SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, June 22, 2012

Kem SMART Skuad 1 M'laysia 16~17 Jun 2012


Sekali lagi Skuad 1 Malaysia AADK mengadakan Kem untuk Belia dan ahli yang berdaftar untuk memantapkan lagi kerjasama berkumpulan dalam satu komuniti.Kali ini Kem yang di panggil Kem S.M.A.R.T diadakan di Excell Training Resort,Kampung Kapal,Broga Lenggeng.Seramai 24 orang peserta terpilih dari golongan Belia muda dan Belia akhir.
SKUAD 1 Malaysia terdiri daripada gabungan sukarelawan AADK antaranya Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah, Rakan Antidadah, Majlis Antidadah dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya.
Aku secara tidak langsungnya turut serta dalam aktiviti ini dalam kategori Belia Akhir (39 tahun).Pada pagi 23 June 2012 jam 8 pagi kami berkumpul di Pekan Kuala Klawang menanti bas AADK Negeri yang akan membawa kami ke Broga Lenggeng. 
Disini aku paparkan sebahagiaan gambar yang sempat dirakam untuk dikongsikan bersama.Pelbagai aktiviti menguji minda dan fizikal diharungi dalam gerak kerja berkumpulan.Paling seronok ialah acara pendakian Gunung Bukit Broga yang bermula seawal jam 5pagi dan sampai ke puncak jam hampir 7pagi.Ilmu yg paling berharga ialah ketahanan fizikal dan kerjasama berpasukan adalah teras kejayaan.Disyorkan mana-mana Belia diluar sana agar dapat mendaftarkan diri sebagai Rakan Skuad 1 Malaysia dan aktif bersama untuk membenteras penyalahgunaan dadah.