MInggu ini aku terlibat dengan Program KAR1SMA bersama PM Dato
Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Dato
Shahrizat Abd.Jalil.Stadium dipenuhi oleh 1 ribu 200 pertubuhan yang mewakili
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Keseluruhan yang hadir bersama wakil NGO ialah
20 ribu orang dan satu sambutan yang amat mengalakan kata Dato Shahrizat.Apa
yang aku ingat PM berharap agar NGO dan Kerajaan saling bekerjasama dalam
memajukan Negara dalam bentuk apa jua sekalipun
Disini sempat juga aku merakamkan beberapa gambar buat tatapan
pembaca blog aku :
Briged Kebajikan Perdana...kini dikenali sebagai SUKARELAWAN KEBAJIKAN JKM |
Aku sebelum melangkah masuk ke Stadium Bukit Jalil |
Isteri aku turut melibatakan diri dalam aktiviti Sukarelawan |
Laluan sesak...sempat juga bergambar yer... |
Aku berbangga di sisi poster KARISMA bersama NGO |
20 ribu orang dari segenap wakil Pertubuhan NGO memenuhi Stadium Bukit Jalil |
Pen sebagai kenangan...bertambah lagi Koleksi Pen aku |
Sukarelawan Kebajikan bersorak semangat ketika PM melaungkan 1 Malaysia |
Aku segak bergaya dengan pakaian rasmi Sukarelawan JKM |
Sukarelawan Kebajikan telah ditubuhkan pada tahun 1985 yang
bertujuan untuk mengumpulkan tenaga
sukarelawan bagi membantu golongan yang memerlukan dari segi tenaga terutama
agensi JKM dalam menangani masalah
sosial dan kerja-kerja amal kemasyarakatan penduduk setempat.Aku sememangnya
berminat dengan aktiviti sebegini telah mendaftarkan diri bersama isteri pada
tahun 2006.
Kalau tak silap aku,Sukarelawan ini juga diberi nama Briged Kebajikan Perdana (BKP) , keahlian BKP
terbuka kepada seluruh anggota masyarakat diperingkat umur 13 tahun hingga
dewasa. Aktiviti BKP dikategorikan kepada tiga peringkat Perkhidmatan Kebajikan
iaitu Perkhidmatan di Pejabat Kebajikan Msyarakat Negeri dan Daerah,
Perkhidmatan di Institusi JKM dan Perkhidmatan di Institusi NGO's.
Ahli
BKP/Sukarelawan JKM bertindak sebagai mata dan telinga JKM dalam mengesan
kes-kes yang memerlukan bantuan serta perkhidmatan kebajikan. Selain daripada
itu, BKP juga menjadi sebuah pasukan yang
komited dengan kerja-kerja kebajikan masyarakat terutama membantu
golongan Kanak-Kanak, Warga Tua, Orang Kurang Upaya dan Mangsa Bencana Alam.
Sejak BKP mula dilancarkan,aku rasa sambutan masyarakat terutama
golongan muda amat rendah dan tiada sambutan yang mengalakan. Berdasarkan
laporan mengenai penglibatan ahli BKP dalam setiap aktiviti yang diadakan di
peringkat negeri menunjukkan tren yang tidak menggalakkan.
Walaupun Daerah Jelebu mempunyai ahli aktif yang tidak sampai
100 orang,aku tetap melibatkan diri sekiranya berkesempatan.Apa yang aku
lakukan tidak mengharap balasan atau ganjaran.Memadai aku bersyukur kerana
bernasib baik dalam kehidupan harian
tidak seperti insan-insan yang dibantu JKM.
Pelbagai aktiviti telah aku sertai seperti membersihkan Rumah
Sri Kenangan,Membantu mangsa banjir,Gotong-royong ,Memindahkan barangan mangsa
tanah runtuh dan beberapa aktiviti yang lain.Pengalaman ini semua ada aku
coretkan di Blog ini mengikut bulan aktiviti berlangsung.
MInggu ini pula aku terlibat dengan Program KAR1SMA bersama PM Dato
Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Dato
Shahrizat Abd.Jalil.Stadium dipenuhi oleh 1 ribu 200 pertubuhan yang mewakili
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Keseluruhan yang hadir bersama wakil NGO ialah
20 ribu orang dan satu sambutan yan g amat mengalakan kata Dato Shahrizat.Apa
yang aku ingat PM berharap agar NGO dan Kerajaan saling bekerjasama dalam
memajukan Negara dalam bentuk apa jua sekalipun
Merenung hari esok....moga ada sinar harapan kepada kami yang terlibat dgn aktiviti NGO |
No comments:
Post a Comment