SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Wednesday, February 17, 2010

Gong Xie Faa Choi [ 14.02.2010 ]

Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini disambut pada hujung minggu dan cuaca yang baik.Harga getah pula melambung hingga RM4.80sen sekilo memberi peluang kepada warga penoreh getah senang berbelanja.Penjawat awam pula diberikan gaji awal pada 08.02.2010.Anak-anak sekolah pula diberi cuti selama seminggu.Semua ini menambahkan kemeriahan sambutan kedatangan Tahun Harimau pada kali ini.Baik ke buruk ke tahun ini (Pada pandangan aku) bergantung kepada kita semua yang mencorakan kehidupan.Disini sedikit paparan cerita aku mengenai Gong Xi Fa Chai 2010.

Pekan Titi Jelebu bermandikan cahaya sejak seminggu awal sebelum sambutan Tahun Baharu Cina 2010.Kemeriahan terasa dengan lampu yang bergemerlapan merah disana sini.Terasa bagai di Hong Kong pulak... Kediaman aku tak lupa aku hiasi dengan lampu Tang Long yang diberi oleh rakan Tiong Ha cuma mentolnya tidak menyala lagi.Kediaman aku disini dikelilingi oleh masyarakat Tiong Ha.Jiran aku sebelah belakang,kiri-kanan dan hadapan adalah masyarakat Cina.Kelompok melayu disini cuma 4 buah keluarga sahaja.Walau apapun kehidupan harian kami sentiasa bertegur-sapa dan aman damai.Kami saling bertukar-tukar pemberian apabila tiba musim perayaan masing-masing. Letupan mercun dan bunga api sentiasa mengegarkan udara dan menerangi cahaya malam di sekeliling kediaman aku.Sudah hampir 15 tahun aku disini..jadi tiada masalah dengan suasana sebegini malah anak-anak aku turut ingin memeriahkan suasana.Aku cuma memberikan izin mereka bermain bunga api dan mercun "pop-pop" sahaja..murah dan kurang merbahaya.
Anak bongsu aku nie..dalam gembira ada pula takutnya apabila kedengaran letupan mercun dari sebelah belakang kediaman aku.. Kita Satu Malaysia-Satu Negara-Satu Masyarakat-Satu Matlamat-Satu Hati-Satu Tekat.
Kehidupan yang pelbagai keunikan tersendiri dan budaya yang pelbagai ragam menambahkan kelebihan negara kita yang tiada di negara lain.Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberkati kehidupan kita dengan penuh harmoni dan majmuk.
Kepada sekalian masyarakat Tiong Ha aku mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan Happy Nice Days.

14.02.2010