SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, September 30, 2011

Permainan Tradisional Mengamit kisah lalu

Baru-baru ini di tempat kerja aku diadakan Sukan Tertutup antara jabatan yang dianjurkan oleh KSKMDJ.Pada pandangan aku tak sesuai dipanggil sukan kerana ianya lebih kepada permainan "In Door".Sesuai kalau aku panggil Permainan Tradisional jer.Mudah dan sesuai dengan acara yang dipertandingkan.Acara permainan ini dimestikan semua ahli terlibat sama ada sebagai peserta,urussetia dan penghakiman.Bagus acara ini dibuat setiap tahun kerana aku lihat kemesraan sesama ahli begitu baik dengan kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira pangkat ,kedudukan dan senioriti.
Ahli Kelab duduk santai di bilik pertandingan bercerita lawak,humor,jenaka dan perbincangan ataupun bercerita kisah semasa.Ada yang mendengar,ketawa,bersahaja,bercerita dan tak kurang juga yang memberikan pendapat masing-masing.

Antara permainan Tradisional yang dipertandingkan ialah CONGKAK,BATU SEREMBANG,KAROM dan DAM AJI.
Haaa...antara permainan yang dipertandingkan..CONGKAK..mengimbau kisah semasa aku kanak-kanak dulu dimana CONGKAK dimainkan dibawah rumah dengan mengorek lubang berbuahkan buah getah.Sekarang dah dimajukan menggunakan kayu berlubang dan buahnya adalah guli.Permainan CONGKAK lebih kepada menguji ketajaman mata dan strategi untuk tidak berhenti di lubang yang kosong.Sekiranya berhenti di ruang yang kosong setidaknya mesti buat Boom untuk mengaut kesuluruhan buah guli dilubang sebelah hadapan.Kemenangan dikira mengikut jumlah guli yang terkumpul.
Permainan yang ini pula dipanggil BATU SEREMBANG.Batu tujuh yang dipilih mestilah sama saiz dan sesedap tangan menggengam.Ketajaman mata dan keseimbangan jari dalam menadah dan mencakup batu amat diperlukan kemahiran yang tinggi.Setiap batu yang dikaut dengan menadah tangan dikira satu mata bagi setiap batu dan dua mata sekiranya dikaut secara mengcakup.Kalau dulu menguna batu kecil tapi sekarang mengunakan bungkusan kecil pasir yang dibungkus.
KAROM satu permainan yang diperkenalkan oleh negara barat yang suatu masa dulu dimainkan oleh tentera yang tidak bertugas.Kedmahiran menjentik buah hitam atau puti amat diperlukan.Cara permainan KAROM adalah sama tetapi ada pelbagai jenis cara permainan seperti Main Lesen dan Main Bungga.Permainan ini boleh dimainkan secara berdua atau berempat.

DAM yang popular di kedai kopi dan kemahiran mata dengan otak yang berfikir boleh menentukan kemenangan.Kecuaian dan kealphaan boleh merugikan sekiranya buah yang telah ditolak atau dialihkan ke petak berikutnya tersalah pencaturan.Peminat DAM sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk mencapai kemenangan dan kepuasan.

Setiap ahli KSKMDJ dimestikan memberi idea untuk membuat bendera tema kumpulan masing-masing.Lihat saja hasilnya apa yang difikirdan diterjemahkan oleh ahli dalam berkreativiti mencipta bendera kumpulan masing-masing.
GOLDEN CHAIN dari kumpulan KUNING unit Lanskap & Hias Bandar
HARMONI dari kumpulan HIJAU unit Pentadbiran & Pengurusan
POKOK DEK KAU dari kumpulan BIRU unit Perlesenan & Kesihatan 
VIOLET dari kumpulan JINGGA unit Pelancongan & IT
BENDAHARA dari kumpulan Kuning unit Kewangan 
PBG dari kumpulan MERAH unit Pembanggunan
Inilah Piala yang menjadi rebutan kumpulan yang bertanding
Kelihatan kreativiti kumpulan masing-masing menterjemahkan kelainan dalam pasukan.Pelbagai gaya dan gaya boleh dilihat hasil kerjasama sesama ahli tanpa mengira usia,pangkat dan darjat.
AKU...mewakili permainan CONGKAK tetapi kecundang dipusingan awal kerana ketidakmahiran dalam permainan ini.Penyertaan sekadar suka-suka dan tidak takut dengan kekalahan.Pada aku yang penting mencuba dan menimba pengalaman......Majulah sukan untuk KSKMDJ.

Saturday, September 24, 2011

Aku D'PD Kursus Induksi Siri 4/2011 ( 19~22 Sept 2011 )

Baru-baru ni aku dihantar berkursus di Port Dickson.Modul kursus aku pada 19 ~ 22 September 2011 adalah Transformasi Perkhidmatan Teras Kecemerlangan. Pada tarikh ini juga ibu mertua aku dimasukan di wad Hospital Ipoh kerana tekanan darah tinggi.Aku tidak dapat keluar dan sekiranya aku keluar maka Kursus aku pada kali ini dianggap terbatal.Apa boleh buat...kerjaya juga penting pada aku maka aku hanya membenarkan isteri aku balik bersama adik dan kakaknya ke Perak manakala anak-anak ditinggalkan di Kg kelahiran aku.Terima kasih semua kerana memahami dilema aku ini.
Tempat kursus kali ini ialah di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Port Dickson.Seramai 64 orang terpilih dari pelbagai jabatan dan Gred yang terlibat bermula dari R1 hingga yang tertinggi M41.Kesemua peserta datang dari seluruh Jabatan dalam Negeri 9.Apa yang aku kagum ialah golongan atasan tidak meminggirkan kami golongan yang bergred rendah.
Apa yang diajarkan disini adalah cara-cara kami sebagai penjawat awam mematuhi etika pekerjaan dan menguruskan masa dengan bijak.Pencapaian dan memberi keutamaan perkhidmatan terbaik untuk orang awam.Kami adalah individu dan duta kecil mewakili kerajaan untuk memberi keyakinan kepada orang awam agar berterima kasih kepada kerajaan pemerintah.
Apa yang kami pikul sebagai Penjawat Awam adalah sesuatu yang amat berat dan penuh rasa tanggungjawab.Oleh itu aku amat bersyukur dipilih dalam sektor awam ini untuk berjasa kepada masyarakat.
Semasa berkursus aku ditempatkan dibilik No 13 di tingkat 1 bersama rakan sebilik (Daud,Sanusi,Zaini).Ternyata kami baru pertama kali berjumpa tetapi kemesraan amat ketara seolah telah lama saling kenal mengenal.
Gaya seorang Penjawat Awam dari Gred Sokongan

Tertidur aku semasa rakan-rakan lain menghabiskan masa rehat dengan merokok.
Aku bergambar kenangan bersama rakan sebilik dan bilik bersebelahan.


Tentunya apa jua Ilmu yang dapat dikumpul disini akan aku manfaatkan untuk meneruskan kecemerlangan dalam kerjaya aku walaupun aku tidak minta dihargai.Aku bekerja demi keluarga dan anak-anak...rezeki yang aku perolehi adalah anugerah Allah swt untuk aku meneruskan kehidupan didunia ini...