SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Saturday, March 17, 2012

Sukarelawan Prihatin Sukarelawan Penyayang

SKUAD 1 MALAYSIA SKUAD PRIHATIN
KAD KEAHLIAN AKU
Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Stadium Mini Kuala Pilah pada 17 Mac 2012,Aku sebagai ahli Rakan Anti Dadah (RADA) telah dijemput untuk bersama meramaikan lagi jemputan pada hari yang amat bermakna dirasmikan oleh YB.Dato'Hasan Malek selaku Ahli Parlimen Kuala Pilah.Turut juga dihadiri Puan Pengarah AADK Negeri dan Tuan Pegawai Daerah Kuala Pilah (Mantan YDP MDJ).
Kehadiran aku juga secara tidak langsungnya bertindak sebagai Anggota Sukarelawan Skuad 1 Malaysia yang bertindak sebagai mata dan telinga AADK dalam membantu golongan sasar serta membantu membebaskan negara dari Penyalahgunaan Dadah durjana.
 Apa yang dikesalkan negara Malaysia yang majoritinya penduduk berbangsa melayu,anak melayulah yang paling ramai terjebak kearah Penyalahgunaan Dadah.Memalu dan membimbangkan negara.Dimana kata-kata "Tak akan melayu hilang didunia".Memanglah tidak hilang tapi penuh dengan kehancuran dan kemusnahan.Adakah yang akan tinggal nanti hanya melayu pada nama tapi tiada sebarang pencapaian yang harus dibanggakan.

WALAUPUN KECIL TAPI AKU BERBANGGA SEBAGAI
 SUKARELAWAN
Bangkitlah anak bangsa yang bernama melayu.Jauhi Dadah dan jangan sesekali mencuba kerana cuba sekali nak dua kali.Masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan membantu pihak berkuasa membenteras Penyalahgunaan Dadah.Janganlah mendiamkan diri atau mengambil sikap tidak kisah.Sekiranya masyarakat berpeluk tubuh dan melihat sahaja nescaya negara akan mundur dan keselamatan kita semua terancam.Cuba lihat fenomena hari ini..,bunuh ,bakar ,tanam sudah tidak menghairankan lagi.Keselamatn dimana jua waima didalam rumah sekalipun tidak selamat kerana ugutan,sembelih ,mencederakan berlaku tanpa diduga. 
ORANG RAMAI MEMENUHI RUANG JEMPUTAN
Masyarakat yang ada jangan hanya ramai untuk menyertai sebarang sambutan hari keramaian dan berpesta tapi dalam masa yang sama harus juga bertindak memerhati dan melapor sebarang perkara yang mencurigakan.Kalau tidak kita sebagai warganegara menjaga negara siapa lagi.Tak kan mengharap warga Indonesia,Nepal,Bangladesh DLL untuk melaporkan pada pihak berkuasa.Usahlah harap kerana mereka ini juga salah satu penyebab bagaimana jenayah boleh berlaku.Mungkin juga mereka ini penyeludup atau agen asing yang menjadikan negara kita transit.
BIASA DAH...TUGAS SEORANG SUKARELAWAN
ORANG RAMAI BERMINAT MENYERTAI
 SKUAD 1 MALAYSIA...TAHNIAH..!!
KAMI PRIHATIN , KAMI SEDIA MEMBANTU
HUBUNGI KAMI  06-6625811 (Rumah Komuniti AADK)

AYUH ANAK BANGSA DAN WARGANEGARA MALAYSIA.MARI KITA BERGANDING BAHU MENGHAPUSKAN MUSUH UTAMA NEGARA.
JUMPA KAMI DI http://www.adk.gov.my

No comments:

Post a Comment