Salam buat semua teman-teman dan rakan-rakan didunia Muka
Buku & para Blogers.Pertamanya aku amat berterima kasih diatas ingatan dan sikap ambil tahu
kalian semua seterusnya mengirimkan ucapan Selamat Hari Ulang tahun kepada aku
dengan pelbagai kata ringkas di dinding utama Muka Buku.Keduanya aku memohon
maaf dan ampun kerana tidak sempat membalas kata-kata ucapan kalian pada tarikh
yang amat bersejarah itu.Perkara ini bukanlah aku sengajakan tetapi oleh kerana
kesibukan dan kekurangan daya tahan
badan aku yang kurang sihat kerana keletihan.Untuk makluman kalian pada 13
April aku sibuk dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kampung dan tentunya aku sebagai
Setiausaha sibuk menyiapkan minit mesyuarat
yang perlu dihantar segera ke Pejabat Pembanggunan Daerah.Pada tarikh 14
April pula sehari suntuk aku terlibat dengan sukan PBT di Majlis Perbandaran
Nilai.Manakala 15 April pula aku berkumpul bersama rakan Katering beraktiviti
riadah di Seremban.Oleh kerana keletihan maka aku terpaksa mendapatkan rehat
yang secukupnya agar pada 16 April (Isnin dan seterusnya) aku dapat menjalankan
tugas harian dengan sempurna.
Aku hargai ucapan kalian pada hari ulang tahun kelahiran aku
yang ke 39 tahun.Usia telah meningkat dan makin didekatkan dengan
penghujungnya.Rambut juga telah mula berkurangan tetapi bentuk badan aku kian menaik,mungkin juga
factor pemakanan yang sejak akhir-akhir ini selera aku bertambah.Syukur
sehingga setakat hari ini aku masih diberi kesihatan yang sempurna dan dapat
menokok-nambah amalan yang dikutip semasa perjalanan dalam kehidupan harian.Berkat doa
rakan-rakan dan sahabat kalian aku amat berterima kasih.,maka itu aku juga
mendoakan agar kalian yang mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat aku ,aku
juga mendoakan agar kalian diberi limpah kurnia keberkatan dalam kehidupan.Moga disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki
bersama…..Tidak aku lupa juga kepada rakan-rakan yang setarikh kelahiran
denganku.........
Berikut disenaraikan
kajian mengenai sikap aku dan mereka
yang lahir dalam bulan April. Kajian ini telah dibuat oleh Yang
Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar.
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar.
* Pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
Allahualam
Walauapapun ini hanya sekadar perkongsian aku bersama rakan-rakan.Apapun ketentuan Allah SWT jua yang menentukan……
diakui...ada kebenaran mengenai sifat mereka yang lahir pada bulan april....
ReplyDelete