SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Saturday, October 29, 2011

Sejarah Kerjaya Ku...Dulu & Kini

Rentetan kerjaya aku melalui bermacam pengalaman dan pelbagai peringkat.Sehabisnya SPM aku telah mula membuat bermacam kerja untuk mencari duit poket dan perbelanjaan yang boleh membantu keluarga.Semasa bersekolah juga aku telah dibiasakan dengan bermacam kerja yang dilakukan selepas sekolah iaitu sebelah pada petang.Antara kerja yang aku buat ialah mengorek lubang tebu dan lubang betik dengan upah 20sen satu lubang.Selain itu aku juga pernah bersawah,berladang dan sebagai penjual barangan  secara langsung (Sales Man)
1987
BERNIAGA TEH TARIK
DI JELEBU ESTATE 
1990
PENOREH GETAH
DI RANCANGAN TANAH PINGGIR SEPERI 1
1990
MENJUAL SATAY
DI TITI

1991
PEKERJA BENGKEL MOTORSIKAL
 DI WONG MOTOR TITI
1992
OPERATOR MESIN  SULAMAN
DI BARUDAN EMBROIDERY LADANG JELEBU
1994
OPERATOR PENGELUARAN
DI SAMSUNG ELEKTRON  FACTORY 1
1996
SUPERVISOR PRODUCTION
 DI SAMSUNG SDI FACTORY # 2
2008
KINI BERTUGAS DI KPKT
 PBT MDJ JELEBU
Syukur kepada Allah swt..,Alhamdulillah kini aku telah mendapat kerjaya yang tetap dan pendapatan bulanan yang menjamin hari depan aku.Walaupun begitu oleh kerana keperluan semasa dan nilai matawang makin mengecil..,maka aku ada juga membuat kerja sampingan sebagai Staf Katering.Aku mencurahkan keringat dan tenaga aku untuk mendapatkan imbuhan tambahan dengan Katering yang tidak asing lagi ditempat aku iautu NASIR CATERING.Moga rezeki yang aku perolehi diberkati dan diredhai demi membesarkan anak-anak seterusnya menerajui sebuah keluarga.....Insyaallah.

1 comment: