Sempena Syawal bakal tiba maka Jawatankuasa Kg.Seperi Jelebu telah mengadakan satu gotong-royong kecil yang melibatkan Ahli Jawatankuasa dan segelintir penduduk kampung yang berkesempatan.Aktiviti dimulakan dari Kg.Seperi Ulu dan berakhir di Balai-raya Kg Seperi bersebelahan Pusat Jalur Lebar Komuniti.Kerja-kerja yang dilakukan hanya melibatkan kiri-kanan jalan yang hanya perlu ditebas dan sebahagiannya diracun agar pada hari perayaan nanti laluan agak selesa walaupun jalan agak sempit.
Sebahagiaan disini sempat juga aku rakam gambar-gambar yang berlangsung disepanjang aktiviti untuk perkongsian bersama.
Terima kasih kepada AJK yang terlibat dan jasa kalian sesungguhnya dihargai dan moga pahala di bulan Ramadan ini dilipat gandakan untuk Ahli yang terlibat.Walaupun tanpa sebarang jamuan dan tiada seteguk air melalui kerongkong...Syukur dgn izin Allah swt maka Gotong-royong yang bermula jam 8.30pagi berakhir dgn selamatnya kira-kira jam 11 pagi.
No comments:
Post a Comment