SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Saturday, March 17, 2012

Sukarelawan Prihatin Sukarelawan Penyayang

SKUAD 1 MALAYSIA SKUAD PRIHATIN
KAD KEAHLIAN AKU
Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium Mini Kuala Pilah pada 17 Mac 2012,Aku sebagai ahli Rakan Anti Dadah (RADA) telah dijemput untuk bersama meramaikan lagi jemputan pada hari yang amat bermakna dirasmikan oleh YB.Dato'Hasan Malek selaku Ahli Parlimen Kuala Pilah.Turut juga dihadiri Puan Pengarah AADK Negeri dan Tuan Pegawai Daerah Kuala Pilah (Mantan YDP MDJ).
Kehadiran aku juga secara tidak langsungnya bertindak sebagai Anggota Sukarelawan Skuad 1 Malaysia yang bertindak sebagai mata dan telinga AADK dalam membantu golongan sasar serta membantu membebaskan negara dari Penyalahgunaan Dadah durjana.
 Apa yang dikesalkan negara Malaysia yang majoritinya penduduk berbangsa melayu,anak melayulah yang paling ramai terjebak kearah Penyalahgunaan Dadah.Memalu dan membimbangkan negara.Dimana kata-kata "Tak akan melayu hilang didunia".Memanglah tidak hilang tapi penuh dengan kehancuran dan kemusnahan.Adakah yang akan tinggal nanti hanya melayu pada nama tapi tiada sebarang pencapaian yang harus dibanggakan.

WALAUPUN KECIL TAPI AKU BERBANGGA SEBAGAI
 SUKARELAWAN
Bangkitlah anak bangsa yang bernama melayu.Jauhi Dadah dan jangan sesekali mencuba kerana cuba sekali nak dua kali.Masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan membantu pihak berkuasa membenteras Penyalahgunaan Dadah.Janganlah mendiamkan diri atau mengambil sikap tidak kisah.Sekiranya masyarakat berpeluk tubuh dan melihat sahaja nescaya negara akan mundur dan keselamatan kita semua terancam.Cuba lihat fenomena hari ini..,bunuh ,bakar ,tanam sudah tidak menghairankan lagi.Keselamatn dimana jua waima didalam rumah sekalipun tidak selamat kerana ugutan,sembelih ,mencederakan berlaku tanpa diduga. 
ORANG RAMAI MEMENUHI RUANG JEMPUTAN
Masyarakat yang ada jangan hanya ramai untuk menyertai sebarang sambutan hari keramaian dan berpesta tapi dalam masa yang sama harus juga bertindak memerhati dan melapor sebarang perkara yang mencurigakan.Kalau tidak kita sebagai warganegara menjaga negara siapa lagi.Tak kan mengharap warga Indonesia,Nepal,Bangladesh DLL untuk melaporkan pada pihak berkuasa.Usahlah harap kerana mereka ini juga salah satu penyebab bagaimana jenayah boleh berlaku.Mungkin juga mereka ini penyeludup atau agen asing yang menjadikan negara kita transit.
BIASA DAH...TUGAS SEORANG SUKARELAWAN
ORANG RAMAI BERMINAT MENYERTAI
 SKUAD 1 MALAYSIA...TAHNIAH..!!
KAMI PRIHATIN , KAMI SEDIA MEMBANTU
HUBUNGI KAMI  06-6625811 (Rumah Komuniti AADK)

AYUH ANAK BANGSA DAN WARGANEGARA MALAYSIA.MARI KITA BERGANDING BAHU MENGHAPUSKAN MUSUH UTAMA NEGARA.
JUMPA KAMI DI http://www.adk.gov.my

Sunday, March 4, 2012

NGO's bersama PM (Stadium Bukit Jalil 4.3.2012)

MInggu ini  aku terlibat dengan Program KAR1SMA bersama PM Dato Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Dato Shahrizat Abd.Jalil.Stadium dipenuhi oleh 1 ribu 200 pertubuhan yang mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Keseluruhan yang hadir bersama wakil NGO ialah 20 ribu orang dan satu sambutan yang amat mengalakan kata Dato Shahrizat.Apa yang aku ingat PM berharap agar NGO dan Kerajaan saling bekerjasama dalam memajukan Negara dalam bentuk apa jua sekalipun
Disini sempat juga aku merakamkan beberapa gambar buat tatapan pembaca blog aku :

Briged Kebajikan Perdana...kini dikenali sebagai
 SUKARELAWAN KEBAJIKAN  JKM
Aku sebelum melangkah masuk ke Stadium Bukit Jalil
Isteri aku turut melibatakan diri dalam
aktiviti Sukarelawan
Laluan sesak...sempat juga bergambar yer...
Aku berbangga di sisi poster KARISMA bersama NGO
20 ribu orang dari segenap wakil Pertubuhan NGO
 memenuhi Stadium Bukit Jalil

Pen sebagai kenangan...bertambah lagi Koleksi Pen aku
Sukarelawan Kebajikan bersorak semangat ketika
 PM melaungkan 1 Malaysia
Aku segak bergaya dengan pakaian rasmi Sukarelawan JKM
Sukarelawan Kebajikan telah ditubuhkan pada tahun 1985 yang bertujuan untuk mengumpulkan  tenaga sukarelawan bagi membantu golongan yang memerlukan dari segi tenaga terutama agensi  JKM dalam menangani masalah sosial dan kerja-kerja amal kemasyarakatan penduduk setempat.Aku sememangnya berminat dengan aktiviti sebegini telah mendaftarkan diri bersama isteri pada tahun 2006.
Kalau tak silap aku,Sukarelawan ini juga diberi nama  Briged Kebajikan Perdana (BKP) , keahlian BKP terbuka kepada seluruh anggota masyarakat diperingkat umur 13 tahun hingga dewasa. Aktiviti BKP dikategorikan kepada tiga peringkat Perkhidmatan Kebajikan iaitu Perkhidmatan di Pejabat Kebajikan Msyarakat Negeri dan Daerah, Perkhidmatan di Institusi JKM dan Perkhidmatan di Institusi NGO's.
Ahli BKP/Sukarelawan JKM bertindak sebagai mata dan telinga JKM dalam mengesan kes-kes yang memerlukan bantuan serta perkhidmatan kebajikan. Selain daripada itu, BKP juga menjadi sebuah pasukan yang  komited dengan kerja-kerja kebajikan masyarakat terutama membantu golongan  Kanak-Kanak,  Warga Tua, Orang Kurang Upaya dan  Mangsa Bencana Alam.
Sejak BKP mula dilancarkan,aku rasa sambutan masyarakat terutama golongan muda amat rendah dan tiada sambutan yang mengalakan. Berdasarkan laporan mengenai penglibatan ahli BKP dalam setiap aktiviti yang diadakan di peringkat negeri menunjukkan tren yang tidak menggalakkan.
Walaupun Daerah Jelebu mempunyai ahli aktif yang tidak sampai 100 orang,aku tetap melibatkan diri sekiranya berkesempatan.Apa yang aku lakukan tidak mengharap balasan atau ganjaran.Memadai aku bersyukur kerana bernasib baik  dalam kehidupan harian tidak seperti insan-insan yang dibantu JKM.
Pelbagai aktiviti telah aku sertai seperti membersihkan Rumah Sri Kenangan,Membantu mangsa banjir,Gotong-royong ,Memindahkan barangan mangsa tanah runtuh dan beberapa aktiviti yang lain.Pengalaman ini semua ada aku coretkan di Blog ini mengikut bulan aktiviti berlangsung.
MInggu ini pula aku terlibat dengan Program KAR1SMA bersama PM Dato Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Dato Shahrizat Abd.Jalil.Stadium dipenuhi oleh 1 ribu 200 pertubuhan yang mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Keseluruhan yang hadir bersama wakil NGO ialah 20 ribu orang dan satu sambutan yan g amat mengalakan kata Dato Shahrizat.Apa yang aku ingat PM berharap agar NGO dan Kerajaan saling bekerjasama dalam memajukan Negara dalam bentuk apa jua sekalipun
Merenung hari esok....moga ada sinar harapan
kepada kami yang terlibat dgn aktiviti NGO