SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, December 7, 2010

Sejenak dinihari di Jeram Toi ( 01 Muharam 1432 )

JERAM TOI-Adalah salah satu Jeram yang popular di Daerah Jelebu.Terletak diawal laluan ke Seremban iaitu dikaki Bukit Tangga.Terkenal dengan keindahan semula jadi dan kedinginan airnya yang putih lagi jernih.
Kawasan yang mempunyai batu-batan semula jadi memenuhi tujuh tingkat Jeram yang sesuai untuk aktiviti riadah,mandi-manda dan sesi fotografi bagi mereka yang cintakan keindahan.

Laluan pintu masuk yang indah mengamit kedatangan pengunjung dari dalam dan luar Daerah Jelebu.
Baru-baru ini keluarga ku datang berkunjung ke Jeram Toi untuk melihat keindahan semula jadi disini

Pintu gerbang penuh kesenian ukir dibuat khas untuk menyambut kedatangan pengunjung

Laluan yang diperbuat dari batu simen yang mempunyai lebih dua ratus anak tangga mencabar pengunjung untuk mendaki hingga ke puncak.


Turut juga disediakan pagola untuk pengunjung berteduh ketika hujan dan sesuai untuk aktiviti keluarga berkelah.


Kawasan mandi utama penuh sesak dengan pengunjung menyejukan badan tanpa mengira bangsa dan agama....1 Malaysia.


Memutih dan deruan air terjun yang memecah kesunyian hutan rekreasi Jeram Toi.


Pandangan dari puncak ke Jeram di tingkat keenam.


Aksi bergaya dari seorang wanita bergelar ibu dan isteri kepada ........
aku laaa....


Aksi romantis ...aku dan isteri sejenak di pinggir air terjun yang memecah kesunyian menghempas ke batu.


Tidak ketinggalan juga puteri empat aku bergaya di pinggir air terjun.


Kelihatan pelbagai pokok menghiasi hutan rekrasi Jeram Toi.Antaranya pokok Kempas,Kayu Arang,Mempisang,Rambutan,Cengal dan ada juga ditanam pokok durian.


Laluan denai sesuai untuk "Jungle Tracking"


Suasana redup dengan rimbunan pokok-pokok peredup yang sesuai tanpa menghalang pandangan ke arah Jeram tingkat bawah.


Laluan air menyusuri bongkah batu yang tersusun secara semula jadi.


Keluarga aku ...sejenak di Jeram Toi


Pokok hutan yang telah berusia melebihi lima puloh tahun


Jommm...ke Jeeerammmm Toiiiiiiii.....
( Jelebu N9 )

No comments:

Post a Comment