SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Saturday, August 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H / 2012


Berbesar hati aku ingin mencoretkan sepatah dua kata. Maka aku mengambil kesempatan yang belum terlewat ini dan ruang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh sdra mara.., rakan2 & keluarga jauh dan dekat.  Ucapan ini merangkumi juga kepada teman2 alam maya tak kira dimana berada kesemuanya.
Terlebih dahulu. Ucapan ini adalah buat Ayahanda dan Bonda dan adik beradik yang tersayang lagi dicintai.Semoga Allah mencatatnya sebagai kebaikan yang akan terus kembang sehingga ke hari akhirat.
Kepada  sdra mara aku yng telah pergi terlebih awal meninggalkan dunia ini.. Semoga Allah melimpahkan Rahmat Dan Niqmatnya dialam barzah. Yaa Allah, lapangkanlah bagi mereka. Dan belalah mereka yaa Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembela.
Semoga Allah juga melimpahkan keberkatanNYA kepada semua keluarga, adinda-adinda dan kekanda-kekanda sebelah isteri aku. Ayah-ayah saudara serta Ibu-ibu saudara aku, yang juga kasih aku tidak pernah surut kepada mereka. Nasihat dari mereka sesungguhnya sentiasa merata didalam keluarga. Dan mereka menjadi contoh orang tua yang terbilang. Semoga Allah memuliakan mereka didunia dan di akhirat.
Bergitu juga bagi Mertua-Mertua Adinda-Adinda ku sekeluarga beserta ipar-ipar mereka. Pertalian yang terjalin antara kalian dan aku berperantarakan perkahwinan adinda-adinda ku dengan anakanda-anakanda kalian, semoga mendapat rahmat disisi Allah. Dan menjadi penyebab jua akan sangkut pautnya diakhirat kelak.
Ucapan ini merata juga kepada Sahabat-Sahabat. Yang jauh dan yang dekat. Istimewa kepada yang senantiasa mengingati aku dimana jua.Sesungguhnya persahabatan yang terjalin ini semoga Allah menyemai kualiti-kualiti dakwah didalamnya.
Semoga Allah memelihara kita dari setiap kefahaman yang salah, serta kedegilan didalam kejahilan. Istiqomahlah. Dan berkasih sayanglah diantara kita. Kerana sesungguhnya penghuni-penghuni Syurga itu terdiri dari mereka-mereka yang pengasih.
Kepada semua yang tertinta diatas dan juga kepada yang tiada didalamnya.
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

“YAA ALLAH, YAA TUHANKU. MEREKA-MEREKA INI ADALAH SAUDARA-SAUDARAKU DAN SAHABAT-SAHABATKU. DAN ADA DIANTARA MEREKA YANG PERNAH BERBUAT JAHAT KEPADAKU. MAKA ENGKAULAH YANG MENJADI SAKSI YANG AKU TELAH MENGHALALKAN SELURUHNYA.

DAN ADA DIANTARA MEREKA-MEREKA INI JUGA YANG AKU SENDIRI PERNAH BERBUAT JAHAT KEPADA MEREKA. ENGKAU BUKAKANLAH HATI MEREKA UNTUK MEMAAFKAN AKU YAA ALLAH. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MENAIKKAN DARJAT DAN MENURUNKAN DARJAT SESIAPA YANG ENGKAU MAHU.

YAA RAHMAN, SESUNGGUHNYA KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA-MEREKA ITU PULA, ADALAH TERBIASA BERLAKU BAIK DAN PEMURAH KEPADAKU. DENGAN ITU WAHAI YANG MAHA PENGASIH. ENGKAU LIMPAHKANLAH KASIH SAYANGMU KEPADA MEREKA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.

YAA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU JADIKAN RAMADHAN INI ADALAH KESEMPATAN TERAKHIR BUAT KAMI. DAN JADIKANLAH PULA SYAWAL INI SEBAGAI SATU PERMULAAN HIJRAH KAMI KEPADAMU. DARI KECINTAAN DUNIA YANG SEMENTARA, KEPADA KECINTAAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. DARI KESAYANGAN MAKHLUK YANG PURA-PURA KEPADA KESAYANGAN DAN KECINTAANMU YANG MAHA SUCI DAN MAHA TINGGI.

YAA ALLAH. MAKBULKANLAH. AMIIIIIIINNNNNNNNNNNNNNNNNNNN”