SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Monday, April 11, 2011

BONsai & AKu

BONSAI...siapa yang tidak kenal dengan pohon besar yang telah dikatikan.Ramai yang minat.suka dan mengangap pokok ini unik dan penuh berseni.Aku antara pecinta BONSAI dan meminati BONSAI sejak belasan tahun.Bagi aku BONSAI mempunyai kesenian tersendiri dan hanya individu yang memahami keunikan tersebut boleh menterjemahkan kesenian BONSAI.Penjagaan yang tidak serumit mana,bergantung pada individu sama ada minat,suka atau gemar pada BONSAI.Maka itu sebagai memenuhi tuntutan kehidupan BONSAI yang penuh dengan kesenian ini,koleksi BONSAI aku tidak terkecuali untuk menjalani rutin yang sepatutnya.Pertukaran tanah,pemangkasan daun,pemangkasan dahan dan membaja adalah perkara biasa aku lakukan setiap enam atau tujuh bulan sekali keatas koleksi BONSAI aku yang mencecah hampir seratus lima puluh buah pasu.Disini aku kongsikan bersama sebahagian koleksi BONSAI aku yang telah menjalani rutin wajib tahunan ini.


Campuran tanah mengikut nisbah tertentu merangkumi tanah hitam,tanah gambut dan tanah berpasir.Tidak lupa juga dicampur dengan tanah bakar bersama baja kompos.Ini semua penting untuk tumbesaran akar dan pokok.


BONSAI memang mkemerlukan pengudaraan tanah dan pencahayaan matahari yang cukup.Itulah sebabnya tanah perlu ditukar dan dicampur pelbagai jenis untuk mineral semulajadi.


Baja.mineral,pencahayaan dan siraman yang mencukupi mampu membuatkan BONSAI hidup melebihi usia sipemiliknya.Akar yang mendokong pokok dan kehijauan dedaun menyerlahkan lagi BONSAI dan menjadi kebanggaan si pemiliknya.Tingginya nilai BONSAI mengikut usia,seni dan kepadatan dedaun yang merendang.


Antara pokok yang turut menjadi mangsa aku...sama macam BONSAI yang dipangkas ddedaun dan ranting....pokok bunga raya benteng pagar kediaman aku.


Bunga kertas tidak terkecuali kerana spesis bunga kertas perlu juga pemangkasan berkala untuk penghasilan bunga yang banyak dan cantik merimbun.


Menghijau dan segar...BONSAI yang telah aku tukar tanah dan pemangkasan telah dibuat pada bulan yang lepas.


Walaupun nampak ringkas tapi sisi garaj aku pun diletak hiasan menghijau


BONSAI yang baru selesai ditukar tanah dan pemangkasan daun telah dibuat perlukan penjagaan rapi dan amat sensitif pada kepanasan cuaca.Oleh itu siraman perlu dibuat sehari tiga kali iaitu pagi petang dan tengah malam.Jika tidak,BONSAI yang teleah sekian lama dijaga akhirnya tinggal nama saja.


Antara koleksi BONSAI aku


Sebahagian lagi koleksi BONSAI aku....

Inilah teman ketika aku santai diwaktu petang dan malam.Kata orang saintis...pokok memberi udara ,kita menerima dan begitulah sebaliknya.Oleh itu ketenangan yang aku dapat ketika berkomunikasi dialam udara bersama BONSAI mampu menenangkan fikiran aku yang kacau....

No comments:

Post a Comment