SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, September 30, 2012

Mini Konvoi ke "Jelajah Janji D'Tepati -Seremban"

          Tarikh 29.09.25012 adalah tarikh yang bersejarah bagi penduduk N9 kerana hari ini adalah lawatan pertama  PM kita Dato'Seri Najib Tun Abd.Razak selepas Belanjawan 2013 dibentangkan pada 28.09.2013.Tentunya kedatangan beliau ke N9 amat dinantikan oleh rakyat selepas perbentangan Belanjawan 2013 yeng bertemakan 'Memakmurkan Negara Mensejahterakan Rakyat :Sebuah Janji Ditepati'.Tentunya juga Belanjawan ini mengembirakan golongan berpendapatan rendah dan mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dari pihak kerajaan kepada Kakitangan Awam...antaranya Bonus sebulan setengah,BR1M 2.0,BR1M Bujang atas  21 tahun,Bantuan RM100 anak sekolah dan PR1MA bagi golongan sederhana.
AKU ataupun DEN
          Sebagai Penjawat Awam dan pengerak jentera kerajaan tentunya menyokong penuh apa jua rancangan yang dilancarkan.Sokongan yang tidak berbelah bahagi maka pada tarikh tersebut aku dan rakan-rakan bersama Pegawai Jabatan turut serta untuk menyambut ketibaan PM di Kompleks Sukan Paroi Seremban.Bagi aku dan sebilangan rakan-rakan yang berpendapatan rendah merancang menaiki motorsikal untuk ke Program tersebut kerana menjimatkan petrol dan tidak mahu mensesakan lagi jalan raya yang tentunya 'Jammed'.
          Disini aku paparkan sebahagian kecil gambar yang sempat dirakam untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang sudi membaca Blog aku.Maaf dipinta kiranya ada kekurangan dan permasalahan dari segi olahan bahasa kerana tentunya aku bukan wartawan apatah lagi pengarang.Cukuplah aku sekadar boleh menaip dan apa yang ingin aku sampaikan mudah difahami....
PESERTA MINI KONVOI MENGISI MINYAK 
(Duit sendiri jer...tak  claim pun)
SEMPAT BERGAMBAR DI AIR TERJUN BUKIT TANGGA
 (Selepas membasuh muka...sesejukkkkk....oohhhh..segar  rasanya)
MENURUNI BUKIT TANGGA
AKU & BRADER IJOY
(Rendah dan tinggi berdiri tak sama tapi minat sama)
BANGGA MERAH GAGAH BERANI
(Sejurus sampai di Mobil Paroi)
IJOY,BOY,WAN,ADIE & M'THAR
('..lama tunggu dah..mana laa Boss kita nie..')
LALUAN SESAK MENUJU KE KOMPLEKS SUKAN
(Daud : 'Relaks laa kejap...jammed tuu..')
STAILO BRO...
Motor pun susah nak parking...
ANTARA RIBUAN PENDUDUK N9 MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
SELEPAS MENDENGAR KETIBAAN PM YANG DI NANTI-NANTI
PM SELAMAT TIBA DISAMBUT DENGAN SENYUMAN
BEREBUT HADIRIN INGIN BERSALAMAN
PERJALANAN PULANG SINGGAH DI MC DONALD
(Cuaca pun hampir gelap dah...)
Lapar..lapar....tak sabar nak makan ..
...kat Paroi tadi tak der peluang pun nak makan...



TERIMA KASIH PM

Rakyat Didahulukan....

Wednesday, September 19, 2012

KOPI HERBA ASLI ( Kopi AL-Ambiak)


Aku nak kongsi pasal Kopi Herba yang satu ni...Kopi Natural Herbs.Buatan anak tempatan dari Kedah Darul Aman dengan adunan ramuan tradisional semestinya dicampur juga Tongkat Ali.
Rasanya pahit tidak ada manis pun dan hanya mereka yg tahan saja berjaya menelannya.Sepeket boleh diminum 3 atau 4 kali sahaja dalam tempoh seminggu.Kalau ikut aturan aku sendiri...sekali bancuh dengan air yang mendidih cuma 2 camca dan diminum sekali dalam tempoh 2 hari.Maknanya bukan laa hari2.
Kesannya kpd aku ialah daya ketahanan badan bertambah walaupun tidur tidak mencukupi.Apa tidaknya kadang2 aku terpaksa buat kerja dari pagi hingga ke malam...kerja hakiki dan Katering.Tenaga kelakian pula..emmmmm...adalah juga peningkatan dan yang pastinya apa yang kawan aku alami...kandungan gula dalam badannya berkurangan...Malas nak cerita lebih..sesiapa yang berminat boleh mencuba.Aku bukan promosi dan bukan nak ambil kesempatan.Aku bercerita berdasarkan pengalaman aku dan sesiapa nak test bolehlah cari di kedai2 yang ada menjualnya.

Disini aku nyatakan apa keistemewaan Kopi ini seperti yang tercatat oleh pengeluar di laman web.

Produk kopi herba Asli

1. Menambahkan tenaga
2. Meningkatkan keupayaan seks

3. Meningkatkan kecergasan
4. Mengurangkan tahap tekanan
5. Mengurangkan kelesuan
6. Merawat menopos
7. Membantu pesakit diabetes
8. Mengurangkan sakit sendi
9. Melancarkan pengaliran darah
10.Membantu perkembangan sel otak
11.Meningkatkan metabolisma
12.Melambatkan kesan penuaan
13.Merangsang seks untuk lelaki
14.Melancarkan edaran darah
15.Menurunkan gula dalam saliran pembuluh darah
16.Mencuci buah pinggang


PANTANG LARANG 
AIR KELAPA, MINUMAN BERALKOHOL, ASAM LIMAU


CARA PENGAMBILAN,
-1 JAM SELEPAS MAKAN NASI
- AIR BETUL-BETUL PANAS
lepas minum mungkin terasa panas dalaman atau pening( ini adalah kebiasaan) teruskan meminum sekurang-kurangnya dua paket seminggu.
separuh paket sekali minum!!
Harga Pengedar : RM 3.50 (100 paket)

oK....Selamat mencuba....

Tuesday, September 18, 2012

HiRUk PiKuK jELaJaH RaYa 2012

Salam buat semua ..

Salam Aidil fitri dan Salam Kemerdekaan...Salam 1 Malaysia.
Bersyukur kita dipertemukan kembali dalam Blog aku yg serba ringkas ini tetapi amat bermakna dalam rentetan perjalan hidupku.
Saban tahun Hari Raya menjelma maka tentunya kita sibuk ziarah menziarah sesama saudara,teman,sahabat dan rakan taulan.Maka aku tidak terkecuali dalam memenuhi hari-hari yang dilalui dan mencuba meluangkan masa seboleh mungkin untuk meraikan bersama rakan2 lama.
Sementelah bertemunya rakan2 Sekolah Rendah Undang Jelebu Tahun 1980 yang terlaksana pada tahun 2009 hasil usaha bersama kawan-kawan yang menjejaki rakan lama maka lahirlah 
RE-UNIONS SRUJ 1980 (Lihat catatan Blog aku :September 2009)
Syukur kpd Ilahi krn mengizinkan kami bertemu dan menjalinkan kembali ikatan persahabatan yang telah terpisah sekian lama.Bagi mengeratkan lagi hubungan kami maka dengan inisiatif kawan2 yang menghargai erti persahabatan ,terujudlah 
HIRUK-PIKUK JELAJAH RAYA 2012.
Walaupun kumpulan kami kecil tetapi bisa mengimarahkan suasana yang sunyi kepada huru-hara krn masing bercerita bagaikan tiada noktah dengan kisah yang lucu lagi selamba.



Perjalanan dimulakan dari kediaman Aku kemudian ke rumah Fidah...rumah Mustafa... rumah Rahimah...rumah Yusni dan akhir sekali rumah Noridah...
Beberapa keping gambar yg sempat dirakamkan oleh Zainal & Rafidah Andaman Enterprise merakamkan kenangan yang amat bermakna buat kami..

Antara kisah yang mencuit hati buat kami di setiap persinggahan ialah:

Rumah Aku (Titi) : Pinggan jatuh tak naik kembali
Rumah Fidah (Petaling) : Salad dan timun dalam peti sejuk
Rumah Mustapa (Teriang) : Aksi spontan Mustapa nak picit Rfidah
Rumah Rhimah (Seremban) : Bomba tangkap biawak
Rumah Yusni (H.Langat Selangor) : Air basuh tangan dlm mangkuk
Rumah Noridah (Kg.Sarin) : Kisah Hanip yg tetiba muncul..




Nak tau kisah sepenuhnya...emmmmmm..ssyyyyyyyy...Biarlah rahsia.

KEDIAMAN AZAM n NORIDAH
Apa laa yg lawak tu....hinggakan Idah termenung..
Berborak tanpa meja....tapi tetap dalam bulatan
Fidah ,Kay ,Along ,Idah
Latar belakang pokok betik di Kediaman Fidah
Ibu bapa sibuk borak...anak2 apa lagi...hentam laa apa yg ada...
KEDIAMAN ZAINAL n  RAFIDAH
Meh ler makan...nasi ayam special tanpa sayur...khe..khe..
Mau minum...haaa....ini bukan sebarang air...tapi air oren sunquick tanpa pengawet

KEDIAMAN  MUSTAFA AL BAKRI
Sembang tetap dalam bulatan walaupun tanpa kerusi dan meja

Kenangan bersama keluarga masing-masing
Bersama anak2 sekeluarga
Makan berdua jer dulu...kengkawan lain masih belum sampai
Laaa...datang beraya pun kena basuh pinggan ker....
KEDIAMAN AZAM  n  RAHIMAH
Borak sembang dalam bulatan walaupun tak der meja
He..he...sempat juga aku menyelit dicelah Fidah,Ani & Kay
Menu yg mengenyangkan...tapi tahun ni tak der pulak mee skrew
Sopannyer....bersimpuh malu ..
KEDIAMAN YUSNI
Haa...makan ler apa yg ada tu...eh...mamgkuk tadi dah turun tak naik ker lagi...

KEDIAMAN ALONG n LAILY
Haa..bebaik makan tu...kang tercokek...

PERJUMPAAN SEMULA RAKAN LAMA SRUJ BADGE 1980 DI PERTEMUKAN
DI HOTEL SRI KLAWANG PADA SEPTEMBER 2009

Kepada rakan2 diluar sana jika ingin turut serta di HIRUK-PIKUK JELAJAH RAYA 2013 atau ingin kisah lanjut bolehlah menghantar personal mesej ke akaun facebook
Abdlahros Mohd /Kay Adinda /Fidah Abd Radzak