SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433

 


InsyaAllah kita akan merayakan Hari Raya Qurban hari Jum’at ini. Dan bermula dari selepas sembahyang pada hari Jum’at sehinggga hari tasyriq yang ketiga kita disunatkan melakukan ibadah Qurban dan mengingatkan kita kepada kisah dimana Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. Untuk itu, sebelum aku berangkat balik ke Sri Manjung Perak D.R subuh nanti maka aku ingin bawakan sedikit kisah pengorbanan ini untuk kita sama-sama hayati dan teladani.

Peristiwa Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah Allah swt untuk mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s adalah bukti keta’atan, ketaqwaan dan kecintaan yang tidak berbelah-bagi keluarga tersebut kepada Allah swt. Kerana keta’atan, ketakwaan dan kecintaan kepada Allah swt yang begitu tinggi melebihi kecintaannya kepada diri sendiri, anak-isteri, dan segala yang dimiliki bahkan nyawa mereka sendirilah, membuatkan mereka menunaikan perintah Allah swt tanpa persoalan lagi. Dengar dan patuh! Itu saja.
Demikianlah tabahnya seorang ayah dalam menjalankan perintah Allah swt, walaupun yang perlu dikorbankan adalah anak kesayangan. Anak yang yang sering ditinggalkan dan hanya sesekali dapat bertemu kerana Nabi Ibrahim a.s tinggal di Palestin.

Maka kita sebagai manusia yang bersifat baru ini perlulah juga menghayati dan menghargai apa jua pengorbanan yang ikhlas setulus hati oleh siapa jua yg kita dampingi dalam kehidupan harian.Jangan terlampau seronok meraikan Hari Raya Adha tapi melupakan Qurban yang memberi sepenuhnya makna yg tersirat.Apa pun bersama juga kita berdoa akan keselamatan muslimin muslimat yang sekarang ini menunaikan Rukun yg kelima di tanah suci Mekkah.Moga dodoakan dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke tanah air.Doakan jualah perjalanan aku sekeluarga dipermudahkan agar selamat balik ke kampung dan kembali  semula ke tempat bermastautinnya aku sekeluarga.....

No comments:

Post a Comment