SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, September 28, 2010

RE-UNION SRUJ 80-85 Kali Ke-2

Acara bersejarah ini dimulakan dengan ucapan wakil pelajar SRUJ 1980-85...Shamsul Haq



..disusuli bacaan doa oleh Ustaz Mustapha Al-Bakry..yang juga
bekas pelajar SRUJ 1980-85




Aku dengan Rfidah...Pemilik Butik Andaman yang terkenal di Jelebu


Pegawai Penilaian dan Eksekutif Koporat


Aku bersama Siti Sunaizah..
Perjumpaan semula bekas pelajar Sek.Ren.Undang Jelebu tahun 1980~1985 telah menjadi kenyataan buat kali keduanya pada 25 September 2010.Perjumpaan penuh bersejarah dan amat bermakna ini telah diadakan di Hotel Sri Klawang bermula jam 12 tengah hari hingga jam 4 petang tetapi....ada sebahagiannya balik sehingga jam 6 petang....berbual...berborak..bersembang...















Walaupun kehadiran tidak ramai kerana perjumpaan kali ini adalah untuk menemukan kembali rakan-rakan lama yang tidak dapat hadir pada Perjumpaan kali pertama pada 26 September 2009.Namun ada yang memberi sokongan dengan hadir buat kali keduanya pada tarikh kali ini.Sebahagiaannya tidak dapat hadir kerana anak-anak mereka perlu bersekolah ganti pada hari sabtu berkenaan.
















Gambar kenangan semasa persekolahan ditahun 1980.
















Guru tetap dihormati dan diingati













Liputan Akhbar Sinar Harian

Invoice dan penyata kewangan untuk tempahan bilik di Hotel Sri Klawang



















Kunjungan rakan Re-Union kerumah aku..















Rakan Re-Union telah menjadi ibu yang mithali





Satay Khas didatangkan dari ...SATAY STATION KUALA LUMPUR




Sinar Harian..Akhbar N9 menyiarkan gambar aku bersama
Presiden Re-Union SRUJ 80-85








Antara yang hadir bersama anak-anak..








Menu ala Asia Barat...Nasi Burkhari dan Kurma kambing




Sesi berkaraoke...Mustapha mendendangkan lagu Hail Amir







Aku dan Kay








Pasangan duet yang enjoy dan sporting






Terserlah kegembiraan dengan pertemuan kedua ini




Cenderamata kenangan sebagai bukti pertemuan rakan
sekolah lama buat kali keduanya











Cenderamata untuk AJK Re-Union SRUJ






Bendahari yang ceria dan jujur








Antara Guru yang dujempu..Cikgu Ibni Hajar,Cikgu Ismail dan
Ustaz Isa,,,terima kasih cikgu smua...jasa kalian tetap dikenang






Rakaman demi rakaman...photo untuk kenangan bersama























Sedondon... tak sehati tapi satu SRUJ


Lebih cerita dan photo menarik boleh dilihat di facebook aku ,My Album..(ABDLAHROS MOHD) dan kepada rakan-rakan Re-Union SRUJ 1980-85..,moga kemesraan kita terus terjalin tanpa berprasangka.Sesungguhnya kejujuran kita dalam usaha mengeratkan siratulrahim ini diberkati yang maha Esa...Insyaallah...

Thursday, September 16, 2010

Bertemu Azam selepas 25 tahun...Rakan Re-Union SRUJ 80-85

15 Sept 2010 adalah hari Rumah Terbuka keluarga Azamuddin Rosly (Rakan Re-Union SRUJ 80-85).Acara tersebut diadakan di Taman Rashibah Indah, Sikamat Seremban.Aku berjanji dengan Rahimah dan Fazilah...kami pergi bersama keluarga masing-masing.
Kami sampai rumah Azamuddin kira-kira jam 9 malam.Ketibaan kami disambut mesra oleh keluarga Azamuddin berserta kedua ibubapanya....tidak banyak berubah Azamuddin walaupun hampir 25 tahun kami tidak berjumpa.Beliau kini bertugas di Kuwait dan hanya berpeluang balik ketanah air dalam masa yang amat terhad.Tidak lama kami berbual...seorang lagi rakan aku datang iaitu Rahim Salleh.

Menu kueh raya mengamit selera tetapi menu soto bee hon membuka selera.Sirap dan teh o mewarnai hidangan meja sebagai pembasah tekak.Pelbagai cerita disembangkan diselangselikan dengan gelak ketawa.Kesemua kami tidak terkecuali keluarga masing-masing rancak bercerita.Anak-anak pula mudah mesra bermain basikal dan bola sepak,kebetulan pula kediaman keluarga Azamuddin berhadapan dengan kediaman pemain bolasepak N9...sikembar Zaquan.Kami bersembang sehingga dinihari...dah dekat 2.30 pagi...aku sampai rumah jam hampir 3.30 pagi...

Pewangi yang didatangkan khas dari Kuwait sebagai cenderamata dari Azamuddin untuk kami bertiga.Peweangi yang tiada alkohol dan sah dibawa sembahyang...uniknya tidak terdapat di pasaran Malaysia.



Aroma lembut menguasai udara dan menyegarkan sesiapa yang terhidu

Akan aku abadikan pemberian dengan penuh bermakna sebagai hadiah dari seorang rakan yang pernah mengisi kekosongan zaman persekolahan aku suatu ketika dahulu.
Sebagai seorang rakan yang memahami jiwa aku yang amat menghargai sesuatu kenangan...beliau menghadiahkan kepada aku 2 keping matawang Kuwait.
Sesuai dengan aku yang suka menyimpam matawang lama dan baru dari pelbagai negara luar termasuk matawang tanahair sendiri.
Pemberian ini melengkapi lagi koleksi matawang yang aku simpan.

Nilai matawang Kuwait amat besar jika dibandingkan dengan matawang negara Malaysia.Bayangkan nilai minyak petrol diKuwait 0.65sen seliter mengikut nilai matawang Malaysia.
Azamuddin memohon berbanyak maaf kepada Rakan Re-Union SRUJ 80-85 kerana tidak dapat hadir pada tarih 25 Sept nati kerana beliau telah kembali bertugas di Kuwait.Beliua berkirim salam kepada semua yang terlibat.Salam Aidil Fitri dan Salam Satu Malaysia.
Sesungguhnya...Aku mengucapkan jutaan terima kasih diatas layanan yang diberikan terhadap kami.Aku mendoakan kebahagian dan kelapangan hidup kepada Azamuddin yang kini jauh diperantauan.Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.Insyaallah jika berkesempatan kita akan bertemu lagi...