Sekali lagi Negeri Sembilan mara ke pusingan akhir Piala Malaysia pada 30.1o.2010..dan berjumpa pasukan Kelantan.Aku bukanlah peminat bola sepak fanatik namun seperti tahun-tahun sebelum ini ,aku tetap pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk meramaikan Skuad Hobin Jang Hobin.
Walaupun aku cuma mendapat tiket tambahan tetapi kemeriahan di Bukit Jalil tetap aku rasa sebagaimana pemilik tiket asal.
Aku bersama penyokong skuad rusa..Negeri Sembilan.Walau aku tidak memakai jersi N9 (Diatas faktor keselamatan) aku tetap membaluti tubuh aku dengan bendera N9...Semangat Nogoghi.
Diatas semangat berpasukan dan setia kawan..aku sempat juga berkenalan dan bergambar bersama penyokong Kelantan..Red Warriors
Sebahagian penyokong Kelantan memenuhi Stadium Bukit Jalil
Megah berkibar dan semangat dari pasukan Negeri Sembilan apabila gol pertama disumbatkan ke gawang Kelantan pada minit awal permainan.
Kreatif..Kelab penyokong Kelantan membawa imej Bomoh Siam
Semangat satu sukan satu suara..Penyokong Negeri Sembilan melihat penyokong Kelantan diwarnakan muka
Ribuan penyokong skuad kijang memenuhi hampir 85% Stadium Bukit Jalil
Kelihatan lengang Stadium Bukit Jalil di kedudukan penyokong skuad rusa.Mungkin penyokong skuad rusa takut sejarah hitam tahun 2009 berulang lagi
Hobin Jang Hobin bersama Gomo Kelate Gomo
KOMEN AKU...
Sememangnya Kelantan layak memenangi Piala Malaysia kerana mereka telah mengimpikan membawa pulang Piala Malaysia sejak 1955-1970 dan 2009.Tekad dan semangat juang yang tinggi telah mereka kumpulkan sebegitu lama lebih-lebih lagi penarikan pengantungan ketua jurulatih mereka ditangguhkan oleh FAM.
Sekiranya pada tahun 2009 kemenangan Negeri Sembilan adalah hadiah kepada hari Pertabalan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan manakala pada tahun 2010 kemenangan Kelantan adalah hadiah kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan yang baru ditabalkan.
Tahniah kepada pemain Kelantan kerana bijak mengatur serangan dan pandai mencuri peluang yang diberi oleh pasukan lawan.Kepada pasukan Negeri Sembilan pula,ambil kembali Piala Malaysia yang dipinjamkan sementara pada Kelantan ditahun ini.Ingat..setiap langkah dan strategi perlawanan anda di padang adalah dibayar dengan harga tiket yang kami beli(penyokong N9).Oleh itu hargailah kami...
PERSOALAN AKU ...
1.Kenapa penyokong Kelantan dibenarkan duduk di tingkat 3 tempat penyokong Negeri Sembilan.Apabila N9 mendahului 1 gol, penyokong N9 di tingkat 1 & 2 menjadi bahan kemarahan penyokong Kelantan ditingkat 3.Mereka membaling mercun,sampah,botol,tisu basah dan objek keras kepada penyokong N9 dibawah.
2.Kenapa FRU dan polis dilebihkan mengawal penyokong N9 manakala penyokong Kelantan berpesta mercun dan membaling sesuka hati kearah penyokong N9 dan padang.Ada juga botol mineral terkena ke pihak polis yang hanya buat tidak kisah.
3.Pengadil perlawanan seolah buta sekiranya pemain Kelantan berbuat salah tetapi celik apabila pemain N9 melakukan kesalahan dan ada ketikanya kesalahan belum nyata tetapi wisel telah ditiup.
4.FAM berkata kedudukan dan jualan tiket diberi sama rata (50/50) tetapi kenapa penyokong Kelantan memenuhi hampir 80% Stadium Bukit Jalil sedangkan kami penyokong N9 telah kehabisan tiket.
5.Dimana kebenaran kata-kata Naib Presiden FAM.., "Keadaan terkawal kerana para penyokong memberi kerjasama" (Mingguan Malaysia 31 Okt/Ms 22)Adakah terkawal jika penyokong Kelantan berpesta mercun dan membaling sesuka hati..??
Walauapapun ,kemenangan telah berpihak kepada Kelantan.Tahniah dan syabas kepada para pemain semua dan kepada penyokong N9,bersabarlah dengan karenah penyokong Kelantan.Usah dilayan ejekan mereka kerana sememangnya mereka sejak dulu lagi memang terkenal dengan aksi ganas dan jiwa perusuh...tidak boleh menerima kekalahan.Nasib baik pada tahun ini Kelantan menjuarai Piala Malaysia...jika Negeri Sembilan menjuari Piala Malaysia sudah tentu pergaduhan,rusuhan berlaku.Sedangkan baru masuk 1 gol oleh Negeri Sembilan mereka telah bertindak membaling mercun dan botol mineral.
Bila senario ini akan berubah...hanya penyokong Kelantan yang tahu akan jawapannya....
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
No comments:
Post a Comment