Berbesar hati aku ingin mencoretkan sepatah dua kata. Maka aku mengambil kesempatan yang belum terlewat ini dan ruang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh sdra mara.., rakan2 & keluarga jauh dan dekat. Ucapan ini merangkumi juga kepada teman2 alam maya tak kira dimana berada kesemuanya.
Terlebih dahulu. Ucapan ini adalah buat Ayahanda dan Bonda dan adik beradik yang tersayang lagi dicintai.Semoga Allah mencatatnya sebagai kebaikan yang akan terus kembang sehingga ke hari akhirat.
Kepada sdra mara aku yng telah pergi terlebih awal meninggalkan dunia ini.. Semoga Allah melimpahkan Rahmat Dan Niqmatnya dialam barzah. Yaa Allah, lapangkanlah bagi mereka. Dan belalah mereka yaa Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembela.
Semoga Allah juga melimpahkan keberkatanNYA kepada semua keluarga, adinda-adinda dan kekanda-kekanda sebelah isteri aku. Ayah-ayah saudara serta Ibu-ibu saudara aku, yang juga kasih aku tidak pernah surut kepada mereka. Nasihat dari mereka sesungguhnya sentiasa merata didalam keluarga. Dan mereka menjadi contoh orang tua yang terbilang. Semoga Allah memuliakan mereka didunia dan di akhirat.
Bergitu juga bagi Mertua-Mertua Adinda-Adinda ku sekeluarga beserta ipar-ipar mereka. Pertalian yang terjalin antara kalian dan aku berperantarakan perkahwinan adinda-adinda ku dengan anakanda-anakanda kalian, semoga mendapat rahmat disisi Allah. Dan menjadi penyebab jua akan sangkut pautnya diakhirat kelak.
Ucapan ini merata juga kepada Sahabat-Sahabat. Yang jauh dan yang dekat. Istimewa kepada yang senantiasa mengingati aku dimana jua.Sesungguhnya persahabatan yang terjalin ini semoga Allah menyemai kualiti-kualiti dakwah didalamnya.
Semoga Allah memelihara kita dari setiap kefahaman yang salah, serta kedegilan didalam kejahilan. Istiqomahlah. Dan berkasih sayanglah diantara kita. Kerana sesungguhnya penghuni-penghuni Syurga itu terdiri dari mereka-mereka yang pengasih.
Kepada semua yang tertinta diatas dan juga kepada yang tiada didalamnya.
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
No comments:
Post a Comment