SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Monday, September 2, 2013

Ceritaku : Sampah yang bernilai....

Hari ini memulakan hari pertama bekerja dalam bulan September 2013 ...hari Isnin.Macam biasa aku akan membersihkan kawasan bertugas dibawah pokok bertemankan tong sampah yang diletakan diatas troli.Aku mengangkat tong  dibawa ke bawah pokok untuk diisi dgn dedaun yang telah disapu.
     Aku tengok didalam tong sampah ada satu beg tangan wanita berwarna hitam berantai warna kekuningan.Macam biasa aku tidak mengendahkan krn selalu tong sampah aku adalah tempat bahan yang tidak digunakan lagi.Memang untuk dibuang.Aku menolak troli sekeliling kawasan kerja sambil memungut sampah yang dibuang oleh manusia kurang kesedaran sivik.Apa bila tong sampah aku mula penuh maka aku menolak troli yang membawa tong sampah aku ke tong  SWM untuk dikosongkan.

     Macam biasa aku akan menyelongkar apa yg aku telah sapu untuk dibuang.Mana tau ada tin,besi,tembaga,kertas yang boleh dijual sebagai barangan kitar semula.Aku membuka beg tangan hitam dan terdapat didalamnya Songkok,Sikat,Gam kertas,Pen,Serantai pelbagai anak kunci,Bil Maxis statement,Buku Bank dan Ear fon Hp.Apa yang menarik perhatian aku ialah kunci...pelbagai bentuk anak  kunci ada maka tentunya berat dan boleh dijual sebagai besi buruk.Tetapi fikiran aku tertanya-tanya kenapa Buku bank yang yang tercatat RM5+++ baru dikemas kini (Ogos 2013) dibuang begitu sahaja.Aku membuka pula sampul Bil statement Maxis bertarikh 27.8.2013 dan terdapat no Hp dibahagian atas bil.
     Aku pun menghantar SMS kpd no yang tertera.Perkataan  SMS aku sebegini bunyinya ; "A'skum,saya cuma ingin kepastian adakah 'Puan' ada membuang Buku bank yang masih baharu dan Bil statement terkini Maxis?".Tidak lama selepas itu SMS aku dibalas dan 'Puan' yang dimaksudkan menyatakan bahawa beg tanganya hilang semasa dimalam Kemerdekaan 31 Ogos 2013 di dataran Kuala Klawang.Beliau amat berharap agar begnya dikembalikan krn terdapat Buku bank dan pelbagai anak kunci penting merangkumi kunci rumah dan pejabat.Maka aku meminta agar 'Puan' tersebut datang ke dewan tempat aku bekerja bersama suami beliau.
     Setengah jam kemudian 'Puan' bersama suami beliau menghubungi aku dan berjumpa aku di dewan kawasan aku bekerja.Mereka amat berterima kasih dan menghargai keprihatinan aku untuk menghubungi beliau memaklumkan terjumpanya beg yang hilang.Walaupun Ic dan RM tidak ditemui ,setidak-tidaknya Buku bank dan kunci telah ditemui semula.
     Walaupun kecil jasa aku ini tetapi setidaknya aku sudah membantu insan lain yang tentunya risau dengan kehilangan dokumen dan barang.Bukan minta dihargai atau dibalas ganjaran tetapi memadailah Kerja aku sebagai pengutip sampah dan penyapu sampah tidaklah sehina namanya.sampah itu tidaklah sehina sangat dan bukanlah kotor pun kerana sampah adalah bahan buangan dan tidak diperlukan lagi....tetapi aku beranggapan manusia yang tidak tahu mengguna tong sampah atau buat-buat tidak kenal tong sampah adalah lebih rendah kesedaran siviknya tentang kebersihan.Apa tidaknya...tong sampah ada disebelah tapi masih juga sampah dibuang merata dan lebih teruk lagi perkataan "JANGAN BUANG SAMPAH' ada segelintir tidak tahu membacanya.
     Walauapapun aku tetap bersyukur krn rezeki yg diperolehi  dgn cara baik bukan dengan cara mencuri.

 Akhir kalam Selamat Hari Raya Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia

1 comment:

  1. jgn dipandang hina orang kerja kutip sampah
    pekerjaan mereka jauh lebih mulia dari mereka yg berpendapatan tinggi tp rezeki xhalal. wallahu'alam

    jom singgah ke blog saya
    www.freevitamin.my
    perkongsian ilmu dan cerita menarik di sana

    ReplyDelete