SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, September 13, 2009

Lagie citer Re-Union Bekas pelajar SRUJ (1980)

Re-Union ni bakal diadakan kat hotel Sri Klawang pada 26hb Sept 2009.Jam 12pm makan tengah hari di Cafe Hotel.Perjumpaan kami lebih berkonsepkan santai dan ringkas krn tiada penaja.Kami pun bayar seorang RM25 untuk tempah Cafe Hotel.
Pencetus idea ini adalah kawan sekelas aku juga (Rahimah di S'ban dan Norhaslinda di KL)
Mulanya mereka nak buat kecil2an jer.Tapi disebabkan aku boleh turut serta dalam projek mereka ini maka projek ini dibesarkan.
Setelah kami berbincang dan menyenaraikan nama kengkawan dari darjah 1 hingga 6 (Tahun1980~1985) dan mengenal pasti dimana kampung mereka.
Sepakat dicapai aku mencari mereka yang berada di Jelebu ,Rahimah mencari mereka yang di Seremban dan Norhaslinda mencari mereka yang berada di KL.Apabila kami dapat seorang maka pertanyaan akan diajukan kanel tak si anu ni..kat mana dia..dan terus kami menjejak.
Kebetulan pulak pada hari ini teknologi semakin canggih.Rangkaian Facebook juga memudahkan kami mencari kengkawan yang telah terpisah jauh.
Mana yang masih ada kampung kami bertanya di kampung melalui jiran dan kenalan untuk menghubungi mereka dimana2.Hasilnya setakat hari ni dah berjaya kami kumpulkan 50orang dan mereka semua sporting...akan join.Pada kami nilai RM25 tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan perjalanan kenangan,kenakalan kami semasa kanak2 dulu.Sebahagian hidup kami pernah diisi dengan ketawa,tangisan,irihati,sengketa,ejek mengejek dan macam2 lagi...maklumlah kanak2.
Konsep Re-Union ini tiada paksaan.Sesiapa yang tidak dapat hadir tidaklah kami memusuhi mereka dan tidak berkecil hati kerana kami faham ada diantara mereka yang balik ke kampung beraya.Jika tahun nie tak dapat..tahun akan datang boleh hadir krn mengikut perancangan kami pertemuan ini akan menyusul setiap tahun atau 2tahun sekali.Mungkin kami akan menubuhkan satu Komuniti.Tapi itu hanya perancangan.yang utama pertemuan pertama ini berjaya dan terlaksana.
Kami ingin berkumpul untuk bertukar2 pandangan,cerita dan pengalaman.kemesraan yan suatu ketika dahul rapat kemudian rengang akan kami cantumkan semula kerana hubungan kami semasa bersekolah dulu agak rapat.Sekolah Ren Und Jelebu menghimpunkan kami dari segenap pelosok kampung.Ada yang dari Kemin,Sg.Rotan,Ulu Klawang,Peradong,Speri,Binjai,Petasih dan ada juga dari luar Jelebu mengikut keluarga yang bertugas di Kuala Klawang.Fahamlah keadaan dulu mana ada HP,Internet,Kereta,Bas pun susah nak naik.Kalau dari Klawang dapat naik bas ke Jeram Toi pun sudah berbesar hati.
Kebanyakan kami dulu datang sekolah dihantar oleh ibu bapa dan waktu sekolah cuma sebelah pagi (7.45am~1.30pm)Jika dah balik rumah terus tak jumpa lagi.Kemudian hari persekolahan esoknya baru jumpa semula.Oleh kerana itulah kami amat rapat kerana tiada kengjkawan lain.Apa yang kita berkawan disekolah..itulah kengkawan jika bercuti...itupun berjumpa di Libry.Pergi Seremban pun susah dapat..,kalau dapat pun alasan cari buku latihan dan ibubapa tanya dgn siapa pergi.Haa dekat penuh satu bas jika kami pergi Seremban.Dulupun hubungan antara ibubapa juga rapat dan mereka sering bertanya keadaan anak masing2.Sebab itulah kami pun rapat.....
Apabila nak berpisah pada darjah enam...ramai yang menangis dan membuat buku Autograf untuk ditandatangani..................

4 comments:

  1. Salam...sronok dpt jumpa semua hari tuh...tahniah sbb dpt merealisasikan impian kita semua...SRUJ 80-85 dlm ingatan...

    ReplyDelete
  2. hey.. thanx for comment kt blog sy..
    yg psl kreativ tu..
    u bleh letak layout baru..
    barulah cntk sket blog..
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. harap lopeh ni, ado laie reunion yang lagi best giler!! Yang ni ok la jugak, tapi kalu aku ado skali, lagi la ber ok-ok...apopun, syabas atas usoho korang ni..

    ReplyDelete