SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Monday, February 28, 2011

Mensyukuri Kekayaan Pencintanya & Keajaiban Alam

Indahnya bumi kelahiranku..tumpahnya darahku...
dimana bumi dipijak disitu langitku junjung.Syukur kepada Mu Ya Tuhan...dikurniakan aku kesihatan dan penglihatan yang sempurna untuk melihat kekayaan Mu Ya Tuhan....
Tiada cacat tiada celanya ciptaan Mu Ya Tuhanku.
Sejuk matamemandang ,
tenteram jiwa yang mendalami keajaiban ini.Walaupun keindahan mentari pagi mengintai alam cuma seketika namun esok..,lusa..,selamanya usia dunia selagi ada ufuk ditimur...maka selama itulah keunikan alam ini akan terserlah...
Gabungan alam,pepohon,awan dan jiwa bisa disatukan untuk mengambarkan panorama yang menghias lanskap alam yang dilihat dari bumi yang ku pijak...bumi Jelebu negeri beradat...

Jika tidak kerana anak penyambung adat..,manakan pula tradisi disambung.janganlah dibiar adat menguasai tradisi tetapi agama biarlah dijunjung.Hidup bersendikan adat berpaksikan agama.

Kelebihan Mu Ya Tuhanku...aku mensyukuri nikmat yang diberi oleh Mu..,aku menghargai apa yang diberikan kepada ku....apa yang buruk dan baiknya ku terima adalah tidak lain tidak bukan untuk aku belajar erti ketabahan hidup selagi bergelar khalifah dan hamba kepada Mu Ya Tuhan...

Ya Tuhan ku...apa yang kulihat..apa yang ku alami dan apa yang ku hajati hanyalah nikmat sementara selagi aku bernafas didunia ini...sesudah hidup tentunya ada mati dan sesudah mati akan ada kehidupan semula....kehidupan yang membezakan cuma hidup didunia dan hidup di akhirat..

Kerana Mu juga Ya Tuhan...pengharapan dan penantian aku selama ini..,dimakbulkan oleh Mu.Berkat kesabaran,berkat ketabahan dan keikhlasan aku selama ini membuahkan hasil yang sukar dijangka...mungkin itulah ganjaran buat ku...yang tidak berkira dan berprinsip apa yang aku lakukan demi Tuhan yang aku cinta...dari hati dari jiwa dan dari kalbu nuraini ku demi Tuhan yang menguasai alam...

Jika dizinkan Mu Ya Tuhan ku...akan ku jaga ,akan ku syukuri apa yang diberikan oleh Mu kepada aku...akan aku syukuri apa yang diberikan ini dan berkat agama Mu yang suci ini jua aku kenal...dan kenal siapa hamba siapa Tuhan...

Maka...dengan rendah diri dan penuh keinsafan aku mensyukuri nikmat Mu Ya Tuhan ku...Tuhan sekalian alam yang Maha Besar dan Maha Berkuasa keatas segalanya kejadian...

Ya Tuhan ku....tiada duanya...hanya engkau yang satu...satu-satunya....

P/s:
Nukilan diatas hanya luahan spontan dari hatiku dikala ini.