SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, September 30, 2011

Permainan Tradisional Mengamit kisah lalu

Baru-baru ini di tempat kerja aku diadakan Sukan Tertutup antara jabatan yang dianjurkan oleh KSKMDJ.Pada pandangan aku tak sesuai dipanggil sukan kerana ianya lebih kepada permainan "In Door".Sesuai kalau aku panggil Permainan Tradisional jer.Mudah dan sesuai dengan acara yang dipertandingkan.Acara permainan ini dimestikan semua ahli terlibat sama ada sebagai peserta,urussetia dan penghakiman.Bagus acara ini dibuat setiap tahun kerana aku lihat kemesraan sesama ahli begitu baik dengan kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira pangkat ,kedudukan dan senioriti.
Ahli Kelab duduk santai di bilik pertandingan bercerita lawak,humor,jenaka dan perbincangan ataupun bercerita kisah semasa.Ada yang mendengar,ketawa,bersahaja,bercerita dan tak kurang juga yang memberikan pendapat masing-masing.

Antara permainan Tradisional yang dipertandingkan ialah CONGKAK,BATU SEREMBANG,KAROM dan DAM AJI.
Haaa...antara permainan yang dipertandingkan..CONGKAK..mengimbau kisah semasa aku kanak-kanak dulu dimana CONGKAK dimainkan dibawah rumah dengan mengorek lubang berbuahkan buah getah.Sekarang dah dimajukan menggunakan kayu berlubang dan buahnya adalah guli.Permainan CONGKAK lebih kepada menguji ketajaman mata dan strategi untuk tidak berhenti di lubang yang kosong.Sekiranya berhenti di ruang yang kosong setidaknya mesti buat Boom untuk mengaut kesuluruhan buah guli dilubang sebelah hadapan.Kemenangan dikira mengikut jumlah guli yang terkumpul.
Permainan yang ini pula dipanggil BATU SEREMBANG.Batu tujuh yang dipilih mestilah sama saiz dan sesedap tangan menggengam.Ketajaman mata dan keseimbangan jari dalam menadah dan mencakup batu amat diperlukan kemahiran yang tinggi.Setiap batu yang dikaut dengan menadah tangan dikira satu mata bagi setiap batu dan dua mata sekiranya dikaut secara mengcakup.Kalau dulu menguna batu kecil tapi sekarang mengunakan bungkusan kecil pasir yang dibungkus.
KAROM satu permainan yang diperkenalkan oleh negara barat yang suatu masa dulu dimainkan oleh tentera yang tidak bertugas.Kedmahiran menjentik buah hitam atau puti amat diperlukan.Cara permainan KAROM adalah sama tetapi ada pelbagai jenis cara permainan seperti Main Lesen dan Main Bungga.Permainan ini boleh dimainkan secara berdua atau berempat.

DAM yang popular di kedai kopi dan kemahiran mata dengan otak yang berfikir boleh menentukan kemenangan.Kecuaian dan kealphaan boleh merugikan sekiranya buah yang telah ditolak atau dialihkan ke petak berikutnya tersalah pencaturan.Peminat DAM sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk mencapai kemenangan dan kepuasan.

Setiap ahli KSKMDJ dimestikan memberi idea untuk membuat bendera tema kumpulan masing-masing.Lihat saja hasilnya apa yang difikirdan diterjemahkan oleh ahli dalam berkreativiti mencipta bendera kumpulan masing-masing.
GOLDEN CHAIN dari kumpulan KUNING unit Lanskap & Hias Bandar
HARMONI dari kumpulan HIJAU unit Pentadbiran & Pengurusan
POKOK DEK KAU dari kumpulan BIRU unit Perlesenan & Kesihatan 
VIOLET dari kumpulan JINGGA unit Pelancongan & IT
BENDAHARA dari kumpulan Kuning unit Kewangan 
PBG dari kumpulan MERAH unit Pembanggunan
Inilah Piala yang menjadi rebutan kumpulan yang bertanding
Kelihatan kreativiti kumpulan masing-masing menterjemahkan kelainan dalam pasukan.Pelbagai gaya dan gaya boleh dilihat hasil kerjasama sesama ahli tanpa mengira usia,pangkat dan darjat.
AKU...mewakili permainan CONGKAK tetapi kecundang dipusingan awal kerana ketidakmahiran dalam permainan ini.Penyertaan sekadar suka-suka dan tidak takut dengan kekalahan.Pada aku yang penting mencuba dan menimba pengalaman......Majulah sukan untuk KSKMDJ.

1 comment:

  1. Sdr Along TT,

    Apo kobar Long. Minggu lepeh den makan angin di K.Klawang. Hebat bandar kau Long.

    Salam perkenalan - Den oghang Gembau.

    ReplyDelete