SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, September 18, 2012

HiRUk PiKuK jELaJaH RaYa 2012

Salam buat semua ..

Salam Aidil fitri dan Salam Kemerdekaan...Salam 1 Malaysia.
Bersyukur kita dipertemukan kembali dalam Blog aku yg serba ringkas ini tetapi amat bermakna dalam rentetan perjalan hidupku.
Saban tahun Hari Raya menjelma maka tentunya kita sibuk ziarah menziarah sesama saudara,teman,sahabat dan rakan taulan.Maka aku tidak terkecuali dalam memenuhi hari-hari yang dilalui dan mencuba meluangkan masa seboleh mungkin untuk meraikan bersama rakan2 lama.
Sementelah bertemunya rakan2 Sekolah Rendah Undang Jelebu Tahun 1980 yang terlaksana pada tahun 2009 hasil usaha bersama kawan-kawan yang menjejaki rakan lama maka lahirlah 
RE-UNIONS SRUJ 1980 (Lihat catatan Blog aku :September 2009)
Syukur kpd Ilahi krn mengizinkan kami bertemu dan menjalinkan kembali ikatan persahabatan yang telah terpisah sekian lama.Bagi mengeratkan lagi hubungan kami maka dengan inisiatif kawan2 yang menghargai erti persahabatan ,terujudlah 
HIRUK-PIKUK JELAJAH RAYA 2012.
Walaupun kumpulan kami kecil tetapi bisa mengimarahkan suasana yang sunyi kepada huru-hara krn masing bercerita bagaikan tiada noktah dengan kisah yang lucu lagi selamba.



Perjalanan dimulakan dari kediaman Aku kemudian ke rumah Fidah...rumah Mustafa... rumah Rahimah...rumah Yusni dan akhir sekali rumah Noridah...
Beberapa keping gambar yg sempat dirakamkan oleh Zainal & Rafidah Andaman Enterprise merakamkan kenangan yang amat bermakna buat kami..

Antara kisah yang mencuit hati buat kami di setiap persinggahan ialah:

Rumah Aku (Titi) : Pinggan jatuh tak naik kembali
Rumah Fidah (Petaling) : Salad dan timun dalam peti sejuk
Rumah Mustapa (Teriang) : Aksi spontan Mustapa nak picit Rfidah
Rumah Rhimah (Seremban) : Bomba tangkap biawak
Rumah Yusni (H.Langat Selangor) : Air basuh tangan dlm mangkuk
Rumah Noridah (Kg.Sarin) : Kisah Hanip yg tetiba muncul..




Nak tau kisah sepenuhnya...emmmmmm..ssyyyyyyyy...Biarlah rahsia.

KEDIAMAN AZAM n NORIDAH
Apa laa yg lawak tu....hinggakan Idah termenung..
Berborak tanpa meja....tapi tetap dalam bulatan
Fidah ,Kay ,Along ,Idah
Latar belakang pokok betik di Kediaman Fidah
Ibu bapa sibuk borak...anak2 apa lagi...hentam laa apa yg ada...
KEDIAMAN ZAINAL n  RAFIDAH
Meh ler makan...nasi ayam special tanpa sayur...khe..khe..
Mau minum...haaa....ini bukan sebarang air...tapi air oren sunquick tanpa pengawet

KEDIAMAN  MUSTAFA AL BAKRI
Sembang tetap dalam bulatan walaupun tanpa kerusi dan meja

Kenangan bersama keluarga masing-masing
Bersama anak2 sekeluarga
Makan berdua jer dulu...kengkawan lain masih belum sampai
Laaa...datang beraya pun kena basuh pinggan ker....
KEDIAMAN AZAM  n  RAHIMAH
Borak sembang dalam bulatan walaupun tak der meja
He..he...sempat juga aku menyelit dicelah Fidah,Ani & Kay
Menu yg mengenyangkan...tapi tahun ni tak der pulak mee skrew
Sopannyer....bersimpuh malu ..
KEDIAMAN YUSNI
Haa...makan ler apa yg ada tu...eh...mamgkuk tadi dah turun tak naik ker lagi...

KEDIAMAN ALONG n LAILY
Haa..bebaik makan tu...kang tercokek...

PERJUMPAAN SEMULA RAKAN LAMA SRUJ BADGE 1980 DI PERTEMUKAN
DI HOTEL SRI KLAWANG PADA SEPTEMBER 2009

Kepada rakan2 diluar sana jika ingin turut serta di HIRUK-PIKUK JELAJAH RAYA 2013 atau ingin kisah lanjut bolehlah menghantar personal mesej ke akaun facebook
Abdlahros Mohd /Kay Adinda /Fidah Abd Radzak

No comments:

Post a Comment