SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, May 27, 2012

Himpunan JUTAAN BELIA PUTRAJAYA MEI 2012




Himpunan Jutaan Belia 1 Malaysia adalah hari berkumpulnya Belia-belia negara dengan pelbagai aktiviti menarik seperti berbasikal,skill bola,Sasuke,Sukan tradisional,melukis karikatur,Sukan bermotor dan tentunya amat menarik perhatian peminat Scrembler...Supermotard.Aku pun terpegun seketika krn waktu aku muda-muda dulu mengilai Zakaria Klewoon dalam klass Enduro.

Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari oleh  peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi pemilik-pemilik motosikal scrembler walaupun ianya tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu. Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua 

jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension bagi litar offroad. Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua jenis laluan tersebut. Program Supermotard Hari Belia Negara 2012 lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan supermotard di Malaysia. Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara sihat.Aksi yang berani dibuat oleh penunggang ini amat di"respek" krn bukan calang-calang orang boleh buat....emmmm....kalau nak diceritakan tentunya kematu jemari aku menaip........................









Cukuplah sekadar Basic Info untuk perkongsian bersama.Sempat jugalah aku merakamkan beberapa gambar kenangan mengunakan H/p walaupun dalam keadaan genting dimana bateri H/p aku tinggal dua bar...charger tak bawa pula....

Kepada Belia-belia diluar sana..ingatlah bahawa hari ini adalah penentu hari esok.Jangan leka dengan kemajuan tapi tidak memikirkan kesannya dimasa akan datang.Keseronokan dalam menikmati kemajuan tidak akan membawa kepada  jaminan hari esok yang lebih baik tapi berfikir mengejar kemajuan dan pengisian yang betul akan memberi jaminan kehidupan dihari mendatang.Bangsa asing sibuk mengisi hari-hari yang dilalui dengan penuh kematangan tapi bangsa Melayu pemilik tanah Melayu terus alpa dengan keseronokan.Oleh itu ayuh...maju dan bertindaklah dari sekarang demi bangsa dan negara.Rebutlah peluang yang ada untuk membina tapak untuk landasan pengukuhan anak bangsa kita.......

No comments:

Post a Comment