15 Sept 2010 adalah hari Rumah Terbuka keluarga Azamuddin Rosly (Rakan Re-Union SRUJ 80-85).Acara tersebut diadakan di Taman Rashibah Indah, Sikamat Seremban.Aku berjanji dengan Rahimah dan Fazilah...kami pergi bersama keluarga masing-masing.
Kami sampai rumah Azamuddin kira-kira jam 9 malam.Ketibaan kami disambut mesra oleh keluarga Azamuddin berserta kedua ibubapanya....tidak banyak berubah Azamuddin walaupun hampir 25 tahun kami tidak berjumpa.Beliau kini bertugas di Kuwait dan hanya berpeluang balik ketanah air dalam masa yang amat terhad.Tidak lama kami berbual...seorang lagi rakan aku datang iaitu Rahim Salleh.
Menu kueh raya mengamit selera tetapi menu soto bee hon membuka selera.Sirap dan teh o mewarnai hidangan meja sebagai pembasah tekak.Pelbagai cerita disembangkan diselangselikan dengan gelak ketawa.Kesemua kami tidak terkecuali keluarga masing-masing rancak bercerita.Anak-anak pula mudah mesra bermain basikal dan bola sepak,kebetulan pula kediaman keluarga Azamuddin berhadapan dengan kediaman pemain bolasepak N9...sikembar Zaquan.Kami bersembang sehingga dinihari...dah dekat 2.30 pagi...aku sampai rumah jam hampir 3.30 pagi...
Pewangi yang didatangkan khas dari Kuwait sebagai cenderamata dari Azamuddin untuk kami bertiga.Peweangi yang tiada alkohol dan sah dibawa sembahyang...uniknya tidak terdapat di pasaran Malaysia.
Aroma lembut menguasai udara dan menyegarkan sesiapa yang terhidu
Akan aku abadikan pemberian dengan penuh bermakna sebagai hadiah dari seorang rakan yang pernah mengisi kekosongan zaman persekolahan aku suatu ketika dahulu.
Sebagai seorang rakan yang memahami jiwa aku yang amat menghargai sesuatu kenangan...beliau menghadiahkan kepada aku 2 keping matawang Kuwait.
Sesuai dengan aku yang suka menyimpam matawang lama dan baru dari pelbagai negara luar termasuk matawang tanahair sendiri.
Pemberian ini melengkapi lagi koleksi matawang yang aku simpan.
Nilai matawang Kuwait amat besar jika dibandingkan dengan matawang negara Malaysia.Bayangkan nilai minyak petrol diKuwait 0.65sen seliter mengikut nilai matawang Malaysia.
Azamuddin memohon berbanyak maaf kepada Rakan Re-Union SRUJ 80-85 kerana tidak dapat hadir pada tarih 25 Sept nati kerana beliau telah kembali bertugas di Kuwait.Beliua berkirim salam kepada semua yang terlibat.Salam Aidil Fitri dan Salam Satu Malaysia.
Sesungguhnya...Aku mengucapkan jutaan terima kasih diatas layanan yang diberikan terhadap kami.Aku mendoakan kebahagian dan kelapangan hidup kepada Azamuddin yang kini jauh diperantauan.Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.Insyaallah jika berkesempatan kita akan bertemu lagi...
No comments:
Post a Comment