SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, August 28, 2011

RaKaN Re-UniOn SrUJ 80~85 BerBuKa D'HoTeL SRi kLaWaNg

Hari ini aku dan keluarga berbuka puasa di Hotel Sri Klawang dan idea berbuka puasa kali ini dicadangkan oleh Kay.Setelah mendapat persetujuan rakan-rakan yang lain maka tarikh 26 Ogos 2011 dipilih.Walaupun makluman telah diberitahu kepada rakan-rakan Re-Union SRUJ Badge 1980 yang lain namun oleh kerana masing-masing ada hal yang tersendiri maka hanya Aku,Fidah,Kay,Imah & Zainal serta anak-anak sahaja yang berkesempatan kali ini.Walaupun tidak ramai tapi kemesraan dan keriangan jelas pada waktu berbuka dengan pelbagai cerita semasa yang sering meruntun hati hendak ketawa.Apa tidaknya sehinggakan masa amat mencemburui pertemuan kami..sedar-sedar jam telah menunjukan 9.30mlm...barulah kami beredar dari Hotel Sri Klawang...
Tempahan meja telah aku buat 2 hari sebelum tarikh tempahan untuk mengelakan kesesakan diwaktu puncak...waktu berbuka laa..




Ntah apo laa cito eh nie...ghaso eh mosti pasal kucingkan...si joyah ngan si bunyek...he..he...




















Keluarga aku yang sporting...wife aku melayan anak-anak semasa berbuka manakala aku kat meja sebelah melayan gelak ketawa kengkawan..

 












Sempat juga wife dan anak-anak berposing...katanya kenangan di Sri Klawang.Bukan main lagi posing anak bongsu aku tu...


Anak-anak Kay pun turut memeriahkan suasana dengan gelagat dan kaletah yang menghiburkan.Tak sonang omak eh nak makan...



Kami nak bergambar...si hero kocik nie pun nak ikut join....he..he...













Ternyata masa terlalu singkat dan cepat beredar.Sesekali berjumpa terasa seronok.Insyallah jika ada kesempatan lagi kami akan mengatur pertemuan dilain waktu dan ketika.Tidak lupa juga aku kepada En Azman yang telah memberi harga istimewa buat kami.Sesungguhnya kami menyokong penuh Hotel Sri Klawang sejak Re-Union SRUJ badge 1980 Sesi 1 dan Sesi 2 diadakan di Sri Klawang.
Kepada rakan-rakan yang tidak dapat sertai kami pada waktu ini..jangan berkecil hati kerana jika ada usia dan diizinkan Ilahi...kita akan berjumpa juga disuatu masa yang sukar kita ramalkan...

SELAMAT HARI RAYA 1432 DAN SALAM KEMERDEKAAN 2011 BUAT SEMUA

Berbuka Puasa di Satay Sation Ampang Waterfront Kay EL..

Kalau tahun dulu aku berbuka puasa sekeluarga di Satay Sation Kg.Pandan.Tahun 2011 ni pula aku berbuka di Satay Station Ampang Water Front yang baru dibuka cawangan disini oleh Bg.Zul.Kebetulan semasa aku berbuka pada tarikh ini,Bg.Zul meraikan anak-anak yatim dan menyampaikan duit Raya untuk anak-anak ini.Moga rezeki Bg.Zul bertambah dan bolehlah aku menumpang berbuka puasa ditahun-tahun berikutnya...
Aku balikm kerja 4.30pm dan terus mandi bergegas ke Ampang bertolak dari TT pada jam 5.15pm.Aku ikut laluan Genting Prass-Batu 18-Ampang-waterfront....berikut adalah beberapa gambar yg sempat aku rakamkan semasa di Satay Station Ampang.






















Sesungguhnya aku mendoakan agar sepupu aku...Bg.Zul akan melimpah ruah rezekinya dan dapatlah aku adik beradik,sekeluarga menumpang senang ...senang makan pun kira ok laa.....ok...simple jer catatan kali nie....next time citer lagie ek....adios amigos...waaa..chaauuuuu....

Sunday, August 14, 2011

Penghayatan Kemerdekaan - Pada pandanganku

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..

Itulah laungan keramat yang bergema pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.Itulah tanda kemenangan dan kebebasan negara kita yang dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya (Malaysia).Kini tarikh itu telah berlalu hampir 54 tahun namun laungan keramat MERDEKA tetap dilaungkan apabila sampainya tarikh 31 Ogos pada setiap tahun.Uniknya pada tahun ini ialah sambutan Kemerdekaan disambut pada 2 Syawal 1432 dimana kita sebagai umat Islam sedang merayakan Hari Raya Puasa yang kedua.Tentunya Dataran Merdeka dipenuhi oleh warga asing kerana anak tempatan sedang bercuti dan berada di kampung.Kalau adapun anak Malaysia di Dataran Merdeka cuma segelintir mereka yang tidak pulang ke kampung atau dikampung tiada siapa lagi yang perlu diziarah.
Kalau kita renungkan kembali betapa besarnya pengorbanan rakyat mengadaikan emas,wang ringgit dan harta untuk membiayai tambang PM Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk ke London bagi menuntut Kemerdekaan dari Britan.Darah dan nyawa menjadi pertaruhan pengorbanan perajurit dan benteng pertahanan negara untuk mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. Anak menjadi yatim,isteri kehilangan suami dan ibu kehilangan anak...itulah sebahagian perit jerih dan duka sengsara rakyat negara ini disaat mencapai Kemerdekaan.Berjuang tanpa mengalah dan doa tidak lekang dari bibir......hasilnya kita seperti hari ini.Negara dibangunkan dengan acuan kita sendiri,Undang-undang dari perlembagaan kita sendiri dan Islam menjadi agama rasmi Negara Malaysia.
TETAPI....
Apa erti Merdeka pada generasi hari ini..,rakyat Malaysia pada hari ini dan pemimpin masyarakat pada hari ini.Adakah dengan laungan kata-kata keramat MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA tandanya kita menghayati apa itu Kemerdekaan.Adakah kita cuma berbangga mengibarkan Jalur Gemilang sehingga lusuh dan koyak rabak dipukul angin dan berapa ramai yang menukar nya kepada yang baru jika Jalur Gemilang telah kelihatan lusuh dan hancur..?Mungkin juga ada yang berbangga mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan tapi tersenyum melihat Jalur Gemilang gugur dijalan raya lalu dilenyek oleh kerakusan tayar kenderaan.Berapa orang sangat yang berhenti untuk mengambil Jalur Gemilang tersebut atau cuba mengelakan dari melanggarnya..?
Kempen Kemerdekaan setiap tahun..kempen mengibarkan Jalur Gemilang yang disarankan oleh kerajaan hanya satu simbolik yang menguntungkan pihak ketiga iaitu kilang pencetak,taukey pengilang dan individu yang terlibat dengan pencetakan Jalur Gemilang.Kempen hanya dipolopori oleh warga Melayu,kakitangan kerajaan,pendidik,pasukan beruniform dan individu yang menerima Jalur Gemilang secara percuma.Jarang dilihat Jalur Gemilang dibeli secara terbuka.Kalau adapun hanya sebilangan kecil rakyat negara ini.Mungkin mahal RM10 untuk sehelai Jalur Gemilang jika dibandingkan dengan mercun bola RM25 (50biji)....renung dan fikirkanlah...
Kemerdekan...ya negara kita telah Merdeka..tetapi dimana Kemerdekaan kita yang sebenar..erti kata lainnya Merdeka bermaksud Kebebasan.Adakah kita bebas sepenuhnya dalam negara kita sendiri...cuba lihat disekeliling kita..,ada warga Indonesia,Bangladesh,Nepal,Afrika dan ramai lagi PATI berada disekiling kita.Saban hari kita dengar pada berita arus perrdana kisah rompakan,samun,peras ugut,rogol dan jenayah.Keselamatn dalam rumah juga tidak terjamin kerana pada hari ini bapa sembelih anak,anak sembelih bapa,..bapa rogol anak
..,abang cabul adik dan macam-macam kisah.Pengawal yang ditugaskan mengawal kawasan tapi tidak dapat mengawal nafsu buas dan bertindak diluar pemikiran manusia.Cincang mencincang,bakar membakar tidak lagi menjadi sesuatu yang ngeri kpd pembunuh tidak berperikemanusiaan...dimana sifat kemanusian warga Merdeka kita...renung dan fikirkanlah....
Kita Merdeka dan kita mengaturkan kewangan negara tetapi kenapa kita sebuah negara yang maju dan mempunyai pelbagai bahan mentah seperti getah,minyak,.bijih,emas dan kelapa sawit tetapi kewangan kita dikawal oleh dunia.Contohnya pasaran minyak dunia kita naik maka petrol kita turut naik.Getah pasaran dunia merudum maka kita juga menurunkan harga getah
asli.Dolar AS jatuh kita pun turut merasakan impaknya.Harga barangan kononnya dipantau oleh Kementerian tetapi hak pengguna sentiasa ditindas.Bayangkan harga ayam dari ladang berharga RM5 sekilogram tetapi apabila berada dipasar bernilai RM9 sekilogram.Alasan yang diberi harga dedak makanan ayam sudah naik...peliknya adakah penternak ayam atau pemborong ayam yang membeli dedak makanan ayam tersebut..? Sayur dari ladang ,ikan dari laut sering menjadi bualan pasal harga...pembei terpaksa membeli kerana keperluan hidup.Dulu kelapa berharga RM0.30 sebiji tapi kini berharga RM1.50 sebiji..bentuk,rupa dan saiz adalah sama sejak dulu tetapi harga tidak pernah menjamin kestabilan pengekalan....renung dan fikirkanlah kuasa wang kita warga MERDEKA RM10 dengan warga SEBELUM MERDEKA RM10.....
.
Sebelum MERDEKA kita melalui jalan yang susah,rosak dan sempit untuk kemana-mana destinasi dalam negara.Kini segalanya berubah..Kita selesa dan dapat menjimatkan masa untuk kesatu satu destinasi tetapi adakah semua itu kita perlu bayar selamanya kita sebagai pengguna jalan raya tersebut.TOL dibayar dan cukai jalan dibayar...kenapa perlu ada cukai jalan sekiranya ada tol dan begitulah sebaliknya..?Jika kenderaan rosak di lebuhraya kena bayar kos tunda dan upah.Kenapa semua itu perlu sedangkan kita telah membayar Tol,cukai jalan dan Insuran..?Parking berbayar RM2 tetapi keselamatan kenderaan jaminan pemilik sendiri.Walau dirantai atau dikunci secanggih manapun dengan alat pengera..jika hendak dicuri atau dirosakan tetap akan berlaku.Tugas pengawal hanya menunggu dalam pondok dan menadah bayaran parking.Kalau tidak dibayar akan ada rantai berkunci pada tayar kenderaan dan perlu membayar denda RM500....adakah warga selepas MERDEKA perlu membayar itu dan ini mengikut arus kemodenan semasa tetapi menguntungkan pihak yang lain buka pengguna itu sendiri....?
Suatu masa dulu kita susah mendapatkan duit tetapi apabila mendapatnya kita amat berjimat dan sayang dengan wang itu.Tetapi pada hari ini senang dapat duit tetapi macam mana sayang sekalipun ianya tidak akan lama dlm simpanan kita.Wang..,duit..,matawang..,ringgit adalah keperluan pada hari ini.Makin banyak diguna makin banyak keperluan yang perlu.Makin banyak dapat makin tidak mencukupi pula..itulah beza RM sebelum MERDEKA dan SELEPAS MERDEKA....cuba kita fikirkan apa berlaku jika pada hari ini kita tidak miliki wang selama 3 hari.Bolehkah kita meneruskan kehidupan harian dengan selesa..? Dulu..kalau seminggu tiada wang pun kita masih boleh meneruskan kehidupan harian.Oleh itu renung dan fikirkan... kita tidak akan MERDEKA jika tiada wang dan MERDEKA amat tidak bermakna buat kita tanpa wang...
Akhir penulisan aku disini setakat ini untuk hari ini....MERDEKA pada aku hanya satu kata-kata dan perayaan yang perlu disambut oleh setiap warganegara Malaysia.Kita perlu menghayati nilai sebenar kemerdekaan.Pemimpin pula perlu me-Merdeka-kan rakyat dari belenggu kewangan dan jaminan kebebasan dari segi keselamatan.Bukanya megah dengan laungan dan acara yang Grand untuk menyambut Kemerdekaan.Apa erti merdeka jika ramai warganegara terkorban dijalan raya, pembunuhan berada dimana saja, rompakan bermaharajalela, rasuah berleluasa, dan kehormatan kesucian gadis satu perkara murahan....
Untuk pengetahuan pembaca semua ..jalur Gemilang yang aku pamerkan disini adalah hasil apa yang aku punggut dijalan raya.Ada sebahagian lagi masih aku simpan untuk stok MERDEKA tahun tahun berikutnya.Aku boleh berjimat daripada membeli bendera setiap kali bulan Kemerdekaan tiba.Aku akan terus memungut Jalur Gemilang yang gugur dijalan raya sebagai tanda aku menghargai jasa pengorbanan pemimpin terdahulu untuk me-MERDEKA-kan negara ini.Hanya itu yang mampu aku buat sebagai menghormati Jalur Gemilang simbol Negara daripada terus dilanyak,dilenyek oleh tayar kenderaan yang pemiliknya adalah warganegara Malaysia sendiri.





Salam Ramadhan Al-Mubarak & Salam Aidil Fitri 1432.Mohon Maaf Zahir & Batin
Selamat menyambut bulan Kemerdekaan dan MERDEKA pada 31 Ogos 2011