SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433

 


InsyaAllah kita akan merayakan Hari Raya Qurban hari Jum’at ini. Dan bermula dari selepas sembahyang pada hari Jum’at sehinggga hari tasyriq yang ketiga kita disunatkan melakukan ibadah Qurban dan mengingatkan kita kepada kisah dimana Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. Untuk itu, sebelum aku berangkat balik ke Sri Manjung Perak D.R subuh nanti maka aku ingin bawakan sedikit kisah pengorbanan ini untuk kita sama-sama hayati dan teladani.

Peristiwa Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah Allah swt untuk mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s adalah bukti keta’atan, ketaqwaan dan kecintaan yang tidak berbelah-bagi keluarga tersebut kepada Allah swt. Kerana keta’atan, ketakwaan dan kecintaan kepada Allah swt yang begitu tinggi melebihi kecintaannya kepada diri sendiri, anak-isteri, dan segala yang dimiliki bahkan nyawa mereka sendirilah, membuatkan mereka menunaikan perintah Allah swt tanpa persoalan lagi. Dengar dan patuh! Itu saja.
Demikianlah tabahnya seorang ayah dalam menjalankan perintah Allah swt, walaupun yang perlu dikorbankan adalah anak kesayangan. Anak yang yang sering ditinggalkan dan hanya sesekali dapat bertemu kerana Nabi Ibrahim a.s tinggal di Palestin.

Maka kita sebagai manusia yang bersifat baru ini perlulah juga menghayati dan menghargai apa jua pengorbanan yang ikhlas setulus hati oleh siapa jua yg kita dampingi dalam kehidupan harian.Jangan terlampau seronok meraikan Hari Raya Adha tapi melupakan Qurban yang memberi sepenuhnya makna yg tersirat.Apa pun bersama juga kita berdoa akan keselamatan muslimin muslimat yang sekarang ini menunaikan Rukun yg kelima di tanah suci Mekkah.Moga dodoakan dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke tanah air.Doakan jualah perjalanan aku sekeluarga dipermudahkan agar selamat balik ke kampung dan kembali  semula ke tempat bermastautinnya aku sekeluarga.....

Tuesday, October 16, 2012

Konvoi Bermotorsikal Jelebu ke P.D (11 - 12 Okt.2012)

        Pada 11 - 12 Oktober 2012 telah diadakan satu aktiviti riadah anggota Rela bersama Belia Jelebu dengan kerjasama AADK Kuala Klawang .Aktiviti kali ini melibatkan mana-mana angota yang berminat dan tiada paksaan.Konvoi bermotorsikal ini diberi nama CRIME AWARENESS TEAM akan berkemah di Batu 4 Port Dickson selama dua hari.Pengisian hari disepanjang perkemahan ini adalah mengedarkan risalah ,gerak kerja berkumpulan,berkawad,lawatan ke Muzium Tentera,berkaraoke,ceramah dan bersukan.Tahniah kpd peserta krn begitu sporting dan memberi kerjasama yang terbaik tanpa membezakan usia dan latar belakang.
       Terima kasih dari aku juga diatas kepercayaan pihak penganjur melantik aku sebagai Marshall Konvoi sebagai mengiringi peserta dalam perjalanan pulang dan selamat sampai di Kuala Klawang dalam keadaan hujan disepanjang jalan.Tidak aku sangka juga terpilih sebagai peserta terbaik dalam aktiviti kali ini.Terima kasih kpd semua diatas sokongan.Sehingga kita berjumpa lagi dilain waktu dan ketika......

Peserta Konvoi berkumpul dihadapan Muzium Adat Kuala Klawang



Aku sempat juga bergambar sebelum Konvoi bermula
Kenderaan Konvoi diatur dalam dua barisan
Berjaya......Konvoi Jelebu ke Port Dickson selamat sampai ke destinasi
C.A.T satu gerak kerja berkumpulan dalam menyokong pengurangan jenayah
Gaya salah seorang peserta Konvoi.....teka siapa...?
Peserta Konvoi tekun mendengar taklimat keselamatan







Salah satu aktiviti...mengedarkan risalah kpd org ramai berkaitan bahaya Dadah.

Singgah sebentar di Muzium Tentera darat P.D

Pemandangan lokasi perkemahan Konvoi Bermotorsikal C.A.T

Aku sedang mencuba T'shirt yang diberi

Taklimat keselamatan diterangkan kpd peserta Konvoi

Peserta bergambar kenangan beramai-ramai bersama VIP

Aktiviti kerja berpasukan menguji kejujuran dan kesepakatan dalam kumpulan

Ceramah keselamatan disampaikan oleh Tuan Raj..semua tekun mendengar penuh minat

Kawad mengajar erti disiplin yg sebenar...

Gandingan Belia dan RELA menjadikan satu pasukan yang mantap
Tamat sudah Kursus yang diadakan.Peserta mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia.