SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Monday, September 28, 2009

KENYATAAN RE-UNION SRUJ 1980~1985


Ketika darjah 1 kuning... ....3 Merah

Realiti satu pertemuan... ...berkongsi pengalaman.

Liputan akhbar Sinar Harian... ...suara komuniti.

...ada yang dah jadi ustaz... ...ada yang jadi cikgu...


Cikgu kami yang di undang Khas........Cikgu Ismail...

"Jasa guru tidak kami lupa" ...isi borang maklumat diri...

Tanda kedatangan & pengesahan kehadiran...
Sempat juga merakamkan gambar dan video...

Merapatkan pertemuan yang telah terputus...eratkan siratulrohim..

Bertemu kembali...satu persahabatan...tangisan dlm kegembiraan...


Kegembiraan yang terpancar pada wajah yang ceria...

Hidangan yang disediakan oleh Cafe Hotel Sri Klawang...mmm...lazat


Sebahagian cenderahati, hadiah Lucky Draw dan Lucky Chair
@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@
Alhamdulillah...Re-Union SRUJ 1980~1985 telah menjadi kenyataan.Bertarikh 26.09.2009 adalah hari aku dan rakan-rakan ditemukan dan Hotel Sri Klawang menjadi tempat kami menrealisasikan sebuah pertemuan.Jam bermula 12pm sehingga 17pm terlalu singkat dirasakan dan kenangan terindah sukar hendak di gambarkan disini.Semua yang hadir begitu sporting dan keriangan terpancar pada wajah masing-masing.Aku mewakili rakan penaja dan penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dgn Re-Union ini....

Sunday, September 13, 2009

Lagie citer Re-Union Bekas pelajar SRUJ (1980)

Re-Union ni bakal diadakan kat hotel Sri Klawang pada 26hb Sept 2009.Jam 12pm makan tengah hari di Cafe Hotel.Perjumpaan kami lebih berkonsepkan santai dan ringkas krn tiada penaja.Kami pun bayar seorang RM25 untuk tempah Cafe Hotel.
Pencetus idea ini adalah kawan sekelas aku juga (Rahimah di S'ban dan Norhaslinda di KL)
Mulanya mereka nak buat kecil2an jer.Tapi disebabkan aku boleh turut serta dalam projek mereka ini maka projek ini dibesarkan.
Setelah kami berbincang dan menyenaraikan nama kengkawan dari darjah 1 hingga 6 (Tahun1980~1985) dan mengenal pasti dimana kampung mereka.
Sepakat dicapai aku mencari mereka yang berada di Jelebu ,Rahimah mencari mereka yang di Seremban dan Norhaslinda mencari mereka yang berada di KL.Apabila kami dapat seorang maka pertanyaan akan diajukan kanel tak si anu ni..kat mana dia..dan terus kami menjejak.
Kebetulan pulak pada hari ini teknologi semakin canggih.Rangkaian Facebook juga memudahkan kami mencari kengkawan yang telah terpisah jauh.
Mana yang masih ada kampung kami bertanya di kampung melalui jiran dan kenalan untuk menghubungi mereka dimana2.Hasilnya setakat hari ni dah berjaya kami kumpulkan 50orang dan mereka semua sporting...akan join.Pada kami nilai RM25 tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan perjalanan kenangan,kenakalan kami semasa kanak2 dulu.Sebahagian hidup kami pernah diisi dengan ketawa,tangisan,irihati,sengketa,ejek mengejek dan macam2 lagi...maklumlah kanak2.
Konsep Re-Union ini tiada paksaan.Sesiapa yang tidak dapat hadir tidaklah kami memusuhi mereka dan tidak berkecil hati kerana kami faham ada diantara mereka yang balik ke kampung beraya.Jika tahun nie tak dapat..tahun akan datang boleh hadir krn mengikut perancangan kami pertemuan ini akan menyusul setiap tahun atau 2tahun sekali.Mungkin kami akan menubuhkan satu Komuniti.Tapi itu hanya perancangan.yang utama pertemuan pertama ini berjaya dan terlaksana.
Kami ingin berkumpul untuk bertukar2 pandangan,cerita dan pengalaman.kemesraan yan suatu ketika dahul rapat kemudian rengang akan kami cantumkan semula kerana hubungan kami semasa bersekolah dulu agak rapat.Sekolah Ren Und Jelebu menghimpunkan kami dari segenap pelosok kampung.Ada yang dari Kemin,Sg.Rotan,Ulu Klawang,Peradong,Speri,Binjai,Petasih dan ada juga dari luar Jelebu mengikut keluarga yang bertugas di Kuala Klawang.Fahamlah keadaan dulu mana ada HP,Internet,Kereta,Bas pun susah nak naik.Kalau dari Klawang dapat naik bas ke Jeram Toi pun sudah berbesar hati.
Kebanyakan kami dulu datang sekolah dihantar oleh ibu bapa dan waktu sekolah cuma sebelah pagi (7.45am~1.30pm)Jika dah balik rumah terus tak jumpa lagi.Kemudian hari persekolahan esoknya baru jumpa semula.Oleh kerana itulah kami amat rapat kerana tiada kengjkawan lain.Apa yang kita berkawan disekolah..itulah kengkawan jika bercuti...itupun berjumpa di Libry.Pergi Seremban pun susah dapat..,kalau dapat pun alasan cari buku latihan dan ibubapa tanya dgn siapa pergi.Haa dekat penuh satu bas jika kami pergi Seremban.Dulupun hubungan antara ibubapa juga rapat dan mereka sering bertanya keadaan anak masing2.Sebab itulah kami pun rapat.....
Apabila nak berpisah pada darjah enam...ramai yang menangis dan membuat buku Autograf untuk ditandatangani..................

Wednesday, September 9, 2009

ANEKA SENI KRAFTANGAN KG.SEPERI J'BU N9'











Amacam...gambar2 kat atas...itulah hasil kerja abah aku kat yang mengisi masa persaraannya kini.Bengkel terletak kat Kg.Seperi dan diusahakan oleh abah aku (Pengusaha),Adik perempuan aku(Seni anyaman),Adik lelaki aku(Pembantu kraf) dan Adik ipar aku(Sulaman & jahitan).

Percaya tak abah aku pernah membawa hasil kraf beliau ke London dan Thailand sebagai mempromosi M'sia sebagai negara seni kraftangan.Abah aku juga terlibat secara langsung dgn Pameran Kraf Kebangsaan di Jln Conlay KL dan hari Kraf Kebangsaan setiap tahun.Baru2 nie beliau telah memenangi Kraftangan berseni dari hasil terbuang peringkat kebagsaan.Abah aku juga bersedia menerima tempahan untuk cendramata dan kenangan.Hasil kraf abah aku juga di pamerkan di Pusat Kraf Jln Conlay KL,Pusat Kraf S'ban,Muzium Negeri dan Kraftangan Kuala Pilah.Terdapat juga hasil seni abah aku di ilustrasikan dlm katalog kraftangan.

Kebanyakan barangan seni yang abah aku hasilkan ialah dari sumber buloh dan rotan.Buluh diambil di Genting press N9 dan rotan adalah dari pembekal dari Sg.Pelik S'ngor.Segala bahan mentah diproses dan di reka kesemuanya di bengkel Kraftangan Kg.Seperi kira2 50 meter dari rumah kampung aku.....nak tahu lebih lanjut...dtg ler kat Kg.Seperi J'bu N9....

Monday, September 7, 2009

Re-Union X" Classmate SRUJ (1980~1985)

Pertemuan semula bekas rakan sekelas Sek.Ren.Undang Jelebu dari tahun 1980 hingga 1985 (Lamer tuu....30tahun dulu).Rancangan kami untuk mengadakan pertemuan semula ini pada 26Sept2009 jam12pm di Hotel Sri Klawang.
Gambar kat sebelah nie semasa aku berumur 11tahun gi rombongan kat Cameroon Higland.Aku sebelah kiri sekali berbaju belang.
Pencetus idea re-union ni ialah Linda & Rahimah.Aku terlibat secara tidak sengaja bermula disebuah kedai buku di K.Klawang.Aku terserempak dgn adik kpd Rahimah.Aku bertukar no HP.Kemudian Rahimah pula mendapatkan no HP aku melalui Rafidah kerana Rafidah mengenali aku bekerja di mana.Rahimah telah menelefon aku.Perbualan kami rancak pada panggilan pertama dan bertukar2 MMS gambar keluarga masing2.Itulah perbualan pertama aku dgn Rahimah sesudah 30tahun.Maka kami pun merancang pertemuan di Hotel Sri Klawang pada 5Sept2009 jam 1pm.Aku bertiga masa tu...Aku,Rahimah dan Linda pun ada sama.Pertemuan pertama aku dgn mereka berdua sesudah 30 tahun tak jumpa tetapi kemesraan kami masih seperti dulu2.Hampir 2jam kami berbincang pasal re-union nie.Kami berbincang tentang agenda pada tarih 26Sept dan menyenaraikan hampir 25orang yang kami masih ingat dan mungkin senang dihubungi krn ada diantara kengkawan nie berada di J'bu,S'ban,KayEL,Penang,Johor dan Kelantan.Ada juga di London.Kemudian aku,Rahimah dan Linda beredar dari Hotel untuk meneruskan misi menjejak kengkawan lama.Masuk kampung keluar kampung sambil bertanya berpandukan nama kengkawan berdasarkan Bin dan Binti.Di jejaki dimana keluarga mereka,sdra mara mereka,sahabat handai dan kenalan untuk mendapatkan no HP dan alamat terkini.Ada yang gagal dihubungi dan tak kurang juga berjaya dihubungi melalui kengkawan yang mengenali dimana mereka nie berada.Apabila kami bertiga mendapat maklumat terbaru maka kami akan berhubung atau ber SMS.Top Up HP melambung naik...tapi tak per asalkan persahabatan kami suatu ketika dahulu dapat disambung semula.Kami mencari juga melalui Friendster,Facebook dan Blogers.Itulah kemudahan hari ini memudahkan segala urusan Pokok pangkal cara pengunaannya.Setakat nie dah dekat 40 orang yang berjaya dijejaki.Itulah kuasa Tuhan.Jodoh pertemuan ditentukan oleh Nya.Kita sebagai manusia dikurniakan akal dan tenaga,maka itu berusahalah disamping berdoa.Walaupun kami tidak dapat mengumpulkan kesemua kengkawan tetapi hati kami puas krn 80% berjaya ditemui.Ada 2 tiga orang telah kembali ke Rahmatullah..sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi mereka.....sehingga dinanti saat pertemuan itu aku akan mencoret lagi kisah Re-Union ini.....Pencarian tetap diteruskan dan dipanjang-panjangkan.......

Tuesday, September 1, 2009

Balik Kampung Den...

Selamat menyambut hari Kemerdekaan....Merdeka kat kampung....!!!
Minggu nie aku cuti panjang(3hari jer...he...he..).Aku balik kampung kelahiran aku kat Kg Speri.Lama benar aku tak balik.Seingat aku bulan lepas aku balik.Aku berbuka kat kampung dengan cara masakan kampung.Hari sabtu berbuka gulai pucuk ubi masak lemak dgn air Rozel limau.Kuih sri muka jer.
Rumah kelahiran aku nie atas bukit dan dikelilingi oleh kehijauan pepokok buah2buahan.Rambutan ,langsat,manggis dan adalah pokok bacang dgn jambu air.
Aktiviti kat kampung apao laie...berkubang dlm kolam ikan ler...dapatlah menambah lauk.Adalah ikan tilapia dgn sepat sawah.Tapi aku gemar carik jer aku tak makan pun.Nama jer lahir kat kampung tapi aku memang tak makan ikan air tawar.Selera tak der.Kolam ni kalau pancing gerenti tak dapat ikan.Sebab tu kena turun dalam air dgn jaring.Kacau ikan tu kemudian kepong dgn jaring...haaa mana nak lari....dlm kuali lah jawabnyaer....
Mlmnya aku bertarawikh kat surau kampung...,jalan kaki jer bersama keluarga bertemankan lampu suluh.Macam dulu-dulu masa aku kecik2 gi ngaji.Bersahur pagi....fuhhhhh sejuk giler kat kampung...berat mata nak bukak...Kalau pagi tok sah cakap ler.Mandi P.Ramlee lah.Apa tidaknya, dah laa keliling pokok air plak guna air perigi tapi cara moden lahh.................
Sumbernya jer perigi tapi guna enjen pam dan disedut air tu di antar ke kolam atas bukit.Kemudian selepas ditapis mengunakan kaedah semula jadi (batu,pasir,arang,) barulah disalurkan ke paip rumah.
Ari ahad tu masa pagi aku menebas kawasan rumah kat kat kampung.Petang tu berbuka gulai pucuk paku lak.Ulam ikan masin.tak der kuih pun tapi ada kacang rebus...susah skrang nie nak carik kacang tu.
Terasa kejapnya masa beredar...dah nak balik.Tak puas rasa lepak kampung.Tapi apa boleh buat, tugas dan tangungjawab perlu diteruskan.