SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Thursday, October 3, 2013

Tok Botok Peneroka penempatan di Labu N9

Tentunya pengguna Jalan Labu-Seremban selalu terpandang papan tanda "Makam Tok Botok" dan ada yang tertanya-tanya (termasuklah aku yang ingin tahu) makam siapakah itu.Maka pada hari ini berkesempatanlah aku untuk singgah dan mengambil tahu "Siapakah Tok Botok".
     Tok Botok atau nama sebenarnya Tok Sheikh Mohamad adalah berketurunan Jawa dan Arab.Beliau juga adalah merupakan ayah kepada Dato'Bandar Tunggal yang berperang dengan Dato'Kelana kerana berebutkankawasan bijih timah.Dato'Kelana mendapat sokongan daripada British telah menyebabkan Dato'Bandar Tunggal dibuang daerah ke Singapore dengan pampasan  $7.00 nilai matawang ketika itu.
     Tok Botok juga ialah orang pertama yang meneroka Labu.Beliau sendiri turut mengajar mengaji Al-Quran dan mengislamkan beberapa orang penduduk setempat.Antara yang belajar agama daripada beliau ialah Tok Mengkan,Tok Bongsai dan Tok Md.Said.
       Kawasan persekitaran makam ini pada asalnya adalah kawasan bijih timah yang pertama di Negeri Sembilan.Buktinya masih lagi terdapat sungai yang sekarang telah menjadi sempit dan kecil di belakang kawasan yang menempatkan makam beliau.Dahulu juga terdapat sebuah surau dan ditemui sebuah sampan dikawasan ini. 
        Kepada generasi baharu dan anak tempatan seharusnya tahu dan menghargai sejarah yang terpinggir dan ditengelamkan oleh arus kemodenan.Mana tahu suatu hari nanti sejarah ini akan terpadam dengan sendirinya tanpa disedari....
 Kawasan sekitar makam ini pernah didirikan surau 
untuk Tok Botok mengajar murid-muridnya mengaji Al-Quran


Dahulunya sungai ini besar dan boleh dimudiki sampan.   Tebing sungai ini juga dikatakan pernah menjadi rebutan pedagang untuk melombong bijih timah.


                                                   Sejarah adalah Tamadun Bangsa