALAYSIA BERDAULAT OH TANAH AIRKU

Salam Kemerdekaan warga blogers sekalian.Aku mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan alaf baru kpd semua.Hayatilah Kemerdekaan Negara dan kenangi dalam doa pejuang negara.Walaupun aku dilahirkan selepas 1957 tetapi semangat aku tentang Kemerdekaan amat tinggi tapi tidaklah sebesar mana.Kepada generasi muda,jangan alpa dan lupa tentang hari depan negara.Ruginya berseronok di negara yang aman tetapi tidak pernah tahu apa erti Kemerdekaan.Rajin2 leah membaca pasal Kemerdekaan negara dan melibatkan sebarang aktiviti tentang Kemerdekaan.Negara ini diwarisi dari nenek moyang yang telah bersusah payah memajukan hingga ke tarag hari ini.

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 56 Tahun...
Oh Malaysia Tanah Airku

Wednesday, August 7, 2013

Salam Ramadan & Salam Aidil Fitri 1434H / 2013M

Salam Ramadan yang masih berbaki ini aku 
mengirimkan Salam Aidil Fitri 
kpd rakan-rakan 
Sepersatuan,Sekumpulan,Sepertubuhan dan Seangkatan 
diluar kerajaan mahupun dalam kerajaan
yang mengenali diri aku tak kira dimana jua
berada.Samaada kita kenal secara langsung atau
tidak langsung maka aku juga menitipkan 
kiriman Maaf Zahir Batin sekiranya sepanjang 
pergaulan kita ada cacat cela dan kekasaran kata 
atau perilaku yang tidak aku sedari menguris hati kalian. 
Ucapan Khas Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua....









Tuesday, July 16, 2013

Selamat hari Persahabatan buat semua rakan2 dan Blogers sekalian...

10 perkara yang saya tahu pasal awk 1.awk baca text ni. 2.awk manusia. 3.awk tak dapat sebut huruf 'p' kalau bibir awk tak bersentuh.. 4.awk baru saja try buat. 6.awk ketawa sendiri.. 7.awk senyum dan awk tak perasan no.5 takda. 8.awk cek kalau ada no.5.. 9.awk ketawa sendiri sambil tersenyum. 10.awk mahu share text ni supaya kawan2 awk kena sekali awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak 1.awak mmg malas untuk membaca semua perkataan di atas. 2.awak tak perasan saya ada tulis awek. 3.awak terus cari perkataan awek,sebenarnya takde pon. 4.awak sudah terkena! :D 5.awak share la biar kawan2 pulak terkena. takkan nak terkena seorang je... .* *, ,* *. * * * *. .* "* , *" sent hati ni kat semua member termasuk saya ! lihat berapa banyak hati awak dapat balik. kalau awak dapat 6 . masih ada yang cintakan awak . 5 . semua orang sayang awak . 4 . awak sahabat sejati . 3 . awak ada peminat misteri.........

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum...,
Alhamdulillah..Bulan yg dirindu telah pun kembali  tiba. Marhaban Ya Ramadhan. Alhamdulillah selautan syukur dipanjatkan pada ALLAH SWT yang masih memberi peluang buat diri ini dan kalian semua untuk berada di dalam bulan mulia yang penuh keberkatan ini.Pesta ibadah kini bermula lagi sekali. ALLAH SWT telah membuka pintu RahmatNYA seluas-luasnya,melimpahkan ganjaran sebesar-besar ganjaran yang tidak setanding dengan amalannya di bulan mulia ini. Betapa Maha Pemurahnya ALLAH disediakn bermacam-macam ganjaran yang luarbiasa hebatnya di bulan mulia ini. Betapa banyak hadis-hadis yang menceritakan fadhilat ibadah di bulan Ramadhan. Beruntunglah bagi insan-insan yang memuliakan bulan ini dan merebut segala peluang untuk memperbaiki amalan dan mendekatkan diri pada ALLAH Ta'ala. Marilah kita sama2 memenuhi  Ramadhan  dengan amalan solat sunat, tadarus, zikir dan sedekah jariah.Bersihkanlah jiwa dan jauhi perasaan iri hati sesama Islam.
Bebaskanlah diri dari segala keseronokn duniawi yg telah mengulit diri kita selama ini. Setelah hampir setahun kita diuji dengan bermacam jenis kenikmatan dunia,kini tiba saatnya membersihkan kembali hati-hati kita yang mulai pudar di gelapkan oleh dosa2....InsyaALLAH.


Ikhlas daripada ALoNG TT Sekeluarga.Moga insan yang membaca nukilan di Blog ini diberi cahaya Ramadhan menyinar menuju ke hari kemenangan...Syawal menanti dipenghujung Ramadhan Al-Mubarak.

Friday, June 14, 2013

Elaun Petugas PRU13 masih belum diterima...??

Salam 1 Malaysia kpd semua...

Aku bukan nak protes bukan nak bangkang tapi menuntut hak yang sepatutnya.Kalau kerja sukarela aku faham dan aku akur tiada ganjaran atau imbuhan.Jika adapun adalah diatas nama sumbangan,jadinya ada atau tidak bukan soal utama yang aku harapkan.Tapi dalam permasalahan disini..aku dilantik sebagai Petugas SPR..dilatih dan diberi kursus untuk menjayakan PRU 13 di kawasan aku amnya.
Salinan buku akaun,no akaun,borang permohonan,borang tuntutan dan entah berapa kali tandatangan tetapi Elaun Petugas SPR masih tiada khabar bayang apatah lagi zahirnya.
Sesudah lebih dari 1 bulan hari pembuangan undi (5 Mei-PRU13) dan setakat hari ini (14 Jun-12pm) masih tiada lagi pembayaran dibuat keatas akaun nama aku sendiri.Ada juga rakan2 setugas telah mendapat bayaran dan masih ramai yang masih belum menerima bayaran bertugas.Aku menyelongkar Google untuk mendapat maklumat rupa-rupanya masih ramai yang belum dapat dan sebahagian rungutan yang dipetik  dari Blog rakan ada aku lampirkan disini...

Harapnya jangan menabur janji tapi tidak ditepati.Harapnya SPR dapat membuat penjelasan kpd kami semua petugas-petugas yang di pertanggungjawabkan dan kini kami menuntut hak kami...Elaun Berugas Yang Dijanjikan.



  1. PG...sy nk tnye..PG tawu x person in charge utk byr gaji and elaun kte mase bertugas masa pru ari 2..nk tawu la, ble boley dapat semua 2..
    Reply
  2. hi, sorry baru nak reply :( maafkan saya ya.
    by the way, cuba call urus setia SPR dekat tempat awak tinggal. macam PG, PG call SPR Sabah. ^^

    tapi, mungkin info ni usefully untuk awak, sebab kita dapat tahu, SPR bagi tempoh dalam 14 hari untuk elaun bertugas pada 05hb hari tu untuk para petugas. elaun tuntutan perjalanan yang lain pula, di bayar kemudian.

    anyway, awak bertugas kat mana? :) salam kenal ya ^^
    Reply
    Replies
    1. ops, tetinggal word. >>>>> mcm PG, bahagian kewangan PG yang dipertanggungjawabkan handle untuk pembayaran SPR, semasa bertugas 05hb hari tu. diberi tempoh 14 hari untuk done kan pembayaran buat semua petugas. <<<<<
    2. so bole la check hari isnin ye PG??hehe
  3. hehe. check je acc tu nanti ^^
    manala tau masuk :D
    ala, awak tak de blog erk? :)
    Reply
    Replies
    1. yg atas tu org laen...yg second tu bwu saya....
      maaf la.. xde blog la nak wat.haha(laman sosial pun t;bengkalai..ni kan blog yg kene update 24 hour per day..hehe)
      ok...I`ill follow ur advise .Menunggu dgn Sbar..>_<
    2. hehe. hi morning anonymous ^^
      ok, kita bersama-sama menunggu dgn sabar ya ^^
      #salam perkenalan dari PG ;)
  4. Biasanya bl spr nk byr ye? Kata 2 mgu.. Skrg dah nk 3 mgu... Paling lmbt spr byr brp bulan?
    Reply
    Replies
    1. hi ^^ ah'ah, hari tu saya ada kata dalam tempoh 14 hari spr akan selesaikan pembayaran kan. tapi sekarang ni, PG juga masih menanti apa cerita sebenarnya dengan pembayaran tersebut. PG juga macam kamu, masih menanti. paling lambat spr bayar tu PG tak pasti tau.

      anyway, awak mungkin boleh hubungi spr dimana awak tinggal. mcm PG, PG hubungi spr kota kinabalu. ^^
  5. Slm..PG dah dpt k elaun?dh 3 mgu tgu xda gk...
    Reply
    Replies
    1. wssalam ^^
      PG tak dapat lagi syg. PG masih menanti juga ni. hurm.
  6. sy pn xdpt lg...bila ek?
    Reply
    Replies
    1. hi fidz ;) PG pun tak dapat lagi ~_~
  7. sumbat nak masuk sebulan dah.
    Reply
    Replies
    1. sobsob. ya betul. dan da masuk sebulan juga menanti dengan penuh kesabaran ~_~ uwargh!!!
  8. This comment has been removed by the author.
    Reply
  9. Salam PG....kwasan spr PG x bgi hint ke bile masuk duit elaun..penat dah tggu...hehe
    Reply
    Replies
    1. wssalam awak.
      tak de lagi awak. saya pun da penat menunggu. ntah bila agaknya dapat :(
  10. bila la nk msuk ni....
    Reply
    Replies
    1. awak, saya pun tahu bila. saya pun mcm awak menunggu sama :( uwargh!!!!!

    2. This comment has been removed by the author.
  11. bila nak dapat ni????????????
    Reply
    Replies
    1. :( saya . saya tak tahu la awak bila dapat. saya hari-hari cek maybank2u :(
  12. kami di penang pon blum dpt. itulah janji 14 hari slps pru. kena wat petisyen jgk kat spr nie
    Reply
    Replies
    1. la ye ke. alamak, hampeh la macam ni kan ;(
  13. Selangor pun blum lg ni?tgh kering ni,gaji lambat lg tu
    Reply
    Replies
    1. bulan tua da ni. adoi. kalau dapat la ni juga nak makan kfc !
  14. ada saper saper col spr tak? kenaper laaa wat kerje mcm nie..hahaaa.. cian petugas yg berlumus tungkus
    Reply
    Replies
    1. ye betul. saya da banyak kali col. mewakili kengkawan, jiran tetangga sama. memang tak boleh la dorang buat macam ni kan. kita da bekerja dengan penuh dedikasi. tapi begini pula di bayar :(
  15. putrajaya pun x dapat lagi. Cissss.
    Reply
  16. sangkut kat mana elaun kita kali ni.pru12 dulu x sampai 2 minggu org pjbt daerah datang naik Hilux bawa duit berkarung siap p cari kat rumah untuk bagi elaun by hand.kali ni senyap je.lain la kalau BN kalah boleh lagi terima lewat mcm ni.kerani2 bwh saya selalu je sms tanya psl elaun apa boleh saya jwb..sabar je tunggu dan lihat.mgkn peruntukan dah habis kena tunggu peruntukan baru.

    KTM Tapah
    Reply
    Replies
    1. hi KTM :) ye, saya rasa jika orang bawahan tak ada kesabaran yang menggunung, boleh benggang kuasa dua KTM di buatnya. sedangkan KTM sendiri menanti penuh kesabaran. ye dulu, kami pun di bayar dengan cepat sahaja. kali ni agak lambat erk. adohai...saya dengar, bukan sahaja pembayaran elaun lewat di bayar, tapi duet pencen gomen pun lambat di bayar. itu yang saya dengar la. macam ni........
  17. kena caras dah rasanya...
    Reply
    Replies
    1. hurm. awak dari negeri mana? :) asal, tak bagi nama niiiiiiiii, uwargh!!!!!
  18. apalah lambat sangat ni...
    Reply
  19. This comment has been removed by the author.
    Reply
  20. Geram je menunggu ni..da lebih 1 bulan da ni. geram punye geram sy msk kt web spr tu wat aduan..xtaw la kalo die mai umah sy nanti tangkap ke plak kan
    Reply
    Replies
    1. hehe. sabar ye awak ;)
      jangan pula di sebabkan benda ni, ada yang nak kena tangkap :D
  21. dapat feedback dari penang...byk kena kuiri dek AG,,tak tau laaa pasai paaa AG nak kuiri plaaaakkkkk cam %$^&&%$
    Reply
    Replies
    1. hi awak ;)
      tempat saya pun byk kuiri dek di sebabkan, masa hantar permohonan tuntutan tu, borang tak lengkap. like, surat lantikan kita tak di sertakan masa proses penghantaran tu.
  22. nieee laaa di katakan kerja x efiesien. memberi komitmen 14 hari...laaaa haremmmmmm x dak dengar brita......suh wat keje bagai nak qak..kena maki..kena perli...lansung x plak spr nak jage wellfare kitorang. incoming pru nie...bior puak dia wat sendiri.....ini kalilah....serillk serikkk
    Reply
    Replies
    1. betul tu awak. sepatutnya kena byr cepat2. BN menang aper. kalau kalah, lain la citer ! adoi....
  23. ada pe pe crite tak pn gojesss..update lerr.
    penan- x dak lagi
    Reply
    Replies
    1. hi awak :)
      tempat PG yang latest, ada kengkawan PG yang telah selamat di bayar elaun mereka. katanya, mungkin ikut urutan huruf nama kita. sapa nama yang bermula dengan huruf A, mungkin akan dapat awal. PG tak berapa sure juga tau. sebab, ada yang kata, sekiranya masa borang kita proses hari tu, tak ada iringan surat pelantikan, surat sumpah, agak lambat prosesnya. hurm.
  24. Saya KTM, anak buah asyik tanya je...kita sama juga menunggu
    Reply
    Replies
    1. hi KTM. saya KP ;)
      ok, sama2 kita nanti kan ya ;)
      salam kenal dari saya!
  25. lama nyerrt weiii
    Reply
  26. Fail petisyen PRU 13 dah tamat hari ni.. Tapi elaun KTM dan Kerani SPR sampai sekarang tak dapat2 lagi.. Kalau sapa2 kerja SPR mohon penjelasan yg lebih lanjut.. Info yang AG kuiri kan elaun tersebut..
    Reply
    Replies
    1. hi awak, better awak berhubung dengan KTM awak maybe? tanya apa masalah kan? or call urus setia SPR di tempat yang awak bertugas hari tu. tapi rasanya, semua negeri macam ni kot. sebab tempat saya pun sama. ;(
  27. Salam semua.saya salah sorang kerani mengundi jugak di Perak.penat jugak menunggu tak masuk-masuk.Saya ada tanya dipejabat daerah katanya mungkin hujung bln 6 dan tempat saya akan bagi secara cash. Kakak saya bertugas di Penang katanya akan dapat secara bank-in. itu yang agak pelik jugak tu...lambat sangat plak smpai nk masuk 2 bln.
    Reply
    Replies
    1. wssalam awak ;)
      tak pe la kan kalau lambat, tp di bayar sekaligus sekali dengan tuntutan perjalanan kita.
  28. Mungkin terlambat tunggu peruntukan keluar kot? itu lah kena tunggu agaknya.
    Reply
    Replies
    1. tp kan awak, rasanya peruntukkan untuk PRU13 yang saya dgr berjuta juta lemon, memang telah di sediakan dari awal. melibatkan pembayaran para petugas. mana pegi erk? :)
  29. huarrrrrrrrrrrrrrrgh,tensionnnnnnnnnnn
    Reply
    Replies
    1. uwarghhhhh!!!! saya juga :(
  30. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,dah keringggggggggg
    Reply
    Replies
    1. Parlimen cheras kl akan dpt duit cash esok,parlimen lain lum dengar crita lg.
    2. hehe. kita sama :D

      HARGAI JASA KAMI DAN JANGAN MEMBIARKAN KAMI PETUGAS PRU13 TERUS MENANTI BAGAI MENANTI BULAN JATUH KERIBA