SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Thursday, November 26, 2009

Mesyuarat AJK rakan Re-Union 80~85 telah diadakan di Hotel Sri Klawang.Kehadiran AJK telah memeriahkan suasana mesyuarat sesi 01/2009.Semua begitu teruja dgn mesyuarat ini dalam merangka agenda seterusnya dan hala tuju pertemuan rakan-rakan lama nie.Pengerusi iaitu Norhaslinda sampai tak terkata apa melayan karenah AJK yang lebih harmoni dan santai.Tak sangka pulak mereka nie semua begitu bersemangat dlm memberikan idea.Dalam gelak-gelak tak sedar jam telah menunjukkan pukul 6.30pm.(Mula mesyuarat jam 4.30pm).Apa citer dlm mesyuarat...aku rasa S/U (Kay) telah memaklumkan kpd semua melalui email atau kiriman Pos.Tak sedar aku...dlm ahli yang hadir mesyuarat nie aku sorang jer lelaki...Lelaki yang lain tidak dapat hadir kerana berada diluar kawasan.

Kunjungan Rakan Re-Union 80~85 ke TT


Kunjungan Rakan Re-Union 80~85 kerumah aku.Kunjungan yang diketuai oleh Linda dgn Zulfah dan Herman dalam rangka lawatan mereka ke daerah Jelebu.Sebegitu lama aku tidak berjumpa Zulfah kerana semasa pertemuan pertama Re-Union hari tu beliau tidak dimaklumkan.Mungkin terlepas pandang.Zulfah nie adalah rakan baik kepada Noormarry yang aku kenal tapi sehingga kini aku masih tidak dapat lagi bersua muka dgn Marry.
Kunjungan mereka nie telah mempertemukan aku dgn keluarga aku bersama mereka semua.Ternyata mereka nie masih sporting dan peneriman keluarga aku amat membanggakan.
Tidak lama selepas Linda,Herman dan Zulfah meninggalkan kediaman aku untuk balik ke K.Lumpur..datang pulak Rahim..iaitu kembar kpd Rahimah.Si rahim nie pun dlm rangka lawatan kerumah kengkawan sebelum berangkat ke Mekah menunaikan Haji.
Antara rakan lama aku yang turut mengunjungi aku ialah Mohd Rafi.Beliau nie dulu rakan sekampung semasa aku menyewa di Jelebu Estate.Masa tu aku berniaga menjual satay di situ.Mohd Rafi bukan sahaja rakan Re-Union aku tetapi beliau juga adalah pelanggan satay aku suatu ketika dahulu.Terima kasih diatas inagatan beliau kpd aku dan sudi datang berkunjung ke rumah aku...tak der planning..tau-tau dah sampai depan rumah.Nasib baik aku ada dirumah ketika itu.
Aku amat berbesar hati dgn kunjungan kengkawan lama ku.Walaupun aku masih lagi belum berkesempatan melawat mereka-mereka nie,tetapi mereka semua sentiasa diingatan.Aku amat menghargai persahabatan ini yang tentunya telah mewarnai kehidupan aku ketika berusia 7 hingga 12 tahun.Sememangnya dunia kanak-kanak meninggalkan memori indah dewasa ini.Kepada rakan-rakan yang lain...rumah aku sentiasa terbuka untuk kalian kunjungi selagi aku masih mampu melihat mentari dan purnama.Terima kasih diatas segalanya.