SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, October 31, 2010

PIALA MALAYSIA : 2009 Eden punyo...2010 Hok ambo pulok.

Sekali lagi Negeri Sembilan mara ke pusingan akhir Piala Malaysia pada 30.1o.2010..dan berjumpa pasukan Kelantan.Aku bukanlah peminat bola sepak fanatik namun seperti tahun-tahun sebelum ini ,aku tetap pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk meramaikan Skuad Hobin Jang Hobin.

Walaupun aku cuma mendapat tiket tambahan tetapi kemeriahan di Bukit Jalil tetap aku rasa sebagaimana pemilik tiket asal.

Aku bersama penyokong skuad rusa..Negeri Sembilan.Walau aku tidak memakai jersi N9 (Diatas faktor keselamatan) aku tetap membaluti tubuh aku dengan bendera N9...Semangat Nogoghi.

Diatas semangat berpasukan dan setia kawan..aku sempat juga berkenalan dan bergambar bersama penyokong Kelantan..Red Warriors

Sebahagian penyokong Kelantan memenuhi Stadium Bukit Jalil

Megah berkibar dan semangat dari pasukan Negeri Sembilan apabila gol pertama disumbatkan ke gawang Kelantan pada minit awal permainan.

Kreatif..Kelab penyokong Kelantan membawa imej Bomoh Siam


Semangat satu sukan satu suara..Penyokong Negeri Sembilan melihat penyokong Kelantan diwarnakan muka

Ribuan penyokong skuad kijang memenuhi hampir 85% Stadium Bukit Jalil

Kelihatan lengang Stadium Bukit Jalil di kedudukan penyokong skuad rusa.Mungkin penyokong skuad rusa takut sejarah hitam tahun 2009 berulang lagi

Hobin Jang Hobin bersama Gomo Kelate Gomo

KOMEN AKU...
Sememangnya Kelantan layak memenangi Piala Malaysia kerana mereka telah mengimpikan membawa pulang Piala Malaysia sejak 1955-1970 dan 2009.Tekad dan semangat juang yang tinggi telah mereka kumpulkan sebegitu lama lebih-lebih lagi penarikan pengantungan ketua jurulatih mereka ditangguhkan oleh FAM.

Sekiranya pada tahun 2009 kemenangan Negeri Sembilan adalah hadiah kepada hari Pertabalan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan manakala pada tahun 2010 kemenangan Kelantan adalah hadiah kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan yang baru ditabalkan.

Tahniah kepada pemain Kelantan kerana bijak mengatur serangan dan pandai mencuri peluang yang diberi oleh pasukan lawan.Kepada pasukan Negeri Sembilan pula,ambil kembali Piala Malaysia yang dipinjamkan sementara pada Kelantan ditahun ini.Ingat..setiap langkah dan strategi perlawanan anda di padang adalah dibayar dengan harga tiket yang kami beli(penyokong N9).Oleh itu hargailah kami...


PERSOALAN AKU ...
1.Kenapa penyokong Kelantan dibenarkan duduk di tingkat 3 tempat penyokong Negeri Sembilan.Apabila N9 mendahului 1 gol, penyokong N9 di tingkat 1 & 2 menjadi bahan kemarahan penyokong Kelantan ditingkat 3.Mereka membaling mercun,sampah,botol,tisu basah dan objek keras kepada penyokong N9 dibawah.

2.Kenapa FRU dan polis dilebihkan mengawal penyokong N9 manakala penyokong Kelantan berpesta mercun dan membaling sesuka hati kearah penyokong N9 dan padang.Ada juga botol mineral terkena ke pihak polis yang hanya buat tidak kisah.

3.Pengadil perlawanan seolah buta sekiranya pemain Kelantan berbuat salah tetapi celik apabila pemain N9 melakukan kesalahan dan ada ketikanya kesalahan belum nyata tetapi wisel telah ditiup.

4.FAM berkata kedudukan dan jualan tiket diberi sama rata (50/50) tetapi kenapa penyokong Kelantan memenuhi hampir 80% Stadium Bukit Jalil sedangkan kami penyokong N9 telah kehabisan tiket.

5.Dimana kebenaran kata-kata Naib Presiden FAM.., "Keadaan terkawal kerana para penyokong memberi kerjasama" (Mingguan Malaysia 31 Okt/Ms 22)Adakah terkawal jika penyokong Kelantan berpesta mercun dan membaling sesuka hati..??

Walauapapun ,kemenangan telah berpihak kepada Kelantan.Tahniah dan syabas kepada para pemain semua dan kepada penyokong N9,bersabarlah dengan karenah penyokong Kelantan.Usah dilayan ejekan mereka kerana sememangnya mereka sejak dulu lagi memang terkenal dengan aksi ganas dan jiwa perusuh...tidak boleh menerima kekalahan.Nasib baik pada tahun ini Kelantan menjuarai Piala Malaysia...jika Negeri Sembilan menjuari Piala Malaysia sudah tentu pergaduhan,rusuhan berlaku.Sedangkan baru masuk 1 gol oleh Negeri Sembilan mereka telah bertindak membaling mercun dan botol mineral.
Bila senario ini akan berubah...hanya penyokong Kelantan yang tahu akan jawapannya....

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Friday, October 22, 2010

Kediaman Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu

Aku telah ditugaskan menjaga keindahan dan kebersihan kediaman rasmi Tuan Yang DiPertua MDJ merangkap Tuan Pegawai Daerah Jelebu.
Aku dipertanggungjawabkan oleh MDJ untuk menjaga lanskap persekitaran kediaman rasmi YDP dan D.O sejak awal khidmat aku dengan MDJ.
YDP dan D.O sering bertukar ganti sejak Tuan Hj.Ibrahim Hassan diikuti oleh Tuan Hj.AB Khalid Mat dan kini Tuan Zulkifly Baharan
Kediaman rasmi yang suatu ketika dahulu (Sekitar tahun 1981) adalah tempat persinggahan aku untuk membuat kerja sekolah (SRUJ).Pada ketika itu YDP adalah Tuan Abd.Samad yang mana anak beliau Shahril Samad adalah rakan sekelas dan sebaya aku.Tempat ini tidak asing juga kerana berjiran dengan kediaman rakan baik aku (Mohd Suffian Yusof) yang mana pakcik beliau adalah A.D.O di daerah Jelebu.
Kini kediaman YDP telah bertukar lanskap dan yang mana suatu ketika dahulu hanya kawasan yang luas dan pepohon merendang.Kini telah aku tanam dengan pelbagai pokok sayuran dan tumbuhan kegunaan masakan didapur.

Lanskap laluan masuk sebelah kanan hanya ditanam pokok renek

Disebelah kiri laluan masuk pula diletakan pokok Bonsai jenis Kesinai.

Bunga Melor sebagai pewangi semula jadi

Sejenis bunga rantaian cina ditanam kerana keunikan tumbuhan berkenaan

Longkang diselia rapi dan kebersihan terjaga bagi kelancaran air hujan yang mengalir

Chili api ditanam sebagai pelengkap" Masak Lemak Cili Api"

Terkenal kerana keharumanya..daun kari

Ulaman Melayu..Pucuk Ubi

Pokok kari..,Serai..,Pucuk Ubi....sukar dipisahkan dalam masakan Melayu

Pokok Langkuas sesuai untuk perasa makanan dan Ulam Raja sebagai Ulaman tradisi

Ulaman Melayu...si "Ulam Raja"

Segar dan sihat..pisang berangan

Pisang nangka sesuai digoreng sebagai juadah ringan minum petang

Pewangi dan pewarna tradisional..pokok pandan

Ada juga ditanam Chili Besar untuk masakan Tom Yam

Kunyit..terkenal kerana wangian daunya dan kuning isinya ..rempah masakan melayu

Keindahan pagi yang boleh dilihat dari halaman Kediaman Rasmi YDP

Bunga kertas atau Bourgavilla

Bourgavilla sedang mekar menyerlahkan warnanya

Kemboja cina mengembangkan kelopak mengindahkan lagi suasana

Pokok keembung...bunga klasik penghias halaman orang dulu-dulu

Limau Kasturi...sedap dibuat air dan boleh juga diguna untuk mencucu ikan segar.

Palma diraja disudut tiang roman

Pisang hiasan ditanam dalam pasu diletak dipintu hadapan

Orkid juga ditanam kerana keunikan bunganya yang cantik walaupun tiada sebarang haruman

Cantik..,wangi tetapi berduri...itulah Bunga Ros Merah

Bunga Ros Carnation sedang mekar harum mewangi

Bunga kertas berwarna Pink diletakan disudut laluan masuk

Kesinai..Bonsai dengan aku sukar dipisahkan
Pokok rhu penghias tebing yang curam

Pokok betik juga ditanam, buahnya yang manis dan pucuknya boleh dibuat ulam
Sejenis pokok puding berdaun merah

Spesis puding sedang merimbun berwarna gelap

Bourgavilla mewarnai lanskap luar halaman

Bourgavilla putih ..kecerahan dan kelembutan

Puding lama tanaman melayu

Ada juga ditanam tanaman berpasu

Kerusi taman yang masih berkeadaan baik.Tertulis Lembaga Perbandaran Kuala Klawang.
Suatu ketika dahulu Kuala Klawang adalah sebuah perbandaran.

Poko lama dulu hingga kini..pokok rambutan yang ditanam oleh pekerja terdahulu di pinggir tebing

Pemandangan kawasan belakang kediaman rasmi YDP.Walaupun dibahagian belakang tetap dijaga kebersihanya

Kemboja kuning yang ditanam di sebelah tepi kediaman rasmi

Buah Naga (Dragon Fruit) sedia untuk dipetik

Kawasan belakang..tetap terjaga.Reban ayam dikosongkan kerana tidak mahu mengundang lalat

Menghijau dan bersih suasana belakang rumah

Longgokan dedaun kering sedia untuk dibakar

Sejenis tumbuhan yang dipanggil Molai...sesuai untuk ubatan tradisional

Tanaman berpasu ditanam memagari kawasan parking kenderaan

Lantai kawasan hadapan sentiasa bersih

Laluan utama bertar sentiasa dibersihkan untuk keselesaan mata memandang.Aku akan terus menjalankan tugas yang diamanahkan ini sebaik mungkin selagi khidmat aku diperlukan.Kepercayaan yang dipertanggungjawabkan akan cuba aku laksanakan sebaik mungkin.