SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Wednesday, April 13, 2011

KONVOI RELA JELEBU - P.D 2011

Aktiviti Kemasyarakatan Berkonvoi RELA tahun ini (2011) memilih

Port Dikcson sebagai destinasi.Kalau tahun 2010 RELA Jelebu

memilih Jeram (Sg Congkak Selangor) maka tahun ini Pantai PD Batu 4.

Tarikh yang dipilih ialah 25 Mac ~27 Mac 2011.Pelepasan kenderaan

yang dianggotai oleh kekuatan anggota RELA Daerah Jelebu sebanyak

40 buah motorsikal berkuasa rendah.Konvoi dilepaskan oleh

YB Dato Siow Chen Pin pada jam 3pm di Balai raya Taman Mawar Titi.


Persediaan Marshall sebelum berlepas


Peserta Konvoi berehat sejenak


Antara aktiviti kemasyarakatan di PD, membersihkan

kawasan perkuburan Islam


Sempat juga aku bergaya semasa buat kerja


Peserta Konvoi diberi taklimat ringkas sebelum memulakan

perjalanan


Khemah peserta di pantai Batu 4 P.D


Peserta diajar cara membuat strategi sesuatu operasi


Pasir dijadikan pelan/peta lokasi untuk membuat

sesuatu operasi


Aku baru bangun tidur...muka pun sembab lagi..he..he..


Peserta juga di suruh menari sebagai satu senaman seni


Sesi karaoke


Aku yang diceloreng muka sebelum

aksi tempur dijalankan


Muka kena garang hati mahu tegas dan semangat perlu kuat


Indah pemandangan Pantai batu 4 P.D


Sempat juga melihat saat matahari terbenam


Aku berehat bersama seorang rakan anggota


Aku segak gagah disisi Panji RELA


One RELA One Malaysia


Konvoi yang berdisplin di Lebuhraya


Adik aku turut serta pada tahun ini


Inilah aku...semangat riadah dan kesukarelawan

keanggotaan dalam RELA

Rangka Ex5 aku ditemui...

Akhirnya rangka motorsikal Honda Ex5 aku ditemui semula dalam sebuah kolam di tempat yang bernama Bakri dalam daerah Muar Johor Darul-Takzim.Pada 10 April 2011 aku telah dihubungi oleh Pegawai Penyiasat (Srjan Mxxx) kira-kira jam 11.30 malam memaklumkan penemuan semula rangka motor ini.Setelah selesai penyiasatan dipihak IPD Muar maka rangka Ex5 aku dibawa ke IPD Jelebu dan kes ini disiasat oleh Pegawai Penyiasat yang mengambil kes aku ini sejak kehilangan dulu (Srjan Hxxx).Pada tarikh 13 April 2011 kira-kira jam 9 pagi penyerahan semula rangka ini telah dibuat di IPD Jelebu dan rangka ini kemudian aku serahkan kepada Sykt dimana aku membeli motor ini untuk tuntutan ganti rugi dari Sykt Insuran.


Diatas ini adalah rupa bentuk asal motorsikal aku sebelum dicuri oleh

pencuri laknatullah.


Beginilah bentuk rangka motorsikal aku sesudah dijumpai semula.Tiada

sebarang aksesori termasuk enjin,tayar dan spotrim yang telah ditanggalkan

oleh pencuri sialan mungkin untuk pasaran gelap tempatan.


Nombor casis rangka masih dalam keadaan asal dan tidak dicacatkan.

Nombor inilah membantu pengecaman semula rangka motorsikalku yang

telah hilang pada 17 Januari 2011.


Tiada apa yang tinggal ,hanya besi serangka,

Ohhh..kejamnya engkau pencuri banjingan



Gambar diatas aku ambil semasa rangka motor ini disimpan dalam

stor IPD sebagai barang kes.




Aku bersyukur diatas penemuan semula motorsikal ini.Sesungguhnya tiada rezeki menyebelahi aku untuk memiliki motorsikal Honda Ex5 NCJ 165.Namun begitu aku tetap tidak menghalalkan wang ringgit hasil jualan barangan alat ganti motorsikal aku ini terhadap pencuri yang tidak pernah rasa bersalah itu.Terima kasih juga dari aku kepada pegawai Penyiasat kes aku ini dari kedua-dua Daerah (Muar & Jelebu) diatas kerjasama kalian.Terima kasih sekali lagi kpd PDRM.


Kepada pencuri yang dilaknati Allah SWT..selagi engkau tidak memperolehi keampunan dan kemaafan dari aku..,maka sentiasa aku doakan agar seluruh keturunan hidup engkau tidak akan bahagia dan sengsaralah hendaknya disaat menghadapi sakratul maut.Aku sumpahkan engkau wahai pencuri motorsikal Honda Ex5 NCJ 165 agar hidup engkau penuh dengan kecelakaan.Ya Allah Ya Tuhan ku..sesungguhnya aku insan teraniaya maka itu ku pohon dari mu agar berilah pengajaran kepada pencuri yang dilaknati ini dan mudah-mudahan panaslah perut ibu yang mengandungkan

anak derhaka ini selagi dia bertaubat diatas dosanya ...Amin..Yaa..Raabalalaminnnnn.....





p/s:

Kisah Motorsikal Aku Hilang boleh dibaca di coretan yang lalu pada kisah Bulan Januari 2011

Monday, April 11, 2011

BONsai & AKu

BONSAI...siapa yang tidak kenal dengan pohon besar yang telah dikatikan.Ramai yang minat.suka dan mengangap pokok ini unik dan penuh berseni.Aku antara pecinta BONSAI dan meminati BONSAI sejak belasan tahun.Bagi aku BONSAI mempunyai kesenian tersendiri dan hanya individu yang memahami keunikan tersebut boleh menterjemahkan kesenian BONSAI.Penjagaan yang tidak serumit mana,bergantung pada individu sama ada minat,suka atau gemar pada BONSAI.Maka itu sebagai memenuhi tuntutan kehidupan BONSAI yang penuh dengan kesenian ini,koleksi BONSAI aku tidak terkecuali untuk menjalani rutin yang sepatutnya.Pertukaran tanah,pemangkasan daun,pemangkasan dahan dan membaja adalah perkara biasa aku lakukan setiap enam atau tujuh bulan sekali keatas koleksi BONSAI aku yang mencecah hampir seratus lima puluh buah pasu.Disini aku kongsikan bersama sebahagian koleksi BONSAI aku yang telah menjalani rutin wajib tahunan ini.


Campuran tanah mengikut nisbah tertentu merangkumi tanah hitam,tanah gambut dan tanah berpasir.Tidak lupa juga dicampur dengan tanah bakar bersama baja kompos.Ini semua penting untuk tumbesaran akar dan pokok.


BONSAI memang mkemerlukan pengudaraan tanah dan pencahayaan matahari yang cukup.Itulah sebabnya tanah perlu ditukar dan dicampur pelbagai jenis untuk mineral semulajadi.


Baja.mineral,pencahayaan dan siraman yang mencukupi mampu membuatkan BONSAI hidup melebihi usia sipemiliknya.Akar yang mendokong pokok dan kehijauan dedaun menyerlahkan lagi BONSAI dan menjadi kebanggaan si pemiliknya.Tingginya nilai BONSAI mengikut usia,seni dan kepadatan dedaun yang merendang.


Antara pokok yang turut menjadi mangsa aku...sama macam BONSAI yang dipangkas ddedaun dan ranting....pokok bunga raya benteng pagar kediaman aku.


Bunga kertas tidak terkecuali kerana spesis bunga kertas perlu juga pemangkasan berkala untuk penghasilan bunga yang banyak dan cantik merimbun.


Menghijau dan segar...BONSAI yang telah aku tukar tanah dan pemangkasan telah dibuat pada bulan yang lepas.


Walaupun nampak ringkas tapi sisi garaj aku pun diletak hiasan menghijau


BONSAI yang baru selesai ditukar tanah dan pemangkasan daun telah dibuat perlukan penjagaan rapi dan amat sensitif pada kepanasan cuaca.Oleh itu siraman perlu dibuat sehari tiga kali iaitu pagi petang dan tengah malam.Jika tidak,BONSAI yang teleah sekian lama dijaga akhirnya tinggal nama saja.


Antara koleksi BONSAI aku


Sebahagian lagi koleksi BONSAI aku....

Inilah teman ketika aku santai diwaktu petang dan malam.Kata orang saintis...pokok memberi udara ,kita menerima dan begitulah sebaliknya.Oleh itu ketenangan yang aku dapat ketika berkomunikasi dialam udara bersama BONSAI mampu menenangkan fikiran aku yang kacau....