Salam Awal Ramadhan...Ahlan waa sahlan...Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak.Bersyukur aku kpd yang Maha Esa krn dgn izin aku dapat melalui Ramadhan ditahun ini.Moga dikuatkan Imanku dalam menghadapi dugaan yang menguji sejauhmana kekuatan aku melawan gelora nafsu untuk mengurangkan pahala yg ku kutip dibulan yang penuh mulia ini.
Seperti biasa rutin tahunan aku ialah menziarahi pusara insan tersayang sebagai tanda aku masih mengingati dan mengasihi mereka yang terdahulu pergi meninggalkan dunia ini.Aku masih berpegang kpd kepercayaan kuno bahawa semasa bulan Ramadhan pintu kubur dibuka untuk memberi peluang kpd roh-roh keluar kealam dunia untuk melawat sanak saudara ahli keluarga tetapi dalam keadaan halus.Apabila Syawal menjelang maka roh-roh ini akan dipanggil kembali.Sebab itulah jika takbir pertama di pagi Syawal kikta gembira tetapi roh-roh yang dibebaskan tadi menangis.
Rutinnya aku akan melawat pusara pada petang sebelum Ramadhan dan petang sebelum Syawal.Aku akan membacakan surah Al-Fatehah agar pahalanya dikirimkan buat bekalan walillah rohnya Allahyarham Allahyarhamah.Aku taburkan bunga rampai agar wangian menghiasi pusara dan dijiruskan air yang telah dibacakan Yassin.Sesungguhnya apabila melihat pusara ini akan timbul kesedaran buat aku...Hidup didunia hanya sementara dan selagi diberi peluang ini maka gunankanlah sebaik mungkin untuk mengumpul bekalan yang bakal dibawa kealam Akhirat.
|
Pusara Arwah Moyang lelaki sebelah nenek |
|
Pusara Arwah Moyang perempuan sebelah nenek |
|
Pusara Arwah Nenek sebelah mak |
|
Pusara Arwah Atok sebelah mak |
|
Pusara Arwah Adik lelaki yang ke empat |
|
Pusara Arwah Adik yang ke lapan |
Aku mendoakan agar Walillah Roh insan yang aku kasihi agar ditempatkan di golongan yang terpilih.Moga segala dosa diampunkan dan aku kirimkan disini bacaan Al-Fatehah agar pahalanya disampaikan oleh Allah swt kpd roh-roh mereka dialam Baqa....AL-FATEHAH......
No comments:
Post a Comment