SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Monday, September 7, 2009

Re-Union X" Classmate SRUJ (1980~1985)

Pertemuan semula bekas rakan sekelas Sek.Ren.Undang Jelebu dari tahun 1980 hingga 1985 (Lamer tuu....30tahun dulu).Rancangan kami untuk mengadakan pertemuan semula ini pada 26Sept2009 jam12pm di Hotel Sri Klawang.
Gambar kat sebelah nie semasa aku berumur 11tahun gi rombongan kat Cameroon Higland.Aku sebelah kiri sekali berbaju belang.
Pencetus idea re-union ni ialah Linda & Rahimah.Aku terlibat secara tidak sengaja bermula disebuah kedai buku di K.Klawang.Aku terserempak dgn adik kpd Rahimah.Aku bertukar no HP.Kemudian Rahimah pula mendapatkan no HP aku melalui Rafidah kerana Rafidah mengenali aku bekerja di mana.Rahimah telah menelefon aku.Perbualan kami rancak pada panggilan pertama dan bertukar2 MMS gambar keluarga masing2.Itulah perbualan pertama aku dgn Rahimah sesudah 30tahun.Maka kami pun merancang pertemuan di Hotel Sri Klawang pada 5Sept2009 jam 1pm.Aku bertiga masa tu...Aku,Rahimah dan Linda pun ada sama.Pertemuan pertama aku dgn mereka berdua sesudah 30 tahun tak jumpa tetapi kemesraan kami masih seperti dulu2.Hampir 2jam kami berbincang pasal re-union nie.Kami berbincang tentang agenda pada tarih 26Sept dan menyenaraikan hampir 25orang yang kami masih ingat dan mungkin senang dihubungi krn ada diantara kengkawan nie berada di J'bu,S'ban,KayEL,Penang,Johor dan Kelantan.Ada juga di London.Kemudian aku,Rahimah dan Linda beredar dari Hotel untuk meneruskan misi menjejak kengkawan lama.Masuk kampung keluar kampung sambil bertanya berpandukan nama kengkawan berdasarkan Bin dan Binti.Di jejaki dimana keluarga mereka,sdra mara mereka,sahabat handai dan kenalan untuk mendapatkan no HP dan alamat terkini.Ada yang gagal dihubungi dan tak kurang juga berjaya dihubungi melalui kengkawan yang mengenali dimana mereka nie berada.Apabila kami bertiga mendapat maklumat terbaru maka kami akan berhubung atau ber SMS.Top Up HP melambung naik...tapi tak per asalkan persahabatan kami suatu ketika dahulu dapat disambung semula.Kami mencari juga melalui Friendster,Facebook dan Blogers.Itulah kemudahan hari ini memudahkan segala urusan Pokok pangkal cara pengunaannya.Setakat nie dah dekat 40 orang yang berjaya dijejaki.Itulah kuasa Tuhan.Jodoh pertemuan ditentukan oleh Nya.Kita sebagai manusia dikurniakan akal dan tenaga,maka itu berusahalah disamping berdoa.Walaupun kami tidak dapat mengumpulkan kesemua kengkawan tetapi hati kami puas krn 80% berjaya ditemui.Ada 2 tiga orang telah kembali ke Rahmatullah..sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi mereka.....sehingga dinanti saat pertemuan itu aku akan mencoret lagi kisah Re-Union ini.....Pencarian tetap diteruskan dan dipanjang-panjangkan.......

1 comment:

  1. kalu den check karangan esei ni, buleh la dapek markah lulus...isi ado, tapi banyak kosalahan ejaan dalam bahasa malaysia. Tapi, den poduli hapo!den nak bagi 'A' plus-plus pado esei ni..sukohati den la, sapo brani maghah den!! (seriuss nih!)..
    - toghuihkan usoho murni korang ni...den sokong 100%...

    ReplyDelete