Satu Program Gotong-Royong telah diadakan di Kg.Seperi pada 3.6.2012 bersamaan hari Ahad bermula jam8am hingga 12pm.Gotong-royong ini adalah bertujuan untuk membersihkan laluan ke Empangan Sg. Sapan dan seterusnya membersihkan kawasan Empangan tersebut.Air Empangan ini disalurkan sebagai bekalan Utama Air bersih untuk penduduk Kg.Seperi Ulu dan dipantau kebersihan oleh Jabatan Kesihatan dibawah projek BAKAS.Gotong -royong ini secara tidak langsung juga mengeratkan lagi semangat kerjasama penduduk dalam kerja berpasukan dan merapatkan hubungan rakyat bersama Agensi kerajaan yang terlibat.Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa program berlangsung.
Kanak2 teruja melihat air |
Bekerjasama membuang pasir |
Awas bang...tebing tu curam..!! |
Laluan menyusuri batu yang berlumut...hati2 yer dik.. |
Air yg terjun memecah kesunyian hutan |
Eeehhhh....ada pacat juga disini yer.... |
Kunci paip |
Kelihatan air yg berlumpur semasa kerja pembersihan dilakukan di sebelah atas |
Apa yg ditengok tuu....ooOOOOO...pacat laaaaa..... |
YM Raja Azmi mewakili Tuan Pegawai Daerah menyampaikan ucapan |
Tok 4 menyampaikan ucapan terima kasih kpd semua yang hadir dan sokongan semua bagi menjayakan gotong royong pada kali ini. |
Bacaan doa diketuai oleh Sdra Noordin (Mantan Imam) ... |
Biro makanan sibuk membuat persiapan |
Kelihatan air berlumpur dibuang melalui saluran utama |
Dah terang...sedap mata memandang |
Baik2 tebang tu...nanti ditimpa pokok pulak.... |
Deruan air mengalir yg mendamaikan |
Setiausaha Jkkk yang turut serta.. |
Alamakkkk....licin laa plak..... |
Ngorek pun boleh menung ker bang.... |
Laaa...bebudak nie...org nak buat kerja dia nak mandi laa pulak... |
...ramai juga yer... |
YM Raja dgn Tok 4 memerhati kerja2 yang perlu dilakukan... |
Sayup...gayat rasanya....tinggi giler tu... |
Tarik kayu tu.....baik2 ada penyengat laaa.. |
Ehh...petai tu ada buah laa....kata Tok Hji nie.. |
Terima kasih kpd YM Raja Azmi krn sanggup meredah belantara untuk sampai ke tempat ini.. |
Semangat kerjasama tolong menolong dan muafakat tanpa mengira pangkat dan usia....Terima kasih kepada wakil2 agensi Jabatan Kerajaan yang terlibat dan yg sempat hadir terutamanya wakil-wakil dari Jabatan Kesihatan,Jabatan Kerja Raya,Pusat Pemulihan Serenti,Pejabat Tanah dan Galian,Pusat Jalur Lebar Komuniti,Balai Polis Titi/Kuala Klawang,Penduduk kampung serta anak-anak kampung Seperi yang balik bercuti turut serta menjayakan program ini.Tahniah kepada kepimpinan saf JKKK 2009~2011 dalam usaha membangunkan komuniti Kg. Seperi Jelebu.
No comments:
Post a Comment