SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, August 17, 2010

Aku dan Terapi Medan Elektrostatik Kuala Klawang

PERCUMA....siapa tak nak,tapi sampai bila...?"Sampai orang Jelebu tak nak datang buat terapi.."Itulah kata-kata En. Majid
(Penyelia Cosmic Healthcare Centre Jelebu).

Aku pun mengambil kesempatan PERCUMA ini selepas habis waktu bekerja.Biasanya aku menunggu anak aku habis sekolah petang dari 4.30pm hingga 5.oopm di Dewan MDJ tapi sejak ada Cosmic Healthcare Center Jelebu berkenaan aku habiskan setengah jam untuk buat Terapi.
Aku tiada sebarang penyakit kronik atau merbahaya tetapi masalah kebas-kebas tangan yang aku alami sejak zaman remaja lagi.Apabila aku memandu jauh sekurang-kurangnya 10 km mula lah kebas-kebas di permukaan tangan kanan.

Setelah hampir 10 kali aku membuat Terapi...Alhamdulillah kesannya aku dah rasai.Kini sakit kebas-kebas tangan telah hilang sepenuhnya dan ada tidakbalasnya.Walaupun aku berpuasa tetapi badan aku sentiasa cergas dirasakan malah setiap malam kini aku boleh berjaga sehingga jam 1 pagi dan mudah bangun seawal 4pagi.kalau sebelum ini jam 10 malam aku telah hanyut dibuai mimpi dan pagi esoknya jam loceng hampir bosan mengejutkan aku.......


Kini...aku tetap meneruskan Terapi walaupun adakalanya aku tercicir waktu, tapi keesokan atau lusanya aku pasti menyambung semula Terapi yang cuma mengambil masa 20 minit malah selama itu tidak terasa masa berlalu kerana penerangan kesihatan yang disampaikan oleh staff Cosmic Healthcare tidak menjemukan.

Ini adalah kad keahlian aku dan sebagai kad jadual rawatan Terapi yang aku lalui.Sesiapa yang membuat Terapi disini akan dilindungi Insuran.

Logo Pusat Barangan Kesihatan Cosmic Healthcare Center, Kuala Klawang, Jelebu N9.


Alatan Terapi Medan Elektrostatik PRO NATURE dan Sitting Energizer


Pelbagai penyakit mudah menghinggapi kita kerana faktor Pemakanan harian, Persekitaran udara yang tercemar, Sikap malas bersenam dan Tekanan hidup seharian atau Stress.Semua ini akan mengpengaruhi aliran darah dalam badan kita yang mana bersifat alkali kepada berasid lebih-lebih lagi dalam peningkatan keusia tua.


Oleh itu aku menyeru kepada warga Jelebu dan yang berkesempatan agar jangan lepaskan peluang membuat Terapi Percuma.Luangkanlah sedikit masa 20 minit sehari untuk Terapi jika kita kesuntukan masa untuk berjoging sejauh 1.5 km.


Ingat...kita tidak mencari penyakit tetapi penyakit mencari kita.

AYUH JOM BUAT TERAPI PERCUMA.
PELUANG HANYA DATANG SEKALI,

Thursday, August 12, 2010

Seminar Warga Emas JKM

Sekali lagi aku terlibat dengan Seminar Sukarelawan yang membawa aku kali ini ke Rumah Seri Kenangan Seremban....05 Ogos 2o1o
Aku dilantik sebagai Pengerusi mengetuai Team No4 membentangkan kertas kerja bertajuk "Kenapa Rumah Orang2 Tua perlu diadakan"

Aku sempat bergambar di pintu masuk Dewan Seminar


Tanaman herba dan tanaman dapur diusahakan oleh warga emas di sini memenuhi hari-hari yang dilalui.


Aku berbincang bersama Team No4....
Kesayuan dan keinsafan menyelubungi asrama ketika kami melawat asrama.....dan aku renungkan..."Kenapa pada zaman serba moden ini anak-anak mengenepikan tanggungjawab terhadap orang tua...??"


Kraftangan Bunga Kerang Pengantin

Memang susah nak cari...hanya boleh ditempah dan dibuat hanya di Bengkel Kraftangan Kg.Seperi Jelebu N9.