SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, June 17, 2011

Bercuti 15Jun D'Kelantan & 16Jun D'Terengganu

Kali ini aku nak paparkan disini beberapa gambar yang sempat di ambil sebagai kenangan semasa aku menyertai percutian ke kelantan dan Terenganu yang dianjurkan secara percuma oleh Nasir Catering sebagai acara tahunan untuk kami staf katering beristirehat.
Percutian kali ini diketuai oleh Kak Teh Ani yang tidak asing lagi dalam acara sebegini.
Warong tempat melegakan kelaparan di laluan Gambang Pahang tempat aku dan rombongan sebuah bas yang dipandu oleh Along Pasoh.Terima kasih Along kerana memandu dengan cermat dan dengan izinNya kami selamat pergi dan kembali...
Sempak juga aku bergaya di tepi hentian R&R gambang...
Cuaca panas tidak menghalang aku bergaya di Jeti Seberang Takir Terenganu
Anak-anak aku kata bas ni cantik...eemmmm..apa lagi posing laa..klik..
...bersama anak-anak di Jeti Pengkalan laut ..
..tu laa...dah kata panas...haa tengok memacam mimik muka ada..
Cantik plak gayanya...mat bunga ker..
Panas dan silau tetap juga nak berposing....yer laa sesekali..
Aku tidak melepaskan peluang bergambar dengan latar belakang Masjid Kristal
Lambang Kemegahan dan kecemerlangan Islam
Anak-anak aku juga tidak mahu melepaskan peluang bergambar di sini
Puteri bongsu aku tak melepaskan peluang bergambar walaupun lokasi masjid dalam jarak 2oometer lagi..
...abah nak juga bergambar tengah berjalan nie..
Puteri bongsu aku merakamkan kenangan dihadapan Pusat Konvensyen Terengganu
Haa..nak promosi nie..Chalet penginapan kami..memang 1st Class...berlatar berlatarkangkan Laut Cina Selatan
Posing di pentas Arfa Batik Terengganu
...disuruh menari tak mau..nak bergambar jer rupanyer...
...aaiiii..kak ngah..berselimpoh nampaknyer...nak wat tarian mak yong ker..
Orang sibuk mendengar taklimat cara mencanting batik..aku nak bergambar jer..putera sulong aku numpang gak sekaki...
Ikan oh ikan...corak mu sama macam batik yer...
..nak tau tak..lepas posing ni kena tegur kerana tak leh bergambar dlm Arfa Batik....tapi tak per sempat gak snap satu...
Aku dibelakang Challet memerhati mentari pagi terbit di ufuk timur
Aku anak beranak....sayangnya wife aku tak pat join kali ini krn tak dapat cuti...
Rusatikah...puteri bongsu aku di awal pagi...org lai sibuk mandi laut dia tak nak..tau-tau dah siap mandi nak balik dah...
Aku merendamkan badan seawal 7am di pantai Laut Cina Selatan
Rusliana...tak mandi lagi tapi terus mandi laut...gosok gigi pun guna air laut...
...kesejukan..suruh naik tak nak...emmm..kak lang-kak lang...
Best jugek yer berendam pepagi nie....
Nie laa...org masih dilaut dia dah bersiap berkemas nak balik dah...
Mentari pagi menyinar di awal pagi..sayangnya mlm tadi gerhana bulan tak tau...kalau ku tahu ku tunggu sampai ke subuh..
...kak ngah meleteri adik-adik menyepahkan bilik....kemas-kemas balik kang ada yang tidur atas lantai kang....
Dalam bilik aku ada disediakan bahan bacaan...bacalah serba sedikit apa yang telah disediakan...
..nescafe panas dengan maggi cup...minum malam sebelum tidur..dah disediakan...sebat jer laa..
...bila pulak sibujang aku ni posing...agak eh time aku dah tidur agaknyer...
...mancho laa agak nyer tu...tapi sayang pakai treksuit...
Aku di dlm kaca mata berpelangi..Pantai Cinta Berahi...Pantai Cahaya Bulan
PCB...sesuai untuk menenangkan fikiran...
hai anak-anak...nak juga bergaya di PCB yer....tapi naper tegak jer..oh yer...angin kuat disini..
Aku di Muzium Negeri Kelantan...
...rumah kolonial...yang dijaga baik untuk tatapan generasi akan datang...
...nun haa...lambang Kota Bahru...
Motorsikal Thailand...cantik dan unik..
Sejenak di sempadan....
Renung-renungkanlah....kejujuran ada pada diri kita sendiri....
asanya cara begini hanya terdapat di Kelantan kerana bukan saja cara berniaga malah cara mereka menutup kedai tak perlu dirantai atau disorokan..,barangan jualan tanpa diganggu oleh manusia yang bergelar pencuri...

Thursday, June 9, 2011

Kitar Semula - Bahan terbuang diganti Wang

Program Kitar Semula yang disarankan oleh Kerajaan adalah suatu langkah yang baik dan perlu disokong oleh rakyat negara ini.Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk mengelakan pembaziran dan menambah pendapatan sampingan dikala harga barang yang kian meruncing kini.Keperluan harian diperlukan manakala nilai RM kian mengecil.
Aku adalah salah seorang yang menyahut seruan Kerajaan dalam melaksanakan Kitar Semula ini.tabiat ini mungkin telah disemai sejak aku kecil iaitu 3o tahun yang lampau dimana aku mengumpul botol kicap yang berwarna hitam untuk dijual kepada pembeli botol masuk kampung yang membawa guni.Ketika itu sebotol nilainya antara 5 sen ke 10 sen.
Kemudian sikap ini terbawa-bawa hingga kini yang mana aku bukan mencari barang tapi asal jumpa aku ambil dan kumpulkan.Aku akan menjual hasil barangan lusuh yang terkumpul ini apabila keadaan belakang rumah aku kelihatan semak dengan timbunan barang lusuh.Sakit mata memandang ditukar kepada Ringgit Malaysia pengisi poket.
Antara barangan lusuh yang aku simpan untuk ditambah dan terus ditambah ialah besi dari alatan kereta yang tidak digunakan.
Barangan dapur dan peti televisyen juga ada nilai dipasaran barangan lusuh
Botol air mineral juga boleh dikumpulkan sedikit demi sedikit dan apabila jumlahnya mencecah 20 kilo tentu hasilnya boleh ditukar dengan RM untuk membeli kuih minum petang.

Tin biskut,arial tv lama,besi kipas juga boleh dijual pada harga sekilo RM0.45sen
Dawai tembaga yang diambil dari Dinamo,Motor elektrik dan enjin kipas angin adalah suatu yang merumitkan tapi hasilnya boleh tahan.Dinasihatkan jangan mencuri atau mengambil barang ini tanpa izin kerana ianya adalah barang lusuh yang PANAS.Setiap penjual akan direkodkan oleh pembeli barangan lusuh.
Tin Aluminium..ya..ramai yang hanya memahami kitar semula hanya pada tin aluminium.Mana taknya harga dipasaran barang lusuh tin ini mencecah RM4.80 sekilo.
Beginilah kelihatanya barangan lusuh di belakang rumah aku sedia menanti untuk diangkut ke kedai barangan lusuh berdekatan.Aku lebih suka menjual sendiri daripada menati lori datang kerumah kerana perbezaan harga yang begitu ketara.
Barang yang aku kumpul telah siap aku Gredkan sendiri mengikut kalifikasi yang ditentukan oleh kedai barangan lusuh.Ada besi Gred A ,B ,C dan kertas kotak biasa tidak sama dengan kertas buku yang berwarna putih.
Inilah antara hasil yang telah aku kumpulkan bertukar kepada nilai RM. SElain aku dapat mengurangkan sampah dikawasan pembuangan sampah dan membersihkan pandangan dari dicemari dengan besi atau plastik...aku dapat juga gaji hasil bahan yang telah aku jualkan.Walaupun kecil jasaku ini namun aku bersyukur krn rezeki yang aku peroleh ini adalah halal dan walaupun kecil tapi diberkati.Biarlah org memandang hina aku mengutip barangan di jalan atau kawasan semak tapi aku tak mahu dihina kerana minta meminta apabila RM diperlukan.......ADIOS AMIGOS