SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, January 25, 2011

3h 2m di Langkawi (Taklimat 1 Malaysia)

13 Januari 2011 aku bersama pemimpin JKKK ADUN Chennah telah terpilih ke Pulau lagenda ..Langkawi.


Aku bersama YB.Dato'Siow Chen Pin (Exco perumahan Kerajaan Tempatan)


Keratan tiket untuk masuk ke makam mahsuri dan rumah melayu Kedah.

Sempat juga aku menonton midnight filem Khurafat di Cineplexs Langkawi.

Aku dan deligasi dibawa juga melawat makmal ubat-ubatan dan diberi penerangan bagaimana ubat-ubatan diproses.

Ginseng dan herba melayu disatukan dalam ubat-ubatan tradisional

ramai antara kami memebeli ubat-ubatan disini dengan potongan harga sehingga 30%.


Aku sejenak di pintu masuk Kuala Perlis

Sempat juga aku bergaya disisi motorsikal Yamaha Skuter yang tiada di Malaysia.Hanya didapati di Thailand.

Bot Kastam melintasi feri yang aku naiki.

Kelihatan juga kapal dagang membawa barangan besi binaan.

Kelihatan nelayan menahan pukat dibawah pancaran mentari pagi

1 Malaysia: Keseimbangan ekonomi dan kesamarataan penduduk yang berbilang kaum
Salah satu pulau yang terdapat di Langkawi
Bahagian dalam feri yang kami naiki

Aku...adalah aku....

Feri penumpang yang berselisih di samudra menarik perhatian aku.

Gelombang arus yang ditinggalkan oleh feri yang aku naiki..Marine Star 2.
Selamat tinggal tanah besar semenanjung...aku merenung daratan yang ku tinggalkan buat seketika...



Aku dan seorang penumpang feri...tapi aku cuma sempat bergambar tidak sempat bertanyakan nama...
Aku dalam feri bersama salah seorang Pengerusi JKKK DUN Chennah.
Langkawi...sebuah lagenda atau mitos...??

Aku di perigi Langkawi diapit enam orang puteri ayu



Gambaran wajah ayu puteri kesayangan Pandak Mayah...Mahsuri


Aku melangkah masuk kedalam rumah Mahsuri...rumah melayu Kedah
Disisi makam Mahsuri
Tongkat Ali..ubatan tradisional melayu sejak turun temurun

Boleh cuba..minyak Gamat yang mendidih tidak melecurkan tangan apabila disentuh

Yg.Berbahagia Dato'Jalalludin Alias menyampaikan taklimat
Tok Dol Ramli mempengerusikan acara taklimat pada malam itu

Aku berbaju hitam berjalur oren...tekun mendengar apa yang disampaikan


Beras terbakar..kini hanya tinggal contoh sahaja.


Aku di jeti....Langkawi

Tempat aku dan deligasi dari Jelebu menginap selama 3hari 2 malam.

Tuesday, January 18, 2011

HONDA EX5 HILANG (Dicuri manusia sialan)

Apa nak jadi negara Malaysia.Apa benda pun tak selamat walau dimana berada.Nyawa terancam ditangan jiran,kawan,pendatang tanpa izin,warganegara luar,keluarga sendiri termasuk ibu dan ayah.Dimana tahap kemanusiaan rakyat Malaysia.Adakah ini dinamakan kemajuan seiring dengan sikap rakus manusia yang pentingkan diri sendiri....??
Harta benda ,barang milik peribadi menjadi sasaran pencuri,penyangak,penyamun waima penyeluk saku sekalipun.Semuanya demi mendapatkan duit.Cara mendapatkan duit terletak diakhir fikiran..,apa yang utama difikirkan mana nak cari duit.Segelintir manusia sekarang cuma tahu pakai duit tapi tidak tahu mencari duit...Malas dan dimanjakan adalah punca utama selain memilih bidang pekerjaan.
Itulah mukadimahnya...apa yang telah aku alami pada tanggal 17 Januari 2011.Motorsikal kesayangan yang aku beli tunai dengan cara membuat potongan gaji melalui majikan MDJ.Honda EX5 motorsikal bernilai RM3900 aku beli pada awal tahun 2010 di Syarikat Lee Motor Kuala Klawang.Sehingga saat akhir aku mengunakannya pada 16 Januari 2011 ,jauh perjalanan masih belum sampai 5ribu kilometer.Apa tidaknya,baru 10 bulan aku memiliki motorsikal ini kemudian dicuri oleh manusia banjingan laknatullah pada 17 januari 2011 di tapak pasar malam Titi.
Pada hari kejadian aku bertugas (o.t) menjaga Dewan Besar MDJ.Oleh kerana aku bekerja maka isteri aku ke pasar malam Titi bersama jiran aku (Ida).Kira-kira jam 8.30 pm mereka meletakan motor dihadapan Balai Raya Hosapa berderetan dengan motorsikal yang lain.Kira-kira setengah jam kemudian mereka kembali ketempat motorsikal berkenaan ,malangnya motorsikal tidak ada disitu lagi.Setelah puas mencari lalu isteri aku membuat laporan ke Balai Polis Titi dan seterusnya menghubungi aku di MDJ.Aku menghebahkan berita ini kepada abah,mak,adik beradik dan rakan-rakan.Manakala itu aku mencari disekitar pekan Kuala Klawang.
Aku habis bertugas kira-kira jam 11pm terus membuat aduan di Balai Polis dan kenyataan aku diambil oleh pegawai penyiasat yang bertugas.Hampir jam 2am aku sisoal siasat dan gambar diambil dimana kejadian motorsikal diletakan kemudian hilang.
Aku telah berbelanja hampir seribu lima ratus ringgit mengubahsuai aksesori EX5 yang bernombor NCJ 165.Antara yang telah aku tukarkan termasuklah bakul/raga polimec,spot rim,tayar tanpa tiub bersaiz besar,tempat letak monorack,sticker dan minyak enjin ditukar setiap bulan tanpa bertangguh.Ramai rakan-rakan dan anak-anak muda memuji kekemasan EX5 aku walaupun cuma sedikit pengubahsuaian luaran.
EX5 aku ini belum pernah aku gunakan untuk kerja berat.Aku cuma mengunakannya untuk aktiviti RELA,konvoi bermotorsikal,riadah dan mengambil/menjemput anak tuisyen.Oleh kerana aku membeli motorsikal ini melaui hasil gaji dan keringat aku bekerja ,bukannya dari sumber yang meragukan maka itu aku amat menyayangi motorsikal ini kerana bukan senang hendak mendapatkannya dahulu.

Aku telah membuat aduan polis dan telah juga berurusan dengan pihak Insuran MAA berkaitan ganti rugi.Apa yang dimaklumkan aku cuma mendapat ganti rugi 75% dari polisi yang telah dibayar manakala tempoh tuntutan memakan masa enam bulan.Solat hajat dan mohon kepada Allah swt agar aku diberi petunjuk diatas kejadian yang berlaku.Dibumi yang aku pijak ini juga..."Bumi Komat Jelebu" aku mohon dengan izin Nya jua agar pencuri motorsikal ini tidak akan selamat hidupnya didunia termasuk seluruh keturunanya.Aku SUMPAH kan manusia yang mencuri motorsikal aku ini agar tidak akan aman hidup didunia dan tidak akan tenteram dialam kubur nanti selagi mana manusia keparat ini tidak datang memohon maaf daripada ku sendiri.
Akhirnya aku hanya bertawakal dan berserah kepada Ya Rahman Ya Rahim agar EX5 aku kembali kepada aku semula dan sekiranya tiada pertemuan antara aku dengan EX5 ini maka aku beranggapan tiada rezeki aku dan tentunya ada hikmah yang tersembunyi.Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui dan Dia juga yang menentukan kerana kehidupan ini ada Qada dan Qadarnya.Apa yang kita miliki tentu tiada kekalnya jua melainkan pahala dan keimanan diri kita sendiri


Wednesday, January 12, 2011

Habiskan cuti di kebun...

...kebun Kak Nor...
Cuti tahunan aku yang masih berbaki aku habiskan dengan mengambil upah membersihkan
kebun Kak Nor...Tanah yang baru dibeli oleh Kak Nor...masih semak dengan pelbagai tumbuhan liar.Gambar tidak dapat aku rakamkan kerana kebetulan pada hari pertama aku bekerja disitu terlupa membawa kamera.Gambar yang sempat aku kongsikan bersama disini ialah tanah kebun lagi satu yang ditanam pokok pisang.Tanah kebun Kak Nor...meliputi 3 kawasan yang berasingan iaitu Tanah Dusun dilereng bukit (3ekar),Kolam ikan dan 2 ekar yang telah ditanam pokok pisang (Seperti yang dikongsikan disini).
Semasa dikebun yang telah ditanam pokok pisang,aku mengunakan pam galas
manual untuk meracun sekitar kawasan kebun yang telah ditumbuhi rumput dan lalang.


Aku memakai sepenuhnya penutup muka sebagai langkah kawalan
untuk mengelakan terhidu dan terkena debu racun.
Kelihatan kebun pisang Kak Nor... .Pokok subur dibaja dan dijaga rapi cuma rumput perlukan tenaga luaran yang mencabar fizikal.Tugas-tugas berat jika dilakukan oleh seorang wanita.

Sebahagian tanah kebun pisang yang telah siap diracun.
Subur dan segar.Dalam tempoh beberapa bulan lagi hasil bolehlah dituai.Merasalah Kak Nor... dengan hasil titik peluh keringat yang telah dicurahkan.Kata orang berbakti pada tanah akan mendapat hasil yang berkat dan dilimpahkan rezeki oleh yang Maha Esa.

Bekalan yang disediakan oleh isteri,aku bawa semasa mengambil
upah meracun di kebun Kak Nor...buat pengalas perut penambah tenaga.

Telur lebus kembar..tenaga juga berkembar.Menyelerakan apabila makan disuasana ladang ditiup sepoi-sepoi angin.Bunyian unggas dan jauh dari kebisingan kenderaan.Walaupun cuma nasi lemak bersambal tumis bertelur rebus...menyelerakan.Walauapapun ringkasnya aku amat berterima kasih kepada Kak Nor...krn memberi aku peluang menambah rezeki untuk belanja harian sementara menanti penghujung bulan. Bayaran yang dibayar (RM3++) aku amat berbesar hati dan menerimanya seikhlas hati yang terbuka.Moga dengan izin Tuhan yang Maha Kaya didoakan agar kebun yang diusahakan Kak Nor...menghasilkan limpahan rezeki dan dimurahkan rezeki Kak Nor... sekeluarga...,Amin ya-rabbal allaminnnnnnnnnnnnn......
(Pesanan Penulis Blog)
Lokasi dan nama pemilik sebenar tanah ini dirahsiakan demi menjaga hak persendirian individu terbabit.Apa yang ingi aku paparkan cuma tentang aku dan tiada kaitan dengan mana-manapihak diluar sana yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.