SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, July 31, 2011

Hari Mantai & Salam Ramadhan 1432M / 2011H

Sinonimnya Hari Mantai adalah hari pertemuan sanak-saudara dan berkumpulnya adik-beradik sehari sebelum Ramadhan menjelma.Apa yang aku tahu tradisi ini hanya dirayakan di Negeri Sembilan,Melaka dan sebahagian Johor serta Pahang.Tradisinya Lemang dan rendang daging lembu atau kerbau adalah resepi wajib pada waktu ini......
Aku tidak terkecuali pada hari yang dinanti ini untuk berkumpul sesama adik-beradik untuk memeriahkan lagi suasana.Aku sekeluarga berkumpul di Kg.halaman ku..Kg.Seperi Jelebu N9.
Pagi sabtu (28 Syaaban 1432) aku sekeluarga telah berada di Kg.kelahiran aku ni.
Anak-anak sukalah...kolam tempat memancing ikan di kolam ikan kecil berhampiran rumah di kampung aku...
Persiapan awal..anak-anak ditugaskan memeriksa angin motorsikal roda tiga abah aku untuk mengangkut kayu api untuk membakar lemang.

Haa..nie laa gaya aku semasa mengangkut kayu api...
Adik aku yang sorang ni..."D" memang setiap tahun tugas beliau adalah menghidup api kayu lemang...
Daun pisang hutan (daun pisang karok) digunakan untuk melapik pulut dalam buluh.Bau aroma daun dan buluh akan bersatu menghasilkan suatu bauan yang menyelerakan
Lemang sedia untuk dibakar....
Hampir 4jam berdiang pada bara api..,lemang yang telah kering santan dileraikan bara api untuk mengelakan lemang daripada hangus...
Kelihatan aku dgn emak menghentak lemang yang kering..semestinya hentakan yang cermat untuk mengelakan buluh pecah.hentakan ini adalah untuk mempadatkan pulut dalam buluh...
Emmmm...inilah hasilnya lemang yang siap dimasak...menyelerakan apabila dimakan semasa panas..liat..,melekit dan wangi....
Lemang dan rendang sukar dipisahkan...
Rendang ayam kampung semestinya ada Ummmppphhhh...

Seperti biasa sebagaimana tahun sudah-sudah...aktiviti aku sekeluarga ialah melawat pusara saudara-mara dan membersihkan kawasan perkuburan.....
Diatas ini adalah kubur adik aku yang meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal dalam kes langgar lari...Al-Fatihah kepada TONARIKA B. MMOHAMAD
Ini pula adalah kubur adik aku yang telah meninggal dunia kerana penyakit Jantung Berlubang.Al-Fatihah kepada ABDULLAHRUSDE B. MOHAMAD.
Kubur atok sebelah mak aku.Al-Fatihah kepada TALIB B. ALIAS
Kubur wan aku...Al-Fatihah kepada JAUYAH BT. SUJANG.
Tidak dilupa juga kubur Moyang lelaki aku.....
..dan kubur Moyang perempuan aku.Moga didoakan agar walillah rohnya mereka dicucuri rahmat dan diletakan rohnya digolongan orang yang soleh...Al-Fatihah..................................

Sembah salam dari aku kepada rakan2 seagama,senegara dan se Malaysia yang melayari Blog aku.....Salam Ramadhan dan Selamat menyambut bulan Kemerdekaan....