SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, April 13, 2010

Piala F.A 2010 milik Negeri Sembilan

Aku bukan fanatik dengan bola sepak ,malah aku bukan pemain bola sepak yang handal...tetapi aku penyokong sorak yang dikira bagus juga..he..he...
Pada 10.04.2010 aku bersama anak sulong aku bersama kengkawan telah ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan Akhir Piala FA (N9 vs Kedah)
Anak sulong aku Mohd Rusaiman bersama salah seorang rakan beliau semasa berehat di hentian R&R....
Aku dengan imej ala koboi bersama seorang penyokong yang tak kurang hebatnya...
Isyarat bagus dari aku untuk semua penyokong "Hoben Jang Hoben"
Aku sempat juga posing dihadapan Stadium kebanggaan Malaysia sebagai kenangan terindah disaat usia ini...
Ribuan penyokong Merah Kuning membanjiri Stadium Bukit Jalil..Terima kasih kepada penyokong semua kerana mempamerkan sokongan yang bersih tanpa sebarang insiden..
Penyokong dari Kedah (Hijau kuning) tak kurang hebatnya dan jumlah penonton melebihi dari penonton N9..Syabas diatas sokongan dari Singa Utara kepada Rusa Selatan...
Penyokong terhebat (..antara yang hebatlah..he..he..) aku...sapo laei....
Antara gelagat penyokong Kedah yang bersemangat dan berkeyakinan tinggi...
Namun...ternyata bola itu bulat dan bergolek...usaha..ikhtiar disamping doa...nasib menyebelahi N9..walaupun kedah menguasai gol pada pusingan pertama.Semangat dan inginkan kemenangan terus diusahakan dengan gigih agar penyokong yang datang tidak balik dengan hampa....Akhirnya N9 menjuarai Piala FA pada tahun 2010....Syabas..!!! Tahniah...!!!
Pemain N9 meraikan kemenangan selepas berhempas-pulas hampir 4jam...kemenangan berpihak kepada skuad Rusa dengan tendangan penalti....Syabas Jang...teruskan kejuaraan anda...
Anak aku bersama rakannya Eusoff Araddin...meraikan kemenangan N9...

Aku sempat juga meraikan kemenangan bersama penyokong Kedah.Ternyata semangat 1 Malaysia begitu kukuh antara kami walau berlainan negeri....dalam sukan kita adalah sama,yang lain cuma pasukan yang kita sokong.....
Sebagai kenangan..aku beli 2 trumpet

Semangat punya pasal hinggakan kereta aku pun diselimut dengan Merah Kuning...

Pelekat khas sebagai tanda kenangan aku dengan kemenangan N9 ditahun 2010.
TAHNIAH..TAHNIAH...TAHNIAH... kepada semua pemain dan jurulatih pasukan N9.
Terima kasih juga tidak terhingga kepada kerajaan negeri kerana menghadiahkan pemain dengan ganjaran yang lumayan...Majulah Sukan Untuk Negara dan untuk pemain skuad Rusa Selatan teruskan berlatih untuk meraih kemenangan dimasa hadapan.Kemenangan mudah dicapai tetapi adalah sukar menpertahankannya.......
"HOBEN JANG HOBEN: & RUSO PERKASO"