SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Saturday, December 25, 2010

KeLeNGkApAn PeRsEkOLaHan AnAk2 kU 2011

Tahun 2010 bakal meninggalkan kita dan tahun 2011 bakal mengamit kedatangan diminggu hadapan.Tempoh murid-murid bersekolah berehat pun akan berakhir dan bakal memasuki alam persekolahan pada 3hb Januari 2010.Para ibubapa sibuk dan ada yang pening memikirkan belanjawan persiapan persekolahan anak-anak darti segi pakaian,alat tulis,pendaftaran masuk dan duit buku pembelajaran harian.
Tidak terkecuali aku juga bakal menghadapi rutin tahunan ini yang aku anggap sebagai satu tanggungjawab yang tidak boleh lari sebagai bapa terhadap anak-anak.Tanpa menangguhkan masa dan tidak terlalu awal dirasakan...maka pada hari ini 25hb Disember 2010 aku sekeluarga ke Seremban untuk mencari kelengkapan persekolahan anak-anak.
Setelah puas menjelajah dan mencari tempat yang bersesuaian dan aku fikir perbelanjaan mencukupi...Parkson Terminal One menjadi pilihan aku sekeluarga.

Agaknya penat jurujual dan promoter mencari pilihan saiz pakaian yang sesuai untuk anak-anak aku....dan melayan telatah aku dan isteri aku yang tawar-menawar harga walaupun jualan pakaian yang dipilih telah dikurangkan ketahap minima.
Akhirnya selesai sudah kelengkapan anak-anak untuk persediaan sesi persekolahan 2011.Harganya...nilainya..RMnya...usahlah ditanya....ternyata nilai matawang kita telah kecil dan jika disebut RM500 hanya ibarat "celah gigi sahaja"...
Rusaiman...Anak sulong aku mencuba set pakaian barunya ketika sampai dirumah.Beliau akan menyambung persekolahan ketingkatan 2 SEMUJA.
Rusliana...Anak kedua aku bakal memasuki alam persekolahan menengah di tingkatan 1 SEMUJA
Rusalyaa...Anak ketiga aku akan meneruskan persekolahan Tahun 5 di SEKJENKEB(C)

Rusdianah...Anak keempat aku juga akan meneruskan persekolahan ditahun 3 SEKJENKEB(C)

Rusatikah...Anak bongsu aku bakal memulakan persekolahan tahun 1 di SEKJENKEB(C)


Bil bayaran yang berjela untuk kesemua belian aku pada hari ini dan jumlah bil tersebut melayakan aku menerima Baucer RM20 dari Parkson.

No comments:

Post a Comment