SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Monday, March 1, 2010

Aku dan Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan diadakan di Padang MPS disaksikan oleh Yang Di Pertuan Besar N9 .Menteri Besar N9 bersama orang kenamaan dari pelbagai Agensi.
Aku terpilih sebagai salah seorang peserta dari Pihak berkuasa Tempatan mewakili Majlis Daerah Jelebu.Ini adalah penyertaan sulong aku dalam acara sebegini sejak aku menyertai MDJ.Aku amat berbesar hati mewakili MDJ.
Semangat punya pasal aku telah bergerak dari TT ke Seremban pada pagi 26.02.2010 jam 05.25am dan aku sampai di MPS jam 06.15am.Padang masih sunyi pada waktu iti lantas aku ke Masjid Negeri menunaikan Solat Suboh.

Perarakan bermula dari Padang MPS dan menuju ke Masjid Jamek Seremban dan berakhir di MPS kembali.Aku bersama 12ribu lagi rakan perarakan dari pelbagai Agensi dan penjawatan kerajaan melaungkan Salam pujian salawat keatas Nabi Muhammad SAW.Perarakan berakhir kira-kira jam 11.00am.Sesudah merasai juadah yang dibekalkan oleh penganjur..,maka aku pun beredar untuk kembali ke Jelebu.

No comments:

Post a Comment