SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Wednesday, April 13, 2011

Rangka Ex5 aku ditemui...

Akhirnya rangka motorsikal Honda Ex5 aku ditemui semula dalam sebuah kolam di tempat yang bernama Bakri dalam daerah Muar Johor Darul-Takzim.Pada 10 April 2011 aku telah dihubungi oleh Pegawai Penyiasat (Srjan Mxxx) kira-kira jam 11.30 malam memaklumkan penemuan semula rangka motor ini.Setelah selesai penyiasatan dipihak IPD Muar maka rangka Ex5 aku dibawa ke IPD Jelebu dan kes ini disiasat oleh Pegawai Penyiasat yang mengambil kes aku ini sejak kehilangan dulu (Srjan Hxxx).Pada tarikh 13 April 2011 kira-kira jam 9 pagi penyerahan semula rangka ini telah dibuat di IPD Jelebu dan rangka ini kemudian aku serahkan kepada Sykt dimana aku membeli motor ini untuk tuntutan ganti rugi dari Sykt Insuran.


Diatas ini adalah rupa bentuk asal motorsikal aku sebelum dicuri oleh

pencuri laknatullah.


Beginilah bentuk rangka motorsikal aku sesudah dijumpai semula.Tiada

sebarang aksesori termasuk enjin,tayar dan spotrim yang telah ditanggalkan

oleh pencuri sialan mungkin untuk pasaran gelap tempatan.


Nombor casis rangka masih dalam keadaan asal dan tidak dicacatkan.

Nombor inilah membantu pengecaman semula rangka motorsikalku yang

telah hilang pada 17 Januari 2011.


Tiada apa yang tinggal ,hanya besi serangka,

Ohhh..kejamnya engkau pencuri banjingan



Gambar diatas aku ambil semasa rangka motor ini disimpan dalam

stor IPD sebagai barang kes.




Aku bersyukur diatas penemuan semula motorsikal ini.Sesungguhnya tiada rezeki menyebelahi aku untuk memiliki motorsikal Honda Ex5 NCJ 165.Namun begitu aku tetap tidak menghalalkan wang ringgit hasil jualan barangan alat ganti motorsikal aku ini terhadap pencuri yang tidak pernah rasa bersalah itu.Terima kasih juga dari aku kepada pegawai Penyiasat kes aku ini dari kedua-dua Daerah (Muar & Jelebu) diatas kerjasama kalian.Terima kasih sekali lagi kpd PDRM.


Kepada pencuri yang dilaknati Allah SWT..selagi engkau tidak memperolehi keampunan dan kemaafan dari aku..,maka sentiasa aku doakan agar seluruh keturunan hidup engkau tidak akan bahagia dan sengsaralah hendaknya disaat menghadapi sakratul maut.Aku sumpahkan engkau wahai pencuri motorsikal Honda Ex5 NCJ 165 agar hidup engkau penuh dengan kecelakaan.Ya Allah Ya Tuhan ku..sesungguhnya aku insan teraniaya maka itu ku pohon dari mu agar berilah pengajaran kepada pencuri yang dilaknati ini dan mudah-mudahan panaslah perut ibu yang mengandungkan

anak derhaka ini selagi dia bertaubat diatas dosanya ...Amin..Yaa..Raabalalaminnnnn.....





p/s:

Kisah Motorsikal Aku Hilang boleh dibaca di coretan yang lalu pada kisah Bulan Januari 2011

No comments:

Post a Comment