Cuti tahunan aku yang masih berbaki aku habiskan dengan mengambil upah membersihkan
kebun Kak Nor...Tanah yang baru dibeli oleh Kak Nor...masih semak dengan pelbagai tumbuhan liar.Gambar tidak dapat aku rakamkan kerana kebetulan pada hari pertama aku bekerja disitu terlupa membawa kamera.Gambar yang sempat aku kongsikan bersama disini ialah tanah kebun lagi satu yang ditanam pokok pisang.Tanah kebun Kak Nor...meliputi 3 kawasan yang berasingan iaitu Tanah Dusun dilereng bukit (3ekar),Kolam ikan dan 2 ekar yang telah ditanam pokok pisang (Seperti yang dikongsikan disini).
Semasa dikebun yang telah ditanam pokok pisang,aku mengunakan pam galas
manual untuk meracun sekitar kawasan kebun yang telah ditumbuhi rumput dan lalang.
untuk mengelakan terhidu dan terkena debu racun.
Kelihatan kebun pisang Kak Nor... .Pokok subur dibaja dan dijaga rapi cuma rumput perlukan tenaga luaran yang mencabar fizikal.Tugas-tugas berat jika dilakukan oleh seorang wanita.
Sebahagian tanah kebun pisang yang telah siap diracun.
Subur dan segar.Dalam tempoh beberapa bulan lagi hasil bolehlah dituai.Merasalah Kak Nor... dengan hasil titik peluh keringat yang telah dicurahkan.Kata orang berbakti pada tanah akan mendapat hasil yang berkat dan dilimpahkan rezeki oleh yang Maha Esa.
Bekalan yang disediakan oleh isteri,aku bawa semasa mengambil
upah meracun di kebun Kak Nor...buat pengalas perut penambah tenaga.
Telur lebus kembar..tenaga juga berkembar.Menyelerakan apabila makan disuasana ladang ditiup sepoi-sepoi angin.Bunyian unggas dan jauh dari kebisingan kenderaan.Walaupun cuma nasi lemak bersambal tumis bertelur rebus...menyelerakan.Walauapapun ringkasnya aku amat berterima kasih kepada Kak Nor...krn memberi aku peluang menambah rezeki untuk belanja harian sementara menanti penghujung bulan. Bayaran yang dibayar (RM3++) aku amat berbesar hati dan menerimanya seikhlas hati yang terbuka.Moga dengan izin Tuhan yang Maha Kaya didoakan agar kebun yang diusahakan Kak Nor...menghasilkan limpahan rezeki dan dimurahkan rezeki Kak Nor... sekeluarga...,Amin ya-rabbal allaminnnnnnnnnnnnn......
(Pesanan Penulis Blog)
Lokasi dan nama pemilik sebenar tanah ini dirahsiakan demi menjaga hak persendirian individu terbabit.Apa yang ingi aku paparkan cuma tentang aku dan tiada kaitan dengan mana-manapihak diluar sana yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment