SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Thursday, January 31, 2013

Jawapan dari Sekreteriat BL1M


Salam 1 Malaysia,

Terima kasih di atas kesudian anda mendaftar untuk menyertai program BL1M. Maklumat anda telah kami terima. Pihak kami akan menghubungi anda melalui emel / SMS dalam masa terdekat untuk maklumat lanjut
Salam Daripada.
Team BL1M




DISCLAIMER :

This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. E-mail transmission cannot be guaranteed to be secure or error-free as information could be intercepted, corrupted, lost, destroyed, arrive late or incomplete, or contain viruses. The sender therefore does not accept liability for any errors or omissions in the contents of this message, which arise as a result of e-mail transmission. If verification is required please request a hard-copy version. MyEG Services Berhad,Lot 5.01, Level 5,KPMG Tower, No.8, First Avenue,Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,47800 Petaling Jaya,Selangor. www.myeg.com.my

Thursday, January 17, 2013

Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.
Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.
 
 
 
FAKTA BL1M
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

Wednesday, January 9, 2013

GELOMBANG BIRU MENAKLUK KEMENANGAN PRU13



Pagi 8 Januari 2o13 aku bersama pemimpin akar umbi seluruh Negeri Sembilan berkumpul di Klana Resort meraikan kedatangan TPM.Anggaran hampir 2000 org memenihi ruang dewan yang disediakan.
Pada sebelah malam pula aku bersama penduduk Kampung Seperi Jelebu dan peneroka Felda Titi  mengikuti rombongan ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi untuk meramaikan pelancaran Gelombang Biru N9.Lebih 70,000 warga Negeri Sembilan berhimpun di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi, malam tadi. Mereka memenuhi padang di awal 6.30 petang sempena Majlis Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru.Majlis dianjurkan oleh Barisan Nasional Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Haji Hasan merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Di perhimpunan tersebut turut di lancarkan Kempen Gelombang Biru Peringkat Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddn Hj Mohd Yassin. Turut hadir isteri beliau, Datin Sri Norainee Abdul Rahman.Timbalan Perdana Menteri hadir sempena rangka lawatan kerjanya di sini. Terdahulu, beliau meluangkan masa dengan jawatankuasa JKK, KRT dan Ahli Majlis PBT sebelum bertemu penduduk Jempol di Majlis Mesra Rakyat di Padang Awam Bahau, Jempol sebelah petang.

Ternyata kehadiran sebegitu ramai di perhimpunan ini menunjukkan satu kebangkitan BN di negeri ini seterusnya menafikan pembangkang.Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan melafazkan kegembiraannya di dalam ucapan.

Menurut beliau, “meraih sokongan umum buat masyarakat kembali kepada Barisan Nasional bukan mudah. Ianya memerlukan gerak kerja yang teliti dan mengambil masa panjang.”

“Walaupun kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia baru memasuki 55 tahun dan masih baru berbanding dengan negara yang mencapai kemerdekaan sejak 400 tahun, tetapi negara melalui proses yang panjang untuk membina sebuah negara seperti yang dikagumi dunia hari ini.” katanya.

“Anak muda, pemuda dan belia seharusnya bersyukur kerana lahir di dalam keadaan negara yang aman damai dan sentosa. Jangan cuba beralih arah kerana peristiwa dunia hari ini turut membuktikan bahawa perubahan berdasarkan pengamatan akal pendek memungkin negara huru hara dalam tempoh masa yang pendek.

“Di Negeri Sembilan, keadaan tsunami 2008 kian pulih berdasarkan kajian yang dibuat menunjukkan pokok sudah condong ke halaman rumah kita. Namun, pokok yang condong perlu dijaga dengan baik agar tidak ada pula pihak lain dapt mengait keuntungannya di laman mereka.” tambah beliau.Beliau turut menasihatkan, “Namun begitu, kita perlu sentiasa beringat, di dalam suasana politik di negara ini, suasana nampak baik dan tenang, bukan bermakna pula kita boleh berdada lapang, kerana usaha menyakinkan rakyat perlu diteruskan sehingga pilihanraya yang makin hampir.”

Menteri Besar turut bersyukur dengan himpunan yang disifatkan berjaya dan kempen gelombang biru yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini, akan diteruskan dan direalisasikan sehingga BN mendapat keputusan yang cemerlang di PRU13.

Seterusnya mengembalikan kemenangan 2/3 kerusi kepada Barisan Nasional.Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek dan Presiden PPP, Dato’ M. Keyveas.

Walaupun hujan rintik-rintik tapi tidak mengagalkan perhimpunan tersebut.Moga didoakan agar barisan nasional mendapat mandat dan kemenagan pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

HIDUP BN...MAJULAH MALAYSIA...KEKAYAAN NEGARA DIKECAPI BERSAMA RAKYAT.



Tuesday, January 1, 2013

Bermulanya Tahun 2013 dgn seribu pengharapan...

Bersyukur aku khadrat Ilahi krn aku diberi kesempatan dan peluang untuk menghirup udara pada Tahun 2013 ini.Beralihnya tahun 2012 meninggalkan seribu macam kenangan yang tak mungkin aku lupakan dan tak mampu aku coretkan kesemuanya.Biarlah ia menjadi kenangan aku sebagai bekalan pengalaman dalam melalui hari-hari mendatang.Ketibaan tahun 2013 hanya menginjakan usia aku bertambah setahun dan meingingatkan aku kian menghampiri hari tua.Tiada azam tiada harapan cuma yang ada hanyalah keiinginan bermatlamat..iaitu mencuba sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya.Selamat memasuki tahun 2013, semoga ditahun baru ini, Kita sekalian muslim dan muslimah diberi kesihatan umur panjang rezeki dan kemudahan dalam hidup. 
Semoga di tahun berikutnya diberilah hamba kesempatan dan bimbinganMu untuk  menjalani tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan
berilah hambamu ini tambahan usia yang barokah.
Sucikan Jiwa, murnikan hati, mari mengucapkan bismillah untuk pertama kalinya menapaki tahun baru 2013. 
Satu tahun telah kita jalani, semoga amal-amalan kita pada thaun ini boleh ditingkatkan, dan amalan tercela kita tahun lalu dapat ditinggalkan, selamat tahun baru 2013.
Aku sentiasa berdoa kpd yang Maha Pencipta agar diberikan kerahmatan hidup dan kebahagiaan dlm keluargaku.Mohon diberi petunjuk dan hikmah disebalik kejadian yang menimpa aku secara positif mahupun negatif.Alhamdulillah sehinnga kini aku masih diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan demi dugaan dalam mengharungi kehidupan.Sesunnguhnya aku hanya memohon inginkan kesenangan hidup dan keselamatan sekeluarga.Aku tidak mahu kekayaan,aku tidak mahu penghormatan dan aku tidak mahu penghargaan.memadai aku diingati dan disenagi ramai tak kira siapa jua insan yang aku dampingi dalam kehidupan seharian.Akhir kata sempena hari pertama 2013 ini aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun baharu 2013 kepada semua rakan2,sahabat2,teman2,saudara mara dan sekalian kengkawan yang mengenali aku secara dekat ataupun jauh.Salam Ceria salam kebahagiaan untuk semua............
Ada suka yang tercipta.
Bermunculan dari segenap pembuluh vena.
Tuhan memberi bahagia ini tiada terkira.

Dari detik pertama di tahun ini,
berharap berlanjut pada denting terakhir masa.
Jangan pernah rasa ini terhempas sia-sia.

Dalam suka yang pernah ada.
Terbayang sederet wajah penuh cinta yang bersemayam dalam pembuluh darah.
Dalam puisi tahun baru ini.

Kubuka semua rasa yang pernah ada.
Bahwa cinta tak pernah salah memilih jalan atau masa.
Hanya Tuhan yang lebih tahu yang mana arahnya – ternyata.

Sesak hati oleh desakan rasa bahagia, riang ria terus meraja.
Duhai Tuhanku Sang Pencipta.
Jangan kau sebah bahagia yang kurasa.

Tetaplah semayamkan ini dalam dada.
Dan kupanjatkan do’a tuk mereka semua yang kucinta.
Semoga seiring sejalan abadi sepanjang masa.