SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa
".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."
Sunday, May 27, 2012
Himpunan JUTAAN BELIA PUTRAJAYA MEI 2012
| Amacam Ok tak...? |
Tuesday, April 17, 2012
April 2012
Salam buat semua teman-teman dan rakan-rakan didunia Muka
Buku & para Blogers.Pertamanya aku amat berterima kasih diatas ingatan dan sikap ambil tahu
kalian semua seterusnya mengirimkan ucapan Selamat Hari Ulang tahun kepada aku
dengan pelbagai kata ringkas di dinding utama Muka Buku.Keduanya aku memohon
maaf dan ampun kerana tidak sempat membalas kata-kata ucapan kalian pada tarikh
yang amat bersejarah itu.Perkara ini bukanlah aku sengajakan tetapi oleh kerana
kesibukan dan kekurangan daya tahan
badan aku yang kurang sihat kerana keletihan.Untuk makluman kalian pada 13
April aku sibuk dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kampung dan tentunya aku sebagai
Setiausaha sibuk menyiapkan minit mesyuarat
yang perlu dihantar segera ke Pejabat Pembanggunan Daerah.Pada tarikh 14
April pula sehari suntuk aku terlibat dengan sukan PBT di Majlis Perbandaran
Nilai.Manakala 15 April pula aku berkumpul bersama rakan Katering beraktiviti
riadah di Seremban.Oleh kerana keletihan maka aku terpaksa mendapatkan rehat
yang secukupnya agar pada 16 April (Isnin dan seterusnya) aku dapat menjalankan
tugas harian dengan sempurna.
Aku hargai ucapan kalian pada hari ulang tahun kelahiran aku
yang ke 39 tahun.Usia telah meningkat dan makin didekatkan dengan
penghujungnya.Rambut juga telah mula berkurangan tetapi bentuk badan aku kian menaik,mungkin juga
factor pemakanan yang sejak akhir-akhir ini selera aku bertambah.Syukur
sehingga setakat hari ini aku masih diberi kesihatan yang sempurna dan dapat
menokok-nambah amalan yang dikutip semasa perjalanan dalam kehidupan harian.Berkat doa
rakan-rakan dan sahabat kalian aku amat berterima kasih.,maka itu aku juga
mendoakan agar kalian yang mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat aku ,aku
juga mendoakan agar kalian diberi limpah kurnia keberkatan dalam kehidupan.Moga disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki
bersama…..Tidak aku lupa juga kepada rakan-rakan yang setarikh kelahiran
denganku.........
Berikut disenaraikan
kajian mengenai sikap aku dan mereka
yang lahir dalam bulan April. Kajian ini telah dibuat oleh Yang
Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar.
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar.
* Pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
Allahualam
Walauapapun ini hanya sekadar perkongsian aku bersama rakan-rakan.Apapun ketentuan Allah SWT jua yang menentukan……
| Amacam Ok tak...? |
Friday, March 23, 2012
Koleksi Milik Dato' Undang Abu Bakar Maamor
Sejenak...sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada rohnya
Almarhum Dato' Haji Abu Bakar Maamor dan Almarhumah Toh'Puan Hajah Noredah
Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada waris Almarhum Dato' Haji Abu Bakar Maamor kerana mempercayai aku untuk menyimpan sebilangan kecil pelbagai barangan milik peribadi dan keluarga Almarhum.Barangan yang diberi kepercayaan kepada aku untuk disimpan tidaklah senilai mana tetapi amat bererti dan besar maknanya kepada aku sebagai seorang yang suka kepada perkara berkaitan sejarah apatah lagi tokoh yang amat disanjung tinggi.Percayalah,aku akan simpan sehingga bila-bila dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan waris Almarhum yang mengamanahkan kepada aku untuk menjaga dan menyimpan barangan yang berusia puluhan tahun ini.
| DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN Dato' Haji Abu Bakar Maamor ( UNDANG LUAK JELEBU KE 14 ) |
Almarhum dilahirkan pada 8 Mei 1932 di Kg.Chenor Mukim Peradong Jelebu Negeri Sembilan.Bersekolah di Sek.Melayu Kampai dan melanjutkan pelajaran menengah di Sek.King George V Seremban.Berkahwin dengan Almarhumah Toh' Puan Hajah Noredah Hj.Othman dan dikurniakan dua orang puteri.Kerjaya Almarhum sebagai guru sebelum ditabalkan menjadi Undang Luak Jelebu yang ke 14 pada 4 November 1967.Almarhum adalah dari pesaka perut Ulu Jelebu.Almarhum memerintah Jelebu dengan adil,saksama dan amat mementingkan kekeluargaan dalam kemasyarakatan.Tarikh 20 November 1979 adalah tarikh yang diratapi sekalian warga Jelebu kerana perginya seorang yang dikasihi selepas dipinjamkan seketika didunia ini.Sesungguhnya kematian adalah pasti didunia ini.
"Adat berpangkal ke bumi,Adat bercucuk ke langit,Adat perpatih cincang diberi pampas,Mati diberi balas,Anak dipanggil makan,Anak buah disorong balas.Bulat anak buah menjadi Buapak,Bulat Buapak menjadikan Lembaga dan bulat Lembaga menjadikan Undang.
| Cenderamata berupa hiasan meja yang diperbuat dari cengkerang hidupan laut dan tanduk kerbau bala. |
| Cenderamata hasil kerja tangan seni yang diperbuat dari kayu dan tulang |
| Barangan kaca berupa tembikar, pasu bunga meja dan gelas hiasan |
| Cenderahati Diraja sempena perkahwinan (Almarhum) Tuanku Jaafar dan (Almarhumah) Tuanku Ampuan Najihah |
| Cenderamata Perkahwinan Diraja |
| Cenderamata/cenderahati sebagai menghargai kesudian Almarhum menyempurnakan sesuatu Majlis Keramaian |
| Hiasan meja yang unik. Bola Golf diletakan meter jangkasuhu yang kebiasaanya diletak jam waktu |
| Diari peribadi yang mencatatkan tugas-tugas harian dan peringatan tarikh-tarikh tertentu |
| Kelengkapan membuat kuih tradisional milik Almarhumah Toh' Puan Noredah |
| Pelapik gelas minuman. Suatu ketika dahulu Toyota KE20 adalah kebanggaan golongan berada. |
| Lampu suluh bateri yang unik dan bersejarah.Mempunyai pelekat bermagnet pada suis penghidup. |
| Koleksi alat santapan Diraja. Buatan New Zealand dan kesemuanya masih berkeadaan baik. |
| Buku bacaan yang bertajuk Membaca dan Berfikir. Perkataan dan ejaan lama dipergunakan dalam pencetakan buku ini. |
| Buku rujukan Bahasa Melayu Persekolahan Menengah Atas. |
| Suatu ketika dahulu mata pelajaran Trengkas adalah yang amat penting dalam dunia penulisan. |
| Buku Cenderamata untuk Perempuan Islam Tanah Melayu. |
| Surat adalah sebahagian dari kehidupan bagi anak-anak perantau suatu ketika dahulu.Tentunya hubungan Almarhum dengan anak-anak amat erat dalam sistem kekeluargaan. |
| Tulisan berangkai era 50 ke 60an |
| Sampul surat hari Pertama Kemerdekaan Brunei yang dikirim Sultan kepada Almarhum |
| Sebahagiaan lagi koleksi simpanan Almarhum berupa Frame gambar almunium,Saji mengkuang penutup kueh, Barangan perak tempat lilin dan Bendera N9 berkain lapis yang dijahit. |
| Kotak mesin jahit tangan SINGER |
| Aku... Nostalgia mengamit kenangan dan sejarah menceritakan peristiwa. |
| Amacam Ok tak...? |
Saturday, March 17, 2012
Sukarelawan Prihatin Sukarelawan Penyayang
| SKUAD 1 MALAYSIA SKUAD PRIHATIN |
| KAD KEAHLIAN AKU |
Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium Mini Kuala Pilah pada 17 Mac 2012,Aku sebagai ahli Rakan Anti Dadah (RADA) telah dijemput untuk bersama meramaikan lagi jemputan pada hari yang amat bermakna dirasmikan oleh YB.Dato'Hasan Malek selaku Ahli Parlimen Kuala Pilah.Turut juga dihadiri Puan Pengarah AADK Negeri dan Tuan Pegawai Daerah Kuala Pilah (Mantan YDP MDJ).
Kehadiran aku juga secara tidak langsungnya bertindak sebagai Anggota Sukarelawan Skuad 1 Malaysia yang bertindak sebagai mata dan telinga AADK dalam membantu golongan sasar serta membantu membebaskan negara dari Penyalahgunaan Dadah durjana.
Apa yang dikesalkan negara Malaysia yang majoritinya penduduk berbangsa melayu,anak melayulah yang paling ramai terjebak kearah Penyalahgunaan Dadah.Memalu dan membimbangkan negara.Dimana kata-kata "Tak akan melayu hilang didunia".Memanglah tidak hilang tapi penuh dengan kehancuran dan kemusnahan.Adakah yang akan tinggal nanti hanya melayu pada nama tapi tiada sebarang pencapaian yang harus dibanggakan.
| WALAUPUN KECIL TAPI AKU BERBANGGA SEBAGAI SUKARELAWAN |
Bangkitlah anak bangsa yang bernama melayu.Jauhi Dadah dan jangan sesekali mencuba kerana cuba sekali nak dua kali.Masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan membantu pihak berkuasa membenteras Penyalahgunaan Dadah.Janganlah mendiamkan diri atau mengambil sikap tidak kisah.Sekiranya masyarakat berpeluk tubuh dan melihat sahaja nescaya negara akan mundur dan keselamatan kita semua terancam.Cuba lihat fenomena hari ini..,bunuh ,bakar ,tanam sudah tidak menghairankan lagi.Keselamatn dimana jua waima didalam rumah sekalipun tidak selamat kerana ugutan,sembelih ,mencederakan berlaku tanpa diduga.
| ORANG RAMAI MEMENUHI RUANG JEMPUTAN |
Masyarakat yang ada jangan hanya ramai untuk menyertai sebarang sambutan hari keramaian dan berpesta tapi dalam masa yang sama harus juga bertindak memerhati dan melapor sebarang perkara yang mencurigakan.Kalau tidak kita sebagai warganegara menjaga negara siapa lagi.Tak kan mengharap warga Indonesia,Nepal,Bangladesh DLL untuk melaporkan pada pihak berkuasa.Usahlah harap kerana mereka ini juga salah satu penyebab bagaimana jenayah boleh berlaku.Mungkin juga mereka ini penyeludup atau agen asing yang menjadikan negara kita transit.
| BIASA DAH...TUGAS SEORANG SUKARELAWAN |
| ORANG RAMAI BERMINAT MENYERTAI SKUAD 1 MALAYSIA...TAHNIAH..!! |
| KAMI PRIHATIN , KAMI SEDIA MEMBANTU HUBUNGI KAMI 06-6625811 (Rumah Komuniti AADK) |
| AYUH ANAK BANGSA DAN WARGANEGARA MALAYSIA.MARI KITA BERGANDING BAHU MENGHAPUSKAN MUSUH UTAMA NEGARA. JUMPA KAMI DI http://www.adk.gov.my |
| Amacam Ok tak...? |
Sunday, March 4, 2012
NGO's bersama PM (Stadium Bukit Jalil 4.3.2012)
MInggu ini aku terlibat dengan Program KAR1SMA bersama PM Dato
Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Dato
Shahrizat Abd.Jalil.Stadium dipenuhi oleh 1 ribu 200 pertubuhan yang mewakili
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Keseluruhan yang hadir bersama wakil NGO ialah
20 ribu orang dan satu sambutan yang amat mengalakan kata Dato Shahrizat.Apa
yang aku ingat PM berharap agar NGO dan Kerajaan saling bekerjasama dalam
memajukan Negara dalam bentuk apa jua sekalipun
Disini sempat juga aku merakamkan beberapa gambar buat tatapan
pembaca blog aku :
![]() |
| Briged Kebajikan Perdana...kini dikenali sebagai SUKARELAWAN KEBAJIKAN JKM |
![]() |
| Aku sebelum melangkah masuk ke Stadium Bukit Jalil |
![]() |
| Isteri aku turut melibatakan diri dalam aktiviti Sukarelawan |
![]() |
| Laluan sesak...sempat juga bergambar yer... |
![]() |
| Aku berbangga di sisi poster KARISMA bersama NGO |
![]() |
| 20 ribu orang dari segenap wakil Pertubuhan NGO memenuhi Stadium Bukit Jalil |
![]() |
| Pen sebagai kenangan...bertambah lagi Koleksi Pen aku |
![]() |
| Sukarelawan Kebajikan bersorak semangat ketika PM melaungkan 1 Malaysia |
![]() |
| Aku segak bergaya dengan pakaian rasmi Sukarelawan JKM |
Sukarelawan Kebajikan telah ditubuhkan pada tahun 1985 yang
bertujuan untuk mengumpulkan tenaga
sukarelawan bagi membantu golongan yang memerlukan dari segi tenaga terutama
agensi JKM dalam menangani masalah
sosial dan kerja-kerja amal kemasyarakatan penduduk setempat.Aku sememangnya
berminat dengan aktiviti sebegini telah mendaftarkan diri bersama isteri pada
tahun 2006.
Kalau tak silap aku,Sukarelawan ini juga diberi nama Briged Kebajikan Perdana (BKP) , keahlian BKP
terbuka kepada seluruh anggota masyarakat diperingkat umur 13 tahun hingga
dewasa. Aktiviti BKP dikategorikan kepada tiga peringkat Perkhidmatan Kebajikan
iaitu Perkhidmatan di Pejabat Kebajikan Msyarakat Negeri dan Daerah,
Perkhidmatan di Institusi JKM dan Perkhidmatan di Institusi NGO's.
Ahli
BKP/Sukarelawan JKM bertindak sebagai mata dan telinga JKM dalam mengesan
kes-kes yang memerlukan bantuan serta perkhidmatan kebajikan. Selain daripada
itu, BKP juga menjadi sebuah pasukan yang
komited dengan kerja-kerja kebajikan masyarakat terutama membantu
golongan Kanak-Kanak, Warga Tua, Orang Kurang Upaya dan Mangsa Bencana Alam.
Sejak BKP mula dilancarkan,aku rasa sambutan masyarakat terutama
golongan muda amat rendah dan tiada sambutan yang mengalakan. Berdasarkan
laporan mengenai penglibatan ahli BKP dalam setiap aktiviti yang diadakan di
peringkat negeri menunjukkan tren yang tidak menggalakkan.
Walaupun Daerah Jelebu mempunyai ahli aktif yang tidak sampai
100 orang,aku tetap melibatkan diri sekiranya berkesempatan.Apa yang aku
lakukan tidak mengharap balasan atau ganjaran.Memadai aku bersyukur kerana
bernasib baik dalam kehidupan harian
tidak seperti insan-insan yang dibantu JKM.
Pelbagai aktiviti telah aku sertai seperti membersihkan Rumah
Sri Kenangan,Membantu mangsa banjir,Gotong-royong ,Memindahkan barangan mangsa
tanah runtuh dan beberapa aktiviti yang lain.Pengalaman ini semua ada aku
coretkan di Blog ini mengikut bulan aktiviti berlangsung.
MInggu ini pula aku terlibat dengan Program KAR1SMA bersama PM Dato
Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Dato
Shahrizat Abd.Jalil.Stadium dipenuhi oleh 1 ribu 200 pertubuhan yang mewakili
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Keseluruhan yang hadir bersama wakil NGO ialah
20 ribu orang dan satu sambutan yan g amat mengalakan kata Dato Shahrizat.Apa
yang aku ingat PM berharap agar NGO dan Kerajaan saling bekerjasama dalam
memajukan Negara dalam bentuk apa jua sekalipun
![]() |
| Merenung hari esok....moga ada sinar harapan kepada kami yang terlibat dgn aktiviti NGO |
| Amacam Ok tak...? |
Subscribe to:
Posts (Atom)












