SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Thursday, June 9, 2011

Kitar Semula - Bahan terbuang diganti Wang

Program Kitar Semula yang disarankan oleh Kerajaan adalah suatu langkah yang baik dan perlu disokong oleh rakyat negara ini.Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk mengelakan pembaziran dan menambah pendapatan sampingan dikala harga barang yang kian meruncing kini.Keperluan harian diperlukan manakala nilai RM kian mengecil.
Aku adalah salah seorang yang menyahut seruan Kerajaan dalam melaksanakan Kitar Semula ini.tabiat ini mungkin telah disemai sejak aku kecil iaitu 3o tahun yang lampau dimana aku mengumpul botol kicap yang berwarna hitam untuk dijual kepada pembeli botol masuk kampung yang membawa guni.Ketika itu sebotol nilainya antara 5 sen ke 10 sen.
Kemudian sikap ini terbawa-bawa hingga kini yang mana aku bukan mencari barang tapi asal jumpa aku ambil dan kumpulkan.Aku akan menjual hasil barangan lusuh yang terkumpul ini apabila keadaan belakang rumah aku kelihatan semak dengan timbunan barang lusuh.Sakit mata memandang ditukar kepada Ringgit Malaysia pengisi poket.
Antara barangan lusuh yang aku simpan untuk ditambah dan terus ditambah ialah besi dari alatan kereta yang tidak digunakan.
Barangan dapur dan peti televisyen juga ada nilai dipasaran barangan lusuh
Botol air mineral juga boleh dikumpulkan sedikit demi sedikit dan apabila jumlahnya mencecah 20 kilo tentu hasilnya boleh ditukar dengan RM untuk membeli kuih minum petang.

Tin biskut,arial tv lama,besi kipas juga boleh dijual pada harga sekilo RM0.45sen
Dawai tembaga yang diambil dari Dinamo,Motor elektrik dan enjin kipas angin adalah suatu yang merumitkan tapi hasilnya boleh tahan.Dinasihatkan jangan mencuri atau mengambil barang ini tanpa izin kerana ianya adalah barang lusuh yang PANAS.Setiap penjual akan direkodkan oleh pembeli barangan lusuh.
Tin Aluminium..ya..ramai yang hanya memahami kitar semula hanya pada tin aluminium.Mana taknya harga dipasaran barang lusuh tin ini mencecah RM4.80 sekilo.
Beginilah kelihatanya barangan lusuh di belakang rumah aku sedia menanti untuk diangkut ke kedai barangan lusuh berdekatan.Aku lebih suka menjual sendiri daripada menati lori datang kerumah kerana perbezaan harga yang begitu ketara.
Barang yang aku kumpul telah siap aku Gredkan sendiri mengikut kalifikasi yang ditentukan oleh kedai barangan lusuh.Ada besi Gred A ,B ,C dan kertas kotak biasa tidak sama dengan kertas buku yang berwarna putih.
Inilah antara hasil yang telah aku kumpulkan bertukar kepada nilai RM. SElain aku dapat mengurangkan sampah dikawasan pembuangan sampah dan membersihkan pandangan dari dicemari dengan besi atau plastik...aku dapat juga gaji hasil bahan yang telah aku jualkan.Walaupun kecil jasaku ini namun aku bersyukur krn rezeki yang aku peroleh ini adalah halal dan walaupun kecil tapi diberkati.Biarlah org memandang hina aku mengutip barangan di jalan atau kawasan semak tapi aku tak mahu dihina kerana minta meminta apabila RM diperlukan.......ADIOS AMIGOS

3 comments:

  1. Saya juga ada megutip botol2 dan sampah yg boleh di jual...Hati2 dgn peniaga scrap yg menipu timbangan , biasanya 1/2 kilo adjusted.Kalau utk aluminium dan tembaga 1/2 kilo banyak tuh.Saya kalau nak jual tembaga dan aluminium siap timbang dlu , kat sana nanti bagitau mereka yg dah timbang sekian berat, kalau timbang kat sana mesti tak cukup 1/2 KILO.

    ReplyDelete
  2. salam bang, nak tanya..abang jual barang kitar semula kt ner ek?sy duduk kat negeri sembilan gak. nanti contact sy yer 019-4554745.sebab sy nak jual barang kitar semula juga..terima kasih..

    ReplyDelete
  3. baru nk berjinak..byk paper kt opis ni yg plu recycle

    ReplyDelete