SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, September 1, 2009

Balik Kampung Den...

Selamat menyambut hari Kemerdekaan....Merdeka kat kampung....!!!
Minggu nie aku cuti panjang(3hari jer...he...he..).Aku balik kampung kelahiran aku kat Kg Speri.Lama benar aku tak balik.Seingat aku bulan lepas aku balik.Aku berbuka kat kampung dengan cara masakan kampung.Hari sabtu berbuka gulai pucuk ubi masak lemak dgn air Rozel limau.Kuih sri muka jer.
Rumah kelahiran aku nie atas bukit dan dikelilingi oleh kehijauan pepokok buah2buahan.Rambutan ,langsat,manggis dan adalah pokok bacang dgn jambu air.
Aktiviti kat kampung apao laie...berkubang dlm kolam ikan ler...dapatlah menambah lauk.Adalah ikan tilapia dgn sepat sawah.Tapi aku gemar carik jer aku tak makan pun.Nama jer lahir kat kampung tapi aku memang tak makan ikan air tawar.Selera tak der.Kolam ni kalau pancing gerenti tak dapat ikan.Sebab tu kena turun dalam air dgn jaring.Kacau ikan tu kemudian kepong dgn jaring...haaa mana nak lari....dlm kuali lah jawabnyaer....
Mlmnya aku bertarawikh kat surau kampung...,jalan kaki jer bersama keluarga bertemankan lampu suluh.Macam dulu-dulu masa aku kecik2 gi ngaji.Bersahur pagi....fuhhhhh sejuk giler kat kampung...berat mata nak bukak...Kalau pagi tok sah cakap ler.Mandi P.Ramlee lah.Apa tidaknya, dah laa keliling pokok air plak guna air perigi tapi cara moden lahh.................
Sumbernya jer perigi tapi guna enjen pam dan disedut air tu di antar ke kolam atas bukit.Kemudian selepas ditapis mengunakan kaedah semula jadi (batu,pasir,arang,) barulah disalurkan ke paip rumah.
Ari ahad tu masa pagi aku menebas kawasan rumah kat kat kampung.Petang tu berbuka gulai pucuk paku lak.Ulam ikan masin.tak der kuih pun tapi ada kacang rebus...susah skrang nie nak carik kacang tu.
Terasa kejapnya masa beredar...dah nak balik.Tak puas rasa lepak kampung.Tapi apa boleh buat, tugas dan tangungjawab perlu diteruskan.




No comments:

Post a Comment