SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Saturday, December 25, 2010

KeLeNGkApAn PeRsEkOLaHan AnAk2 kU 2011

Tahun 2010 bakal meninggalkan kita dan tahun 2011 bakal mengamit kedatangan diminggu hadapan.Tempoh murid-murid bersekolah berehat pun akan berakhir dan bakal memasuki alam persekolahan pada 3hb Januari 2010.Para ibubapa sibuk dan ada yang pening memikirkan belanjawan persiapan persekolahan anak-anak darti segi pakaian,alat tulis,pendaftaran masuk dan duit buku pembelajaran harian.
Tidak terkecuali aku juga bakal menghadapi rutin tahunan ini yang aku anggap sebagai satu tanggungjawab yang tidak boleh lari sebagai bapa terhadap anak-anak.Tanpa menangguhkan masa dan tidak terlalu awal dirasakan...maka pada hari ini 25hb Disember 2010 aku sekeluarga ke Seremban untuk mencari kelengkapan persekolahan anak-anak.
Setelah puas menjelajah dan mencari tempat yang bersesuaian dan aku fikir perbelanjaan mencukupi...Parkson Terminal One menjadi pilihan aku sekeluarga.

Agaknya penat jurujual dan promoter mencari pilihan saiz pakaian yang sesuai untuk anak-anak aku....dan melayan telatah aku dan isteri aku yang tawar-menawar harga walaupun jualan pakaian yang dipilih telah dikurangkan ketahap minima.
Akhirnya selesai sudah kelengkapan anak-anak untuk persediaan sesi persekolahan 2011.Harganya...nilainya..RMnya...usahlah ditanya....ternyata nilai matawang kita telah kecil dan jika disebut RM500 hanya ibarat "celah gigi sahaja"...
Rusaiman...Anak sulong aku mencuba set pakaian barunya ketika sampai dirumah.Beliau akan menyambung persekolahan ketingkatan 2 SEMUJA.
Rusliana...Anak kedua aku bakal memasuki alam persekolahan menengah di tingkatan 1 SEMUJA
Rusalyaa...Anak ketiga aku akan meneruskan persekolahan Tahun 5 di SEKJENKEB(C)

Rusdianah...Anak keempat aku juga akan meneruskan persekolahan ditahun 3 SEKJENKEB(C)

Rusatikah...Anak bongsu aku bakal memulakan persekolahan tahun 1 di SEKJENKEB(C)


Bil bayaran yang berjela untuk kesemua belian aku pada hari ini dan jumlah bil tersebut melayakan aku menerima Baucer RM20 dari Parkson.

Tuesday, December 7, 2010

Sejenak dinihari di Jeram Toi ( 01 Muharam 1432 )

JERAM TOI-Adalah salah satu Jeram yang popular di Daerah Jelebu.Terletak diawal laluan ke Seremban iaitu dikaki Bukit Tangga.Terkenal dengan keindahan semula jadi dan kedinginan airnya yang putih lagi jernih.
Kawasan yang mempunyai batu-batan semula jadi memenuhi tujuh tingkat Jeram yang sesuai untuk aktiviti riadah,mandi-manda dan sesi fotografi bagi mereka yang cintakan keindahan.

Laluan pintu masuk yang indah mengamit kedatangan pengunjung dari dalam dan luar Daerah Jelebu.
Baru-baru ini keluarga ku datang berkunjung ke Jeram Toi untuk melihat keindahan semula jadi disini

Pintu gerbang penuh kesenian ukir dibuat khas untuk menyambut kedatangan pengunjung

Laluan yang diperbuat dari batu simen yang mempunyai lebih dua ratus anak tangga mencabar pengunjung untuk mendaki hingga ke puncak.


Turut juga disediakan pagola untuk pengunjung berteduh ketika hujan dan sesuai untuk aktiviti keluarga berkelah.


Kawasan mandi utama penuh sesak dengan pengunjung menyejukan badan tanpa mengira bangsa dan agama....1 Malaysia.


Memutih dan deruan air terjun yang memecah kesunyian hutan rekreasi Jeram Toi.


Pandangan dari puncak ke Jeram di tingkat keenam.


Aksi bergaya dari seorang wanita bergelar ibu dan isteri kepada ........
aku laaa....


Aksi romantis ...aku dan isteri sejenak di pinggir air terjun yang memecah kesunyian menghempas ke batu.


Tidak ketinggalan juga puteri empat aku bergaya di pinggir air terjun.


Kelihatan pelbagai pokok menghiasi hutan rekrasi Jeram Toi.Antaranya pokok Kempas,Kayu Arang,Mempisang,Rambutan,Cengal dan ada juga ditanam pokok durian.


Laluan denai sesuai untuk "Jungle Tracking"


Suasana redup dengan rimbunan pokok-pokok peredup yang sesuai tanpa menghalang pandangan ke arah Jeram tingkat bawah.


Laluan air menyusuri bongkah batu yang tersusun secara semula jadi.


Keluarga aku ...sejenak di Jeram Toi


Pokok hutan yang telah berusia melebihi lima puloh tahun


Jommm...ke Jeeerammmm Toiiiiiiii.....
( Jelebu N9 )

Wednesday, December 1, 2010

RUSATIKAH ditahun akhir TABIKA Perpaduan.


RUSATIKAH ZULAIKHA..anak bongsu aku yang menamatkan sesi persekolahan TABIKA di Taika Perpaduan Titi pada tahun 2010


Tahun 2011 akan bermulanya persekolahan anak bongsu aku di Sek.Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chun Yin Titi.

Rakan dan juga sepupu kepada Atikah (Balqis dan Zulaikha)

Zulaikha dan Tihaj...rakan dan juga sepupu kepada Atikah


Balqis dan Tihaj...adik beradik yang juga rakan kepada Atikah


Rusatikah penuh gaya dan senyuman manis khas untuk pembaca Blog ayahnya....AlongTT.

Kejayaan Rusliana di SKST 2010

RUSLIANA SYAZWANA...anak kedua aku yang dipanggil Angah...tahun 2010 adalaha tahun akhir beliau ber Sekolah Rendah di SKST.Pencapaian beliau dalam UPSR mendapat keputusan 3A2B...
Angah seorang yang cergas dan giat melibatkan diri dengan aktiviti Ko-Kurikulum.
Wang saguhati dari pihak sekolah untuk pencapaian UPSR 3A (RM30)

Antara pencapaian Angah di Sek.Keb.Seperi Tengah;
1)Kedudukan no.2 dalam kelas
2)Markah tertinggi Bahasa Melayu (85%)
3)Markah tertinggi Jawi (96%)
4)Sansiah terbaik
5)Anugerah NILAM
6)Pengawas Media
..dan bebarapa penghargaan untuk pasukan Kadet dan sukan.Pernah juga mewakili Spell It Right mewakili sekolah dan mendapat tempat ketiga peringkat Daerah Jelebu.
Tahniah anak ku...moga kejayaan mu akan menjadi kebanggaan ibubapa dan jaminan masa depan mu....

Tuesday, November 30, 2010

Hasil Seni Kraftangan Kg Seperi Jelebu Negeri Sembilan

Beberapa Produk terbaharu Kraftangan Kg Seperi Jelebu Negeri Sembilan

Sangkar Burung

Tudung saji tahan tekanan sehingga 60 kilogram
Kekukuhan yang terbukti...harga yang berpatutan dan hasil kerja yang penuh seni


Beg tangan Dendang Perantau