Tarikh 29.09.25012 adalah tarikh yang bersejarah bagi penduduk N9 kerana hari ini adalah lawatan pertama PM kita Dato'Seri Najib Tun Abd.Razak selepas Belanjawan 2013 dibentangkan pada 28.09.2013.Tentunya kedatangan beliau ke N9 amat dinantikan oleh rakyat selepas perbentangan Belanjawan 2013 yeng bertemakan 'Memakmurkan Negara Mensejahterakan Rakyat :Sebuah Janji Ditepati'.Tentunya juga Belanjawan ini mengembirakan golongan berpendapatan rendah dan mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dari pihak kerajaan kepada Kakitangan Awam...antaranya Bonus sebulan setengah,BR1M 2.0,BR1M Bujang atas 21 tahun,Bantuan RM100 anak sekolah dan PR1MA bagi golongan sederhana.
AKU ataupun DEN |
Sebagai Penjawat Awam dan pengerak jentera kerajaan tentunya menyokong penuh apa jua rancangan yang dilancarkan.Sokongan yang tidak berbelah bahagi maka pada tarikh tersebut aku dan rakan-rakan bersama Pegawai Jabatan turut serta untuk menyambut ketibaan PM di Kompleks Sukan Paroi Seremban.Bagi aku dan sebilangan rakan-rakan yang berpendapatan rendah merancang menaiki motorsikal untuk ke Program tersebut kerana menjimatkan petrol dan tidak mahu mensesakan lagi jalan raya yang tentunya 'Jammed'.
Disini aku paparkan sebahagian kecil gambar yang sempat dirakam untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang sudi membaca Blog aku.Maaf dipinta kiranya ada kekurangan dan permasalahan dari segi olahan bahasa kerana tentunya aku bukan wartawan apatah lagi pengarang.Cukuplah aku sekadar boleh menaip dan apa yang ingin aku sampaikan mudah difahami....
PESERTA MINI KONVOI MENGISI MINYAK (Duit sendiri jer...tak claim pun) |
SEMPAT BERGAMBAR DI AIR TERJUN BUKIT TANGGA (Selepas membasuh muka...sesejukkkkk....oohhhh..segar rasanya) |
MENURUNI BUKIT TANGGA |
AKU & BRADER IJOY (Rendah dan tinggi berdiri tak sama tapi minat sama) |
BANGGA MERAH GAGAH BERANI (Sejurus sampai di Mobil Paroi) |
IJOY,BOY,WAN,ADIE & M'THAR ('..lama tunggu dah..mana laa Boss kita nie..') |
LALUAN SESAK MENUJU KE KOMPLEKS SUKAN (Daud : 'Relaks laa kejap...jammed tuu..') |
STAILO BRO... |
Motor pun susah nak parking... |
ANTARA RIBUAN PENDUDUK N9 MENGIBARKAN JALUR GEMILANG SELEPAS MENDENGAR KETIBAAN PM YANG DI NANTI-NANTI |
PM SELAMAT TIBA DISAMBUT DENGAN SENYUMAN BEREBUT HADIRIN INGIN BERSALAMAN |
PERJALANAN PULANG SINGGAH DI MC DONALD (Cuaca pun hampir gelap dah...) |
Lapar..lapar....tak sabar nak makan .. ...kat Paroi tadi tak der peluang pun nak makan... TERIMA KASIH PM Rakyat Didahulukan.... |
No comments:
Post a Comment